in

Sekitar Perlawanan Persahabatan Sempena EURO 2008 Sorakan Emosi VS UiTM

Pada 30 Mei lalu jam 8 malam, satu perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Sorakan Emosi FC menentang UiTM Shah Alam telah diadakan pada hari Jumaat di Dataran Petaling Jaya, Selangor.

Perlawanan berpihak kepada pasukan UiTM Shah Alam dengan 4 gol tanpa balas. Sorakan Emosi FC diwakili oleh Erry Putra, Zul Yahya, Tabah Syazwan, Faizal Ismail, pengacara Bang Bang Boom, pelakon Spa Q, Shaffique; bakal suami Azura Hot FM, Seelan Paul sebagai ketua pasukan dan warga kerja MPB. Sebenarnya, ramai selebriti lain yang ada dalam senarai awal tidak dapat hadir. Antara yang tak dapat hadir memang ramai seperti Beego, Danny X Factor, Hans Isaac, Fizz Fairuz, Ashraf Muslim, Faizal Tahir dan Zed Zaidi. Manakala UiTM diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Sains Sukan, Pendidikan Jarak Jauh.

Pasukan UiTM yang menang telah membawa pulang hadiah berupa pingat, barangan Adidas dan cenderahati daripada TV3 setiap seorang. Sorakan Emosi FC juga merancang akan mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan Ketua Menteri Melaka dan perlawanan futsal antara media pada bulan Jun ini.

Kepada korang peminat bola sepak, datanglah beramai-ramai ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk menonton perlawanan pembukaan iaitu Switzerland menentang Republik Czech pada 7 Jun 2008, jam 11.30 malam dan malam pembukaan perlawanan akhir 29 Jun 2008 jam 2.15 pagi. Sebuah skrin gergasi akan diletakkan dan gerai-gerai makanan serta permainan Foosball, Playstation 2 akan dibuka di perkarangan Sri Pentas.

Jangan lupa untuk menonton perlawanan berprestij Kejohanan Piala Eropah 2008 secara PERCUMA  di TV3 dan NTV7. Juga rancangan yang diatur bersempena dengan EURO 2008 seperti Soccer Kids, MHI, Scoreboard, Sorak Borak EURO di TV3 dan Breakfast Show di NTV7, Quickie di 8TV dan Kaki Bola di TV9.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Pensil Arahan M. Subash

Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks