Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Rakaman Teratak Siti Nurhaliza di Plaza Alam Sentral



Pada 31 Julai 2008 jam 8 malam satu sesi rakaman program hiburan raya telah diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam anjuran TV3. Budiey tiba agak lewat pada malam itu kerana menumpang kereta rakan media dari Bernama. Kami bertolak dari Bernama jam 7.30 malam dan sampai sejam kemudian. Rupanya, ada sesi soal jawab dengan Dato’ Siti Nurhaliza sebelum rakaman berlangsung. Oleh kerana lewat sampai, Budiey tidak sempat untuk mengambil gambar Siti di luar studio dan juga mengikuti temubual bersama media lain.

Setiap tahun, tidak sah kalau stesen TV tidak menjemput Dato’ Siti Nurhaliza untuk menghiburkan peminat di hari raya. Kadangkala penyanyi tak menang tangan untuk buat rakaman. Tapi elok juga buat rakaman seawal yang termampu untuk mengelakkan dari kesesakan jadual.

Kesian sungguh apabila Budiey dapat rasa studio begitu membahang sebab tidak cukup penghawa dingin dan mungkin bahang datang dari lampu. Boleh rasa camna Dato’ Siti Nurhaliza, penari dan krew terpaksa bermandikan peluh.

Sampai satu tahap Siti kata… boleh padam lampu sat? Siti nak berposing…

Pada tahun ini, Teratak Siti Nurhaliza yang merupakan program muzikal kendalian penyanyi popular itu sendiri akan menemui peminat pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, 1 Oktober jam 10 pagi hingga 11 pagi di saluran TV3.

Program 60 minit ini menyaksikan Dato’ Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu tradisional dan tidak lupa rangkaian lagu-lagu raya dengan iringan pemuzik profesional yang dipimpin oleh Faizal Ubir.

Siti memakai dua pasang busana rekaan Rizman Ruzaini untuk rakaman kali ini.

Kira boleh tahan gak la cantiknya.

Program terbitan Mohd Ismadi Ismail ini berkonsepkan fusion tradisional dan moden di mana kedua elemen ini digabungkan untuk mendapatkan konsep irama tersendiri. Sekaligus menjadikan program ini unik dan berbeza dari persembahan Dato’ Siti Nurhaliza sebelum ini.

Untuk memeriahkan lagi suasana, Dato’ Siti Nurhaliza menjemput kakak dan adiknya iaitu Siti Nursaida dan Siti Nursaerah untuk bersama-sama membuat persembahan dengannya buat julung-julung kalinya di kaca televisyen.

Ramai betul peminat yang datang. Siap pakai baju raya lagi tu.

Budiey juga ada nampak kelibat seorang pelakon bernama Anita Baharom yang katanya tiap-tiap tahun lepas untuk datang tengok rakaman program raya. Oh rupanya, dia suami kepada penerbit. Patutlah selalu datang.

dimulakan dengan persembahan gambit oleh penari Swatari dan nyanyian Swara dengan konsep irama Melayu Tradisional. Sebagai pembuka tirai, Dato’ Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu etnik ‘Bunga Hutan’. Dikuti dengan lagu-lagu medley joget yang pernah didendangkan beliau di konsert bersejarah di Albert Hall, London seperti Joget Pahang, Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah.

Tidak lupa juga beberapa lagu klasik disampaikan oleh penyanyi pujaan ramai itu dalam bentuk medley seperti Tunggu Sekejap dan Sejak Ku Bertemu Padamu yang mana diberi nafas baru dalam versi unplugged. Sudah pasti lagu-lagu begini dapat mengimbau kenangan lama di pagi raya.

Untuk tidak mengecewakan peminat, Dato’ Siti Nurhaliza memilih lagu Ku Mahu sebelum berduet bersama kakaknya Siti Saidah dalam lagu Empat Dara yang pastinya melengkapkan malam persembahan pada malam itu.

Lagu Suara Takbir yang begitu nostalgia turut dinyanyikan diikuti dengan lagu Lenggang Lenggok berduet bersama Siti Saerah. Medley lagu-lagu Irama Malaysia seperti Mahlisgai Permata, Ya Maulai dan Nirmala tidak kurang merancakkan lagi sesi rakaman yang penuh sesak dengan peminat. Menyusul selepas itu, lagu Es Lilin dan bersama adiknya, Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan lagu raya Anugerah Aidilfitri dan Nazam Lebaran.

Siti turut mengajak peminatnya menyanyi bersama-sama.

Makanan dan juadah disediakan dan ditaja oleh Kuzi Catering milik bapa saudara Kak Engku (Raja Azura).

Sebagai penutup, Dato’ Siti Nurhaliza mengajak sekalian peminat yang hadir pada malam itu untuk berjoget dalam lagu berhantunya, Cindai. Suasana sangat meriah umpama hari raya di mana juadah hari raya turut dihidangkan untuk santapan peminat yang hadir.

“Cindai lah mana…”

“Sepanjang Hari Madah-madah Menghias Rasa
Usah Pula Termanis Madu Kata
Segala Budi Indah-indah Menguntum Sukma
Usah Pula Terguris Parut Luka”

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Video Peminat Siti Nurhaliza Joget di Teratak Siti Nurhaliza
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Stylistika Siti Singkap Evolusi Fesyen
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Sekitar Rakaman Idola Kecil Bersama Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna



  • 19 Komen untuk entri “Sekitar Rakaman Teratak Siti Nurhaliza di Plaza Alam Sentral”

    1. anonymous kata:

      siti sangat cantik!! =D siti lebih sesuai menggunakan busana seperti ini daripada busana2 yang sebelum ni.. seperti bungkus nangka.. (hanya perumpamaan semata2..)

    2. Honeybee kata:

      Nak smbut raya ek …

      Dh ganti puasa lum…

    3. Obefiend kata:

      anon is blind. this is bungkus mayat kinda baju.

    4. erz kata:

      Cntik gak bj dia…
      still blh bergaya dgn penampilan sopan..
      cuma kt tudung je tu tak kena…
      tak pe la..
      nnti pelan2 tutup semua rmbut ye..

    5. Nura kata:

      teruk2 lah dia ni…..yg bgus nya tanggal kan je tudung tu if nk masih tunjukkan rambut…….jadi percakapan org2 keliling dia….je tak habis…if lum betul2 sedia…..lebih baik jngan brtudung or brselendang….biar ikhlas nk mnutup aurat tu……jgn go haji skadar nk nama je…..buang currenttttttt……..

    6. adekepatut kata:

      siti ni betul2 memalukan la. better buka tudung la coz tak der apa yg hendak ditutup. Diaorg ni kan pi haji tapi buat main jer perkara mcm tu. Islam tak tuntut mcm tu. Sekarang ni pi haji dah bukan rukun dah tp sekadar nak ambil nama. fesyen siti skarang ni tah apa2 tah…tak bleh diterima pakai…better pakai purdah la…tak de org nak mengata…malah tlg aminkan….selamatkanlah hamba2 mu ini

    7. Honeybee kata:

      pelan2 makin ‘trdedah’ rambut adalah ..

      Suka n syukur tgok prubahan Wilma .. dr seksi .. n now .. alhamdulillah .. x de nk kata pkai tudung ‘brperingkat’ .. pkai tudung labuh .. ttap cantik n manis. Alhmdllh dketemukn dgn ssorg llaki yg btul2 dpt mmbimbing Wlma .. Smoga dberkati Allah swt hgga ke akhir hayat .. insyaAllah ..

    8. sizuka_lisa kata:

      wah budiey naper x bgtau nk p sana?jeles nih…skrg artis bz dgn psembahan ry heh x sbrnya menanti ramadhan tiba…budiey dh ganti pose lps2 ka?

    9. onlooker kata:

      looking at the recent snaps of siti nurhaliza at plaza sentral on 31 july may i suggest that she seriously considers doing some thing about her sense of dressing..it’s simply awful !! who on earth is her designer ??..could she kindly consider investing in some clothing that actually suit her for once.

    10. aleya kata:

      ct pnye dressing mmg hancuz……..
      sibuk je akak n adik dia yg xbrp glamer tuh..
      jemput ler gek artis lain buat penyeri..
      ni smua ank branak dia jerk?
      harapkn lgu ct je ler..
      yg lain tuh..buat semak jer.

    11. anonymous kata:

      obefiend… I’m not blind. I speak with wise and NOT in the shadow of hatred..

      I’m sorry if my statement offended you… but to think it in a positively way the attire was quite OK rather than you’re so- called metaphor.. and it was 100X far much better than the kain bungkus mayat(kain kafan), though it’s described as the purest attire in Islam. I’m not a fanatic of her but as brotherhood in Islam, that should be enough for now, I’m sure she’ll do the right thing when she’s ‘ready’. Please don’t use your language ability to destruct everything for which the more ability you have, the more ‘evil’ you could be, I remember my lecturer used to tell me that. I know you have a very GOOD and AWWEESSOMM language skills,…. Indeed. And a special advise, stop being so provocative, cause it’s FREAKINGGLYY annoying! Thank You.

    12. Honeybee kata:

      Pakej adik bradik .. murah skit kut ..

    13. deedon kata:

      Sian dia tiap kali kuar citer & gambar misti orang nak kutuk dia…..isy isy isy…..me no komen takut tambah dosa jer….Siti fikir2 lah yang terbaik untuk anda….

    14. Honeybee kata:

      Kutuk n tegur .. difinisi yg brbeza ..

    15. jue kata:

      walau apa pun org kata dia ttp diva dan yg paling penting kayo… (chuckle)

    16. deedon kata:

      ya la honeybee kadang tu orang tegur macam nak mengutuk, kadang kutuk kaw-kaw kata aku tegur jer…..hai tak tau lah hati manusia punya difinisi berbeza…..walau apa pun dio dah kayo…..kutuk ke tegur satu doa….buat ct

    17. Apa2aje kata:

      nape siti suka sgt pakai tudung cam sister aa? jwb jgn tak jawab

    18. comel kata:

      Apa2aje,ko tau npe ct ska sgt pki tdung ala2 sister ni,coz dl ct naik haji pki duit haram(kn smua harta yg die dpt skrg brmula dr hasil jualan suara die).so,kdtngn die d ruma Allah 2 xla d alu2kn sgt sb 2 da naik hj pn die xdpt pa2 hidayah.Allah xberikan die pa2 ptunjuk..2 psl die blk tnh air smkin mnjd2..

    19. mas2ra_kitty kata:

      pe pn yg di0orang komen, sy tetap peminat dato’ siti yang setia…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK