Saksikan Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
BOLOS KEMBALI LAGI BUAT MUSIM KEDUA
BOLOS SAJA DINDING ITU !
Anda biasa mendengar laungan ”Bolos saja dinding itu”? Bagi menyemarakkan lagi program-program bercorak permainan di Astro pada tahun 2009, Astro dengan bangganya membawakan Bolos yang kini memasuki musim kedua terus bersiaran di Astro Ria pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam.

Drakula Zizan, hos Bolos
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Khairul Mizan, “Program bercorak permainan ini yang memasuki musim kedua ini juga bakal menyaksikan penampilan istimewa daripada selebriti-selebriti terkenal tanahair pada setiap minggu. Pelbagai gelagat dan aksi lucu dapat dilihat apabila para peserta cuba membolosi diri masing-masing menerusi dinding yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, corak dan saiz lubang. Jika percubaan mereka gagal, kemungkinan untuk mereka jatuh ke dalam kolam air yang disediakan, adalah besar!”
Terdapat dua kumpulan yang bakal berentap dalam setiap episod. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Mereka akan diberi cabaran untuk membolosi setiap dinding yang telah disediakan untuk mengumpul markah. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir iaitu Mega Bolos dan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM1000 pada setiap minggu. Jika keputusan adalah seri, salah seorang ahli daripada setiap kumpulan akan dipasangkan bersama untuk menentukan siapakah yang layak untuk mara ke pusingan Mega Bolos. Peserta yang dapat membolosi dinding tersebut akan diumumkan sebagai juara dan layak untuk beraksi dalam Mega Bolos.
Program 26 episod yang berdurasi selama 30 minit ini terbahagi kepada empat segmen. Dalam Segmen 1, salah seorang ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang mempunyai lubang pelbagai bentuk. 100 markah akan diberikan jika mereka berjaya membolosi dinding tersebut. Manakala dalam Segmen 2 pula dua orang ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang juga mempunyai lubang pelbagai bentuk berbeza dari segmen satu. 300 markah akan diberikan jika mereka berjaya membolosi dinding tersebut. Dalam Segmen 3, kesemua ahli daripada setiap kumpulan dikehendaki melepasi sebuah dinding yang juga mempunyai lubang pelbagai bentuk dan berbeza dari segmen satu dan dua. Jika kumpulan mereka berjaya membolosi dinding tersebut, 500 markah akan diberikan. Kemudian, kumpulan yang mengumpul markah tertinggi akan mara ke segmen terakhir iaitu Mega Bolos.
Dalam peringkat ini, salah seorang daripada ahli kumpulan akan dipilih untuk mewakili kumpulan mereka. Mata mereka akan ditutup dengan alatan pentas (props), sebagai contoh; dikehendaki berdiri dengan posisi membelakangkan dinding. Manakala dua orang ahli kumpulan yang selebihnya akan memberikan arahan bagi membimbing rakan mereka untuk membolosi dinding yang disediakan. Jika berjaya, kumpulan tersebut akan memenangi wang tunai bernilai RM1000. Jika gagal, wang terbut akan dibahagikan sama rata kepada pihak lawan. Ini bermakna, setiap kumpulan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500.
Pemenang tempat kedua Raja Lawak Astro (musim pertama) Zizan telah diberi kepercayaan untuk memikul sebagai pengacara program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta untuk menyempurnakan cabaran yang diberikan.
Nantikan gelagat para peserta dalam program yang mencuit hati ini yang akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad jam 9.30 malam.


Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 10th, 2009 at 10:33 am
Best giler la Zizan ni….
February 11th, 2009 at 3:54 pm
zizan mmg cool…lap you
February 23rd, 2009 at 12:35 am
zang…
gane aku nok masuk bolos mung nihhh??
aku teringin nak masuk tapi tok tahu nak wak gane..
March 7th, 2009 at 12:10 pm
Assalamualaikum zizan…….awak memang bestlah.saya minat sangat dekat awak.mantop gitu.minta e-mel ble?semua lawak awak memang menjadi n buat pecah perut.
March 7th, 2009 at 9:20 pm
Hai….. Zizan.. awk memang bestlah…. sya kalau tgk je bolos, RAja lawak, JoZan… perghhh.. awk jelah jadi tumpuan kami sekeluarga…hahaha.. lawak sangat… SaMPAI terbawak kat mimpi oooo…..hiihihi…. okaylah… apa-apa pun..good luck untuk awak…. semoga ada Jozan lagi k…. wassalam….Peace!!!!
March 16th, 2009 at 6:06 pm
zizan mu memang bestt gila..muka mu memang muka artis,muka mu tak laku jadi benda lain..lagi satu mu dengan johan memang satu kepala,buat la benda apa pun memang jadii…bila mu nak kawin zizan,aku rasa mu kawin nanti mesti ada banyak orang support mu,ok zizan good luck
March 16th, 2009 at 11:35 pm
..okayla c Zizan ni handlekan Bolos ni…cume x puas ati dgn pakaian para peserta terutamanye peserta pmpuan….’tersembol dan membonjol’ & mnmpakkan ape yg x patut…kdg2 nk tgk pun malu….ish3….
March 17th, 2009 at 8:39 am
memang pun…masalahnya warna pakaian peserta menonjol sangat…cuba cam warna hitam, sure cover sket…ni warna merah terang, biru terang, warna silver…adusss…penerbit bolos!!! pilih la inisiatif lain uniform peserta terutama peserta wanita…malu la kitorg org pompuan nehhh…
March 17th, 2009 at 1:07 pm
…>>>>mmg betul tu choco gurlz…org lelaki kalau tgk bolos tu…nak2 nya kalau peserta pmpuan, cam nak tembus tv tu d tenungnya…pastu snyum mmanjang….kalau bdn peserta pmpuan tu kck molek xpelah gak..ni kdg2 bnyk tul ‘bumper’ dia…ish3….memalukan tul lah…..
March 17th, 2009 at 1:39 pm
hehe…tah sapa la punya idea dok buat warna baju dia camtu… eii…bawa-bawa la tukar warna baju untuk program bolos tu…best tengok bolos neh, zizan kelolor…hehe…tapi kalau tak tukaq-tukaq jugak warna baju dia, memang saja la tuuu…
March 23rd, 2009 at 3:30 pm
zizan hang ni memang bestla aku pun tak tau yang hang ni hebat.
masa raja lawak dulu awat hang tak buat lawak ha!?
ok lah itu je aku ni salah satu peminat hang mintak e-mel leh?….
March 30th, 2009 at 3:19 pm
Zizan aku memang suka kat kau tau x,dekat sekolah dato on ramai lagi yang suka kat kau..aku heran betulla dengan semua orang bila diaorang kata yang kau x best langsung,bengang aku kau tau tak…takde la tipu aje..ZIZAN KAU MEMANG BESTLA.. nanti belila novel baru aku tajuk dier ‘Warkah berlagu Pilu’…mungkin sepuluh tahun lagi baru boleh dipasarkan…he…he
March 30th, 2009 at 3:33 pm
Zizan kau la idola aku…you ara my idol…sorryle kalau Nuur tu cakap merapu aku ni kembar dier Muhammmad Zizie,aku takde E-mail cuma guna e-mail Nuur saje… Nuur tu dah lama minat kat kau..aku pun salut gila kat kau..kau dah la pandai berlawak..pastu pandai nyanyi plak tu..suara pun sedap gak…pandai berlakon cam2 kau pandai buat…Nuur dia suka buat cerita..dia suka bubuh watak utamanya Zizan,kau la,aku tahu dia pasti minat kat kau sangat.kau tahu x?tiap2 hari sabtu,dia akan tunggu kat depan tv..kata dier nak tengak Jozan show…tiap2 hari dia berharap agar Jozan Jozan Show ada lagi…aku rasa dier dah angau kat kau…he…he
April 17th, 2009 at 11:30 am
syah peminat zizan sejak umur syah 12 tahun dansekarang umur syah 13 tahun .abg zizan handsome dan pandai buat lawak. syah orang ganu sama ngan zizan. syah nak sangat jumpe abg zizan kalau boleh. syah akan selalu berdoa yang terbaik untuk zizan.
nur elya syahirah
13 tahun
batu buruk ,kuala terengganu
April 20th, 2009 at 5:16 pm
aku nak tgk zizan ngan johan….
aku nak tgk due2!
aku nak tgk jozan!!
aku nak tgk jozan show!!!
sbb seblm ni aku x dpt tgk!!!!
waaa….!!!!!!
hehe…sorry,sawan jap!
ok, dah lepas dah sawan aku…huhu
April 24th, 2009 at 12:22 pm
zan…
mu memang best r…
zan, mung ganu duk mane?
May 10th, 2009 at 10:57 pm
zizan nampak macam badut je……..he..he…………
July 29th, 2009 at 7:24 pm
salam zizang…
hebat mu buat lawak sampai kak yg tgh sarat pregnant ni nak tberanak time tgk mu buat lawak dlm Bolos..
syabas bette! nasib kak x tberanak lagi, kalau x mesti anak kak x cukup bulan. adios…
September 9th, 2009 at 10:47 pm
walau ape pun zizan pakai dan zizan buat lawak,
syah tetap suka zizan.
nice to meey you zizan.