in ,

Senarai Finalis Kilauan Emas Musim Ke-4

Seramai lima peserta lelaki diumumkan berjaya ke peringkat akhir pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Budiey nak ucapkan tahniah buat lima peserta akhir Kilauan Emas Musim Ke-4 iaitu Nas, Ben, Zain, Nordin dan Arip yang berjaya menewaskan tiga peserta lain iaitu Raida, Aziana dan Silva yang tersingkir pada malam tadi. Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Raja Azura. Nasib tidak menyebelahi tiga peserta iaitu Silva, Aziana dan Raida apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir setelah menerima undian terendah.

Kilauan Emas

Juri profesional, Datuk Ramli MS berkata, kesemua juri berpuas hati dengan persembahan para peserta pada peringkat separuh akhir ini.

“Pada peringkat ini kesemua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan masing-masing. Jadi saya mahu saksikan persembahan yang luar biasa pada peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu depan.”

Kilauan Emas

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Ziana Zain, Datuk Hattan dan Mamat Khalid termasuklah Ramli MS sendiri, manakala 30 peratus daripada un3dian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Konsert yang bertemakan kisah dan lagu ini menyaksikan Silva menyampaikan lagu ‘Trilogi Cinta’ Aziana dengan lagu ‘Antara Cinta dan  Kasih’ manakala Raida pula menyanyikan lagu ‘Bisikan Hati’.

Lapan peserta separuh akhir beraksi selepas tujuh minggu bersaing dengan 13 peserta lain untuk merebut tempat ke pentas akhir Kilauan Emas 4 yang bakal diadakan pada 28 Mei depan di lokasi yang sama. Pada peringkat separuh akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar pada segmen pertama iaitu Pilihan Radio yang dipilih oleh pendengar radio Sinar FM dan segmen kedua iaitu duet.

Program separuh akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Siti Nordiana, Nubhan, Hafiz Suip, Adira, Hail Amir, Uji Rashid, Mus (May), Yantzen dan Oney.

Kilauan Emas 4 disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).

Kilauan Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Legends of Oz : Dorothy’s Return

Ada Sebab Hanez Suraya & Teman Lelaki Saman MAS