in ,

Ada Sebab Hanez Suraya & Teman Lelaki Saman MAS

Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) hari ini atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.

Ada Sebab Hanez Suraya & Teman Lelaki Saman MAS

Notis tuntutan saman itu difailkan melalui peguamnya, Harjit Sandhu melalui sistem pemfailan elektronik (e-filing).

Ada Sebab Hanez Suraya & Teman Lelaki Saman MAS

Menurut Hanez, tindakan memuat naik tiket penerbangan itu ke laman sosial itu telah mengganggu kehidupan peribadi dan keselamatannya.

Sehubungan itu, artis yang popular dengan drama rantaian ‘Love You Mr. Arrogant’ itu menuntut ganti rugi teladan daripada syarikat penerbangan nasional itu.

sumber : Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Finalis Kilauan Emas Musim Ke-4

Pengguna GALAXY Life Teruja Menonton X-Men: Days of Future Past