in

Sinopsis Legends of Oz : Dorothy’s Return

Masih segar di ingatan Dorothy tentang pengembaraan yang menakjubkan ke bumi Oz. Namun, kini dia kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar! Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy (Lea Michele) dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), the Lion (Jim Belushi) and the Tin Man (Kelsey Grammer).

Poster Legends Of Oz

Putaran masa dibumi Oz jauh lebih pantas berbanding Kansas sehingga Dorothy menyedari Jester (Martin Short) – abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat – telah menawan bumi Oz daerah demi daerah. Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan. Glinda (Bernadette Peters) tidak mampu untuk menentang kuasa jahat Jester maka Dorothy adalah pengharapan mereka yang terakhir.

Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan berjumpa kembali dengan rakan-rakan lamanya seperti Wiser the Owl (Oliver Platt), Marshal Mallow (Hugh Dancy), China Princess (Megan Hilty) dan Tugg The Tugboat (Patrick Stewart) sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah yang disangkakan. Jester amat licik di dalam memerangkap kemaraan Dorothy.

Sungguhpun Dorothy berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mempunyai ramai kenalan yang membantu dan menyokongnya, sesuatu yang terlintas di fikirannya ialah ia turut membahayakan nyawa rakan-rakannya juga. Jadi, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersendirian.

Demi mempertahankan bumi Oz, Dorothy dengan penuh keberanian dan keazaman bersama rakan-rakannya menentang kejahatan Jester dan mengembalikan keamanan semula kepada Emerald City.

Pelakon Legends of Oz : Dorothy’s Return

WATAK ALIH SUARA OLEH:

Dorothy : Lea Michele
The Scarecrow : Dan Aykroyd
Tin Man : Kelsey Grammer
The Cowardly Lion : Jim Belushi
China Princess : Megan Hilty
Marshal Mallow : Hugh Dancy
Wiser the Owl : Oliver Platt
The Jester : Martin Short
Tugg : Patrick Stewart
Glinda the Good Witch : Bernadette Peters
Munchkin Suitor : Tom Kenny
Judge Jawbreaker : Brian Blessed
Fruit Stripe Lawyer : Douglas Hodge

Legends of Oz : Dorothy’s Return

Tarikh tayangan : 5 Jun 2014
Genre : Animasi / Muzikal / Famili
Durasi : 1 jam 28 minit
Klasifikasi : U
Bahasa : Bahasa Inggeris
Sari kata : Bahasa Melayu & Bahasa Cina
Pengarah : Will Fin & Daniel St. Pierre
Lakon Layar : Randi Barnes and Adam Balsam
Penerbit : Bonne Radford, Ryan Carroll and Roland Carroll
Pengedar : Senspec Publishing Sdn Bhd
Website : http://www.legendsofozmovie.com
Facebook : https://www.facebook.com/LegendsOfOz

Tin Man, Lion &Amp; Scarecrow

The Jester, Tin Man, Lion &Amp;

Marshal Mallow, Dorothy &Amp; Wiser

Legendsofoz_Dorothy_

Glinda

Dorothy

Dorothy &Amp; Friends

Dorothy (2)

China Princess, Dorothy &Amp; Marshal Mallow

Scarecrow, Dorothy, Tin Man &Amp; Lion

Dorothy, Wiser &Amp; Marsha Mallow

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Muzikal Anak Dunia 2014

Senarai Finalis Kilauan Emas Musim Ke-4