in

Sambutan Tahun Baru 2017 di KL Tower

Pada malam ini, sejurus selesai buat liputan di Majlis Hari Jadi DJ Lin Suria Cinta di Starbucks Technology Park, Budiey bergegas pula ke Menara KL untuk buat liputan di acara tahunan Sambutan Tahun Baru 2017.

Seperti tahun lalu, macam-macam aktiviti diadakan sepanjang tempoh 3 jam bermula jam 10.30 malam sehingga 1.30 pagi. Ini adalah termasuk mid night countdown, koktail buffet, new year toast, persembahan istimewa flashmop daripada Broadway Academy dan macam-macam lagilah aktiviti lain yang menghiburkan para pengunjung.

Budiey sampai di sini jam 10 malam dan mendapati ramai sekali yang sedang beratur untuk naik ke atas menara. Rata-ratanya tak sabar untuk meraikan tahun baru 2017 dengan mengambil pakej pelantar pemandangan dengan hanya RM98 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak.

Budiey perhatikan pakej ini berbaloi sekali sebab dapat melihat pemandangan yang sangat cantik termasuklah dapat merakam gambar sebagai cenderahati bersaiz 6R dan pek party daripada Menara KL.

Manakala tawaran istiemewa dari Sky Deck dengan hanya RM268 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak. Pakej ini termasuklah ke Sky Deck, apat merakam gambar sebagai cenderahati bersaiz 6R dan pek party daripada Menara KL dan yang penting, mereka yang mengambil pakej ini dapat membawa pulang sehelai baju T glow in the dark bagi 100 pelanggan pertama.

Budiey rasa korang patut bawa keluarga dan insan tersayang untuk menikmati pemandangan yang superb 360 darjah dengan berlatar belakangkan langit malam yang begitu mempersonakan kat sini. Selain tu, korang juga memang akan terhibur dengan lebih dari satu pemandangan bunga api.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The 4 Biggest Mistakes We Make When Setting New Year’s Resolutions

Fattah Amin Lancar Single Terbaru WANITA TERAKHIR