Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks

Pada jam 4 petang (2 Jun 2008) tadi telah berlangsung sidang media dan pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks bertemakan ‘Mulanya Di Sini’ di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Wall’s Cornetto dengan kerjasama Maestro, sidang media itu turut dihadiri oleh Encik Freddie Fernandez dari Maestro dan pengarah urusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Noel Lorenzo.

Pengarah Urusan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Noel Lorenzo

 

Hos Paling Macho : Awal Ashaari

Dihoskan oleh pelakon filem Apa Kata Hati, Awal Ashaari, pelancaran ini turut menayangkan video klip berjudul ‘Mulanya Di sini’ yang memaparkan permulaan usaha promosi Wall’s Cornetto di seluruh negara.

Konsert Cornetto Love Sparks akan diadakan di Padang Merbuk pada 28 Jun 2008 dari jam 7.30 malam. Dengan mensasarkan jumlah penonton lebih 10 ribu penonton, konsert ini akan menampilkan lagu-lagu yang bertemakan atau mencerminkan semangat persahabatan dan perpaduan menerusi muzik.

Untuk info lanjut, korang boleh lawati web: www.cornetto.com.my.

Tiket untuk konsert boleh didapati menerusi peraduan SMS. Untuk menyertai peraduan ini, peminat hanya perlu membeli aiskrim Wall’s Cornetto dan menghantar kod unik yang terdapat pada penutup kon melalui SMS ke 36233 untuk mendapat peluang memenangi tiket dari sekarang hingga 25 Jun 2008.

Seramai enam orang penyanyi yang akan menghiburkan peminat di konsert istimewa satu malam bagi menghargai Cinta, Muzik dan Persahabatan. Jadi, Budiey rasa, tidak hairan konsert ini akan menarik ribuan peminat dari segenap lapisan masyarakat terutama peminat Dafi dan Gita Gutawa. Selain dua orang duta Cornetto itu, bintang SMS; Mawi, Mila, Estranged dan juga juara-juara AF6 yang baru sahaja dimahkotakan sebagai juara iaitu Stacy.

Dafi akan menyanyikan empat buah lagu dan Stacy akan membawa dua buah lagu termasuklah lagu terbarunya Aku Stacy dan sebuah lagu duet bersama Mila. Mawi akan membawa tiga buah lagu daripada albumnya. Pertama kali beraksi bersama juara AF, Stacy rasa berdebar-debar dan sangat berbesar hati dan bertuah kerana diberi peluang. Di situ nanti, Stacy dapat berkongsi pengalaman dan menjadikan satu permulaan yang bagus dalam karier beliau.

Mengapa memilih Estranged? Estranged dipilih mewakil genre rock dan kehadiran grup ini dapat mevariasikan genre muzik untuk semua golongan. Bagi Dafi, dia sangat berterima kasih kepada Wall’s Cornetto kerana memberi peluang untuk beliau mengadakan konsert ini. Dafi menyeru kepada semua peminat agar datang bersantai dengannya pada malam tersebut.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Stacy Juara AF6 @ Press Conference Konsert Cornetto Love Sparks
  • Gambar Gita Gutawa @ Konsert Cornetto Love Spark
  • Jordin Sparks Juara American Idol 6
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Melinda Doolittle Gagal Jadi Finalis American Idol
  • Blake Lewis & Jordin Sparks - Siapa Juara American Idol?
  • KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB
  • Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom
  • Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”



  • 6 Komen untuk entri “Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks”

    1. chindi kata:

      mawi ade x best la,carilah budak af lain cam stacy ke,nadia ker.mawi bkn best pun.

    2. Dafi tiru gaya vokalis Nidji? — Selebrific kata:

      [...] Dafi yang di’ambil oleh Budiey semasa Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks menunjukkan yang Dafi dengan [...]

    3. abby kata:

      pesal la rambut Mila cam tuh?

    4. esha kata:

      saye hargai astro banyak rancangan ilmiah.tapi diharap pengarah drama dan filem hasilkan lah karya yg sihat.mcm rashid sibir drama die sume bgus,pondok buruk,bicara cinta,dan byk dramanye membuat gnerasi muder skrg berfikir,adat melayu,nilai moral,keagamaan bukan setengah pengarah menunjuk kan gejala gejala negatif mcm ac disini tu ,cube kta fkir ape manfaat kta dpt?bukan ke hanye sibuk menjaga hal org lain..
      sy sebagai remaja perlukan rancangan di astro yg boleh membuatkan golongn belia berfikir dari sdut psikology.seperti kanak kank ader saluran astro ceria.kurangkan siaran hiburan dan sedarkan bgsa melayu cuber bandingkan dgn bgsa cina yg berjaya dlm perniagaan mereka bangsa india pula dalm bidang kedoktoran,lawyer,bangsa melayu?? masing2x nk kejar glamor,nk jadi artis… smpai bila?? padahal ni tnh melayu tapi bgse lain yg berjaya di tnh air kita.bgse lain tak heran pun bidang hiburan ni…
      tp tak sumer artis cam2.sy tgok artis artis muder skrg yg bru nk naik tu..
      dhla berpakaian cam tk ckup kain..walu dimanapun kita kita mesti igt asl usul dan jatidiri kita sbgai org melayu.tapi kat artis artis senior memg sy respekla:siti nurhaliza,anuarzain,zianazain,amymastura,jalil hamid,mat jais
      sumer artis yg lame dah dlm bidg seni ni.

    5. NALA kata:

      harap2 dafi dan gita 2 x over bila buat consert….nant apa kata peminat…mila-mawi -stacy-dafi ok..cuma si gita aje gue engak suka si…

    6. SONIA-94 kata:

      MALASNYA AKU BILA TENGOK MUKA SI GITA TU…DAH LAH TREP CANTEK,PENDATANG ASING PLAKTU…NAK MUNTAH AKU TENGOK MUKA KO NI…..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET