in

Sekitar Pembikinan Muzik Video PENDETA Naizle

Setelah mencipta nama dengan lagu PENDETA, pendatang baru Naizle atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul tidak berfikir panjang untuk buat video muzik untuk lagu single. Lagi cepat buat video klip, lagi banyak publisiti dia dapat.

Sekarang ni, Budiey selalu saje dengar lagu Pendeta dipasang di Suria FM. Kadang-kadang, setiap jam MESTI ada lagu Naizle. Best tak lagu tu?

Kira Naizle sekarang dah dikenali kerana ada beberapa faktor yang membantu. Rasanya, lagu Pendeta ini juga menjadi lebih digemari apabila lagu ini diselitkan dalam drama Tari Tirana sebagai lagu latar.

Tak dapat disangkal lagi, lagu Pendeta bikin anak bujang berusia 23 tahun ini popular sekelip mata. Seiring juga dengan gosip yang kononnya ada mengatakan Naizle bercinta dengan Stacy. Gosip itu menular apabila peminat-peminat Naizle dan para peminat Stacy berlawan dalam satu perlawanan futsal.

4112256086 D2Bf8090D5 O | 4

Minggu lalu, selama 2 hari, Naizle telah lakukan yang terbaik untuk pembikinan muzik video sulungnya bersama dengan 6 krew. Tanggal 13 November, rakaman dibuat di Tea House & Muzium bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Manakala hari kedua pula rakaman bermula di Jonker Street, Melaka.

4112256816 D76C445De7 O | 5

Turut diundang, pelakon drama Tari Tinana bernama Nadya sebagai penyeri dalam video ini. Berlatar belakangkan tahun 40an dan juga alam fantasi. Mengisahkan tentang Naizle yang mencari kekasih yang diidamkannya tetapi gagal untuk ditemui. Sesuai dengan gaya dan rentak balada untuk lagu ciptaan Omar K ini.

Dengan menelan kos sebanyak RM20,000 yang Budiey kira agak mahal bagi penyanyi baru, namun ianya dibiayai oleh Huge Dimension Sdn Bhd, ETA Management Services Sdn Bhd dan Supreme Stussy.

Ini scene masa Naizle dalam mimpi, di mana dia bertemu dengan kekasih idamannya yang bernama Sara. Shoot ni dibuat dalam Laksamana Cheng Ho Tea House, Jalan Tukang Besi. Tempat tu first time owner dia bagi izin untuk buat rakaman video.

Video klip ini diarah oleh Kunyit dan Aszuad.

4111491557 6B9Ca2909C O | 6

4111491935 397Dc61544 O | 7

4112257886 0B1C1Df4Ae O | 8

Pada hari yang kedua, rakaman bermula jam 5.45 pagi. Namun, mereka terpaksa menempuhi halangan kerana hujan lebat turun pada jam 10 pagi. Mereka terpaksa menunggu selama 4 jam. Mmm… bukan senang nak siap dengan sempurna.

Kini, Naizle sibuk mengeluarkan single keduanya.

4112257494 C635C49Ae8 O | 9

4111490951 4Ccbc2Bfc8 O | 10

4112257356 7A7588Ea3A O | 11

4111490853 3F2Dbae330 O | 12

4112257172 4D61Bfa200 O | 13

4111490459 C022Af8273 O | 14

4112256856 1284B7Dc41 O | 15

4111490305 3De0586D18 O | 16

4112256706 Db6Cfb3F3C O | 17

4111490215 639662A2C6 O | 18

4112256302 Eec9D2C0Da O | 19

4111489819 53Ef44594B O | 20

4112256130 F9F7Cb97Ba O | 21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Ulangtahun Ke-2 SURIA FM

Criminal Minds New Season