Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Selamat Ulangtahun Ke-2 SURIA FM



Budiey ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-2 buat Radio Suria FM…

Tanggal 24 November ini (Selasa), akan menjadi hari bersejarah buat Suria FM kerana bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-2. Stesen radio yang popular dengan tagline “Muzik Terbaik Tanpa Henti” yang baru saja diterajui oleh En. Yusry Abu Samah (selaku Pemangku COO) bagi menggantikan Engku Emran, telahpun merancang untuk mengadakan beberapa acara menarik sebagai simbolik sempena meraikan hari istimewa  itu nanti.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Suria FM, Dj Lin, “Pada hari berkenaan kami merancang untuk mengadakan ‘Open House Studio’ bermula 8.00 pagi – 8 malam yang mana selebriti popular tanahair termasuk penyanyi dan pelakon dijemput untuk datang ke studio untuk ditemubual oleh Penyampai Suria FM yang bertugas selain mereka juga akan turut menjadi DJ jemputan untuk mengendalikan sama segmen yang sedang ke udara.

Antara selebriti yang telahpun mengesahkan kehadiran adalah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Stacy, Diana Daniel, Aizat, Ifa raziah, Noh (Hujan), Azlan & The Typewriter, Kumpulan Sofaz, Sixth Sense, dan ramai lagi.”

Bagi merancakkan lagi sambutan ulang tahun kedua Suria FM, satu persembahan khas bakal diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para pendengar setia. Bertempat di Lobby Bangunan Am Assurance, No 1 Jln Lumut, Kl bermula jam 12 tengahari – 2.30 petang yang akan menampilkan persembahan dari artis-artis popular selain pemberian ‘cup cake’ istimewa  yang di tempah khas oleh Suria FM untuk diagihkan kepada orang ramai yang datang untuk menyaksikan persembahan itu nanti.

Selain itu, Pihak Suria FM juga turut menempah kek khas untuk dihadiahkan kepada para pengiklan dan pihak Media yang selama ini banyak membantu memberikan publisiti kepada Suria FM.

Barisan penyampai Suria FM seperti Tuah, Zizi, Myra, Bob Ringgo, Naim, Zaff, Akhtar dan Lin akan turut bersama memeriahkan acara itu nanti disamping kehadiran barisan selebriti popular.

Untuk keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Suria FM Kini Dah 2 Tahun!
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM
  • Selamat Hari Jadi Ira Aznira & Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • Gambar Amy Mastura @ Party KLIK VIP Suria 2008
  • Suria FM Sambut Ulangtahun Ke-3 Penuh Bermakna



  • 4 Komen untuk entri “Selamat Ulangtahun Ke-2 SURIA FM”

    1. Radhi kata:

      Selamat Ulang Tahun pada Suria FM.Anda, para pekerja di Suria, perlu berusaha dgn lebih gigih lagi utk mengekalkan nama yg memang dah popular.Anda semua harus berterima kasih pada org yg menaikkan nama stesyen ini iaitu Engku Emran.Hakikatnya, dia lah yg telah meng glamorkan nama stesyen radio anda.S’krg, pendayung ada ditangan, dayung lah anda smpi kedaratan.Klu tak, tenggelam ditengah2.

    2. Hamba Allah kata:

      Sedih la EE dah takde!

    3. intan kata:

      Ya betol!!Tanpa EE, Suria dah xglamor lagi.

    4. NURUL kata:

      Ya….betul apa yang Radhi kata tu..Kalau bukan kerana Engku Emran…mungkin nama Suria FM tidak menjadi sebutan sekarang….Tapi saya perhatikan…..seolah – olah warga Suria FM macam tak pernah menghargai kewujudan Engku Emran…Tengok la……mana ada sebarang majlis pun menghargai Engku Emran…..Tetapi berbeza dengan Engku Emran….beliau tetap mendoakan Suria FM akan terus maju dan bertambah dikenali di bawah teraju orang lain….Kini Suria FM semakin gah dan mendapat perhatian pendengar dan penaja…..Tahniah…apapun ‘JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI’……………

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK