in ,

Fattah Amin Lancar Single Terbaru WANITA TERAKHIR

Fattah Amin “buka panggung” 2017 dengan melancarkan single terbaru “Wanita Terakhir”.

Sempena meraikan tahun baru, FASTYLE dengan kerjasama Kasi Gegar Entertainment melancarkan single terbaru “Wanita Terakhir” nyanyian hero malaya Fattah Amin.

Bagi pihak pengurusan FASTYLE, Kerjasama ini diharapkan dapat memeriahkan lagi industri hiburan tanahair dan menambah baik potfolio seni artis dibawah pengurusan FASTYLE. “kami berasa optimis bahawa lagu ini dapat diterima baik oleh semua peminat seni tanahair dan ini merupakan salah satu strategi yang telah diatur bagi mempertingkatkan karier seni Fattah Amin agar terus segar di dalam industri hiburan tempatan”. Ujar Fas Subari selaku CEO & juga Founder FASTYLE.

“Single ini adalah hadiah ikhlas dari hati saya untuk semua peminat saya di luar sana, saya cukup terharu dengan sokongan yang amat luar biasa terhadap saya sejak akhir-akhir ini. Semoga anda semua terhibur dengan lagu terbaru saya ini”, ujar Fattah.

Tambah beliau lagi, lagu ini dilancarkan secara digital kerana dapat memberi peluang dan berlaku adil kepada semua peminat beliau di Malaysia dan luar negara. “Saya mendapati selain sokongan padu daripada kelab peminat saya iaitu The FA Team, turut wujud kelab peminat “lofattah” dari seluruh pelusuk dunia, mereka ini mungkin rakyat Malaysia atau orang Melayu yang menetap di luar negara tetapi masih mengikuti perkembangan kerjaya seni saya di Malaysia”, Fattah Amin.

Single ini adalah hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan. Menurut Anas Amdan selaku ketua musik produser lagu “Wanita Terakhir”, “secara keseluruhan lagu ini di ciptakan untuk mempaparkan sisi baru Fattah yang lebih matang sesuai dengan perkembangan kerjaya beliau”.

Lagu ini dilancarkan secara langsung dari Eropah oleh Fattah sendiri melalui aplikasi FB Live beliau. Teaser berdurasi 1 minit boleh di dapati di ruang media sosial Fattah seperti Instagram, Facebook & Youtube. Kata carian bagi teaser adalah “Fattah Amin – Wanita Terakhir (PROMO)”. Bagi peminat yang ingin mendapatkan lagu penuh boleh dimuat turun secara digital seperti itunes, playstore dan sebagainya.

Diharapkan pihak media akan terus memberikan sokongan kepada single terbaru “Wanita Terakhir” dan kerjaya seni Fattah Amin secara amnya.

Butiran lanjut lagu adalah seperti berikut;

Tajuk Lagu: Wanita Terakhir
Durasi Lagu: 3.42 minit
Komposer/Lirik: Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan
Penerbit Eksekutif: FASTYLE
Penerbit: Kasi Gegar Entertainment
Pengarah Kreatif: Eddie Stefano
Talian Muat Turun: Itunes – Wanita Terakhir

Akaun rasmi media sosial;

Instagram: @fattahaminz
FB: Fattah Amin
Twitter : @fattahamin
Youtube: Myfastyle Creative

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Tahun Baru 2017 di KL Tower

Majlis Ulangtahun Kelahiran DJ Lin & Ulangtahun ke 10 Suria Cinta