in

FAROUK HUSSIEN DALAM WARUNG KITA DI ASTRO PRIMA

“WARUNG KITA”
Program baru yang mengajak penonton menjamu selera di Astro Prima

Astro sentiasa berusaha gigih untuk meneruskan tradisi cemerlangnya dalam memberikan perkhidmatan bermutu kepada para pelanggan melalui kepelbagaian pilihan rancangan kepada golongan sasaran tertentu. Ini sejajar dengan matlamat Astro untuk menjadi peneraju dalam usaha menjadi sebuah pusat informasi lengkap yang berpengaruh untuk memberi pendedahan dan didikan penting dalam bentuk hiburan kepada seluruh masyarakat secara amnya. Sehubungan dengan itu, Astro Prima (saluran 105) dengan bangganya mempersembahkan Warung Kita, sebuah program baru yang mengajak para penonton menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjamu selera.

Warung Kita akan dihoskan oleh pelawak terkenal tanah air yang tidak asing lagi iaitu Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi yang cukup dikenali menerusi  program Lawak King. Pemilihan mereka berdua sebagai hos rancangan sememangnya tepat dan sesuai dengan program yang berkonsepkan santai ini. Saksikan pelbagai aksi dan gelagat spontan mereka sepanjang misi penjelajahan ke lokasi-lokasi hebat di seluruh Malaysia khusus untuk menjamu selera.

Mereka telah diberi tanggungjawab untuk memperkenalkan warung-warung terpilih yang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam dengan harga yang cukup murah dan munasabah. Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk mengetahui apakah ramuan serta resipi-resipi hebat yang menjadi rahsia di sebalik keenakan pelbagai juadah yang sememangnya mengecurkan dan menyelerakan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, “Kami di Astro Prima sentiasa peka dengan kehendak para pelanggan dalam membekalkan pengisian yang bukan sahaja dalam bentuk hiburan semata-mata, bahkan turut menyelitkan pelbagai informasi dan tips-tips hebat yang relevan dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kepada para pelanggan. Ini adalah selari dengan pendirian Astro untuk memastikan pembangunan seni industri dapat dicapai. Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menyampaikan mesej kandungan tersebut kepada para pelanggan.”

“Program Warung Kita ini disasarkan kepada para penonton yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun terutamanya para suri rumah. Program  Warung Kita dapat memainkan peranan penting dalam usaha menyemai sikap cintakan makanan tempatan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Bukan itu sahaja, penghasilan program-program seumpama ini juga dapat membantu usaha untuk memperkenalkan pelbagai juadah tempatan yang enak dan menyelerakan kepada para penonton serta secara tidak langsung boleh menarik minat pelancong yang datang ke negara ini untuk mencuba keenakkan juadah-juadah tersebut.,” ujar Nizam lagi.

Beliau juga menambah, “Terdapat banyak tempat makan atau lebih tepat lagi dikenali dengan panggilan warung makan yang menawarkan pelbagai jenis juadah lazat di Malaysia. Warung-warung ini bukan sahaja menjual makanan enak untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam bahkan turut menyajikan pelbagai jenis kuih-muih yang cukup sedap dan sesuai untuk dimakan sewaktu minum petang dengan harga yang cukup berpatutan. Program Warung Kita amat berbesar hati untuk  berkongsi maklumat ini bersama para penonton Astro Prima.

Program Warung Kita akan cuba membuktikan kepada para penonton bahawa kita boleh menikmati pelbagai juadah enak dan menyelerakan dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Bukan itu sahaja, program ini dapat membantu untuk mempromosikan keistimewaan warung-warung tersebut secara lebih komersil dan dengan secara tidak langsung ini dapat menarik minat orang ramai untuk datang sendiri ke warung-warung tersebut dan mencuba juadah-juadah lazat yang dijual.  Program ini juga turut menyelitkan tips-tips hebat mengenai pemakanan yang sihat dalam setiap segmen yang disediakan.

Program 23 episod ini akan menjelajah ke setiap pelusuk negeri di Malaysia untuk mendedahkan rahsia keistimewaan resipi-resipi juadah lazat yang menjadi tarikan utama di setiap negeri yang terpilih. Antara juadah enak yang akan dipersembahkan termasuklah ikan dan ayam panggang, sup daging, kerutup daging, ayam goreng serta pelbagai jenis ulam seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan cencalok sebagai pembuka selera yang begitu menyelerakan.

Jangan lupa saksikan gelagat Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi di dalam program Warong Kita yang berdurasi selama 30 minit bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 6 Januari 2009 menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. harap ade yg blh upload rncngn ni kat youtube or
    mane2 video online…
    huhu~~
    nak tgk jugak..
    buat penawar rindu kat masakn malaysia^^

  2. yeah..tggu…msti ada pnya lah kt u tube nti..
    rncangan cmni mmg sellau gak dpt rating tinggi..
    makan luar mmg dh budaya rkyat msia skrg..

  3. Wah..ni dia warung yg saya cari selama ni…Lupa nama tempat makan ni.. yg ingat dekat ngan Mahkota Parade Melaka aje.. Pernah singgah sekali makan di situ..Memang sedap lauk-pauk kat sini..esp asam pedasnya..power..siap tapao lagi bawak balik.. Thanks Budiey for posting the photos here!

  4. Sya ada tgk rncgn ni mgu lps..tgk hosnya mkn meleleh gak air liur so nk tya lokasi restoran ikn bkr FEN D kt dtrn glomac 2 kt mana ek?blh bg almt?

  5. assalamualaikum semua…
    sye ingin bertanyakan sesuatu..
    bagaimana sye ingin menjemput krew warung kita untuk datang ke gerai saya…
    ni alamat gerai saya

    G-01(WARUNG AL-IKHLAS)
    MEDAN SELERA SEMARAK,
    JALAN SEMARAK,
    54100 KUALA LUMPUR…
    waktu operasi 10 pagi sehingga 5 petang
    kedatangan anda dialu-alukan

  6. saya nak alu2 kan supaya krew warung kita pergi test char kuey teow penang kow punya dkt jalan peel. tepi jalan dekat dgn carrefour jalan peel. pure char kuey teow, delicious mee rebus penang and nice nasi goreng kampung…serious

  7. satu lagi warung perlu di lawati oleh geng warung kita, dapur bonda di alor setar, siang hidangan lauk pauk kampung yg menyelerakan…malam pula hidangan char kuey teow dan nasi goreng udang yg sedap tak terhingga

  8. ari tu aku try mi rebus tapah kemain lg sedap la…patot semua org cuma mi rebus ni…kat situ ada mi rebus tulang, daging, ayam…harga pn berpatutan…harga tak penting,yang penting rasa masakan tu..perghhhh…kedai dia tepi high way je..kelua je highway tapah,ke kiri nak ke cameron,ke kanan nak ke tapah, awak pergi ke tapah dan jalan je 50meter kedainya di sebelah kanan..harap mencuba!!!!!

    alamat die
    no 4 taman sri kelana,jalan pahang 35000 tapah perak…

  9. hmm…sy suka akan rancangan ini…
    sy cadangkan anda semua makan roti canai dan capati di tempat saya,
    dari segi harga amat berpatutan yang uniknya rotinya sedap,lembut dan orang melayu yang buat bukan mamak ekk lg 1 kedai ini bukak petang pagi tutup kalau warung capatiini pagi bukaklah.
    sya tak tahu alamat nya tapi warung itu ditepi jalan je kalau berminat hubungilah saya…
    kalau anda anda cuba tak rugilah memang enak….

  10. saya memang suka mengikuti program warung kita.tapi dalam mana mana segmenpun didalam rancangan tersebut tidak ditunjukkan lokasi tempat makan atau warong itu dengan tepat, maksud saya kalau kita bukan berasal dari tempat segmen tersebut dijalankan macamana kita nak menuju ketempat tersebut.Buatlah betul-betul tunjukkan persekitaranya atau map ke.Itukan ke lebih memudahkan bagi peminat rancangan ini menikmati keenakkan juadah .bukan sekadar melihat faruk atau asrul aje yg makan dan mengatakan sedap tak gitu tuan penerbit.

  11. Salam sejahtera, kepada semua krew warung kita serta hos warung cari makan,

    apa kata,anda semua pergi tempat makan yang unik,iaitu makan dapat duit,percaya tak.
    Kalau tak percaya silalah ke

    ISLANDREDCAFE
    JALAN SEKERAT
    SUNGAI PETANI.
    08000.KEDAH DARULAMAN.

    NO.H/P SAYA:0197021266

    MAKAN MINUM anda semua AKAN DI BELANJA OLEH SAYA……SEKIAN TERIMA KASIH….

  12. cuba le pule makan ASAM PEDAS POWER di warung abg pi’ee di hadapan perigi puteri hang li poh di bkt china melaka. dibuka dr maghrib sampai ke suboh. makanan panas2 ikan segar2 jenahak,pari,siakap,kembung dll, kupang / kerang BERAPI. Sentiasa POWER!!!!! Datang leeeeeeeeeeee UTK PERHATIAN: ORDER / MASAK / MAKAN…… [email protected]

    NO H/P : 012-9021847

  13. betul……cikgu ridza ckp,dia guru di sekolah saya……
    makan dapat duit tapi kena masuk ahli dulu…haaaaa……baru betul……

    Paling murah RM 360.

    RM 60.00 Utk ahli
    RM300 dalam baucer makanan diberi dalam bentuk card.

  14. rancangan Warungkita ini memang bagus.. cara yang baik untuk memperkenalkan lagi tempat makanan terbaik di malaysia ini.. tp sy nak komen skit,, harap lepas ini,Farouk akan bagi alamat setiap kali pergi ke warung atau restoran,, kerana peta yang di beri tidak banyak membantu.. kalau boleh bagi no.telefon sekali.. kalau nak promosi,, promosi betul betul k,,,,,

  15. sy ad mmbuka satu prniagaan di tambun ipoh perak berdekatan dengan lost wold of tambun bagaimana tuk sy mengembang kan rasa laksa buyung batu kurau yg sudah populor disini… dan udang banjir pun ad… klu nak try rasa kuah laksa pkat kaw punye dtg le…

  16. a’kum smua..,sy suke rancangan warung kite..memang best coz byk memperkenalkan masakan org2 melayu..lau nak rase mee kari n soto paling sedap di Pontian,dtglah dikedai sy ea..lau dah rase mesti nak lg,bukan stakat menjilat jari,sampai siku pun jilat…hehehehe

  17. saya nk cdangkn pegi la ke rantau panjang klang….ada tmpat mkn yang mmg sedap dan harganya pun murah……nama kdai 2 ialah warong basikal. makanan yg paling sedap adalah soto dan juga nasi ayam. terdapat juga makanan lain. air minuman yg paling sedap teh o ais limau kurang manis lebih masam gelas besar…..kdainye terletak di jalan genting di rantau panjang klang……….sya harap tuan2 dapat hadir ke warung ni……….klu xdtang memang rugi beb……….ini saja hrpan sye……..dtag tau……..as’kum……..

  18. Saya ingin mencadang warung kita rasakan masakan kelantan yang sedap di Warung Pak Din, Taman Ria Sungai Petani. Macam-macam ada waktu operasi 8.00 pg – 12.00 tgh. Pasti anda berpuas hati, jemputlah……….

  19. Salam semua warga warung Kita. Saya selalu menonton rancangan ini. Utk pengetahuan pihak tuan, saya sedia mencadangkan beberapa tempat makan / warung di negeri terengganu Darul iman. Sekiranya pihak astro berminat, boleh hubungi saya do no 019-9409209. terima kasih.. sape lagi kalu x org kita menyokong rancangan tempatan. wassalam

  20. Salam,kalau warung kita sudi datang ke Geylang Kopitiam boleh cuba makanan kita yang lazat dan unik,di miliki orang kita,pasti puashati.
    alamat – No 2 USJ 9/5P Subang Bussines Centre,Subang Jaya.

  21. sy nak cdgkan abg faruk dtg seremban tuk minum cendol asli di jln yam tuan.cendol km memang asli,sedap&murah plak2..kami jgk ada jual rojak…nama restoran HAJI SHARRIF CENDOL&catering..baru2 ni kedai km kuar surat khabar&di kenali dikalangan vvip seremban….ha kdi km jgk dipilih di antara 3kdai yg terbersih di n9…sy harap abg faruk sudi berkunjung di tempat kami..klu sudi hubungi kami di nom ini….
    016 6128505-encik noordin
    016 6494276-puan faizah

  22. salam…warung kita cubalah rasa masakan di warung depan jkr bandar pusat, pahang….perrgghhh……sedapnyee….
    tak caye mai la cuba….masakan mcm makan kat rumah…betul2 masakan sedap…
    hubungi en razak / pn faizah : 019-943 7158
    byee

  23. hai saya minat rangcangan warung kita tu..ia sangat berguna pada orang ramai….saya minat episod yg asrul mkan di shah alam tu…ia itu restoren soto shah alam..lauk dia nak terkeluar biji mata…banyak gila…boleh bagi alamat dia…..saya teringin nak ke sana.

  24. mr farouk n azrul…..jgn buat kt shah alam je…..carila betul2 kampung kt malaysia nie…..cari yg terbaik la…………mcm kt melaka cari usop tempang-masjid tanah.nasi perut beb….asam pedas power kt tokong bukit cina….kt pj, carila zainol nasi kandar.kl kt kari kepala ikan jln kg atap.lepas tu kt ibrahimsha kt sebelah tandas cantik kt coliseum.

  25. ” # kahirul azam kata:
    April 26th, 2009 at 9:57 pm

    restoran tok nadok d alor setar tu kat mana???
    tlg bg tau alamat kedai dan situasi restoran tu,,, ”

    utk en.khairul azam,
    nih alamatnya:

    Dinner @ D’selera Tok Nadoq.
    New Terbengau,
    Jalan Yan,
    06000 Alor Setar, Kedah.

  26. a’slkum azrul dan farouk

    Saya ada tengok program warung kita ini, tapi pada masa itu hos nya azrul dan seorg artis wanita, tapi saya lupa namanya. saya nak tahu di mana kedai makan mee sup tulang yang azrul bagi tahu kat klang tu. boleh tolong bagi alamat penuh saya ingin sangat nak kesana nak makan mee sup tulang tu, minta tolong saya mengidang sangat.

  27. SATEY TULANG KT DATARAN SENAWANG POWER…..
    BUNYI CAM PLIK TP SODAPPPP….
    KLU TAK CAYE TRY LAAAA….
    WARUNG KITA PE TGGU LAGI….
    SERANGGGGG…..

  28. a’slkum Azrul dan Farouk

    Saya ada minta alamat atau lokasi kedai makan mee sup tulang di klang. sudah lama saya email, minta alamat tu, tapi tak balas pun. minta tolong dengan en azrul atau en farouk beri alamat itu. tolong lah saya, saya sekarang ni tengah mengandung dan mengindang sangat nak makan mee sup tulang tu. selepas saya tengok rancang warung kita, saya teringin sangat nak makan mee sup tulang tu. saya ada ajak suami saya gi ke klang cari kedai tu tapi tak jumpa. saya harap sangat en azrul atau en farouk email kan alamat kedai tu pada saya. Please help me……………….

  29. ape kata abang test pulak char kuey teow saya kt kajang.saya sewa stall aje kt Restoran Sup Power Ali.kt sni sup mamaknya power juga..kalo2 abang smpai area kjg call la saya nk test power char kuey teow :019-3426661

  30. Assalamualaikum…. kepada semua warga krew Warung kita, Pok Rasid ingin mengucapkan terima kasih keran singgah ke warung Pok Rasid ikan bakar di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada baru2 ini…

    kepada sesiapa yang ingin merasa ikan bakar paling sedap di ganu singgahlah di Warung pok rasid di:
    KAMPUNG BUKIT TUNGGAL, KUALA TERENGGANU.

    013-9272857-POK ROSID

  31. sy ingin menjemput warong kita ke..area bagan serai ,PERAK..

    betol di pekan bagan serai…kedai berhadapan pasar..nama kedai hidayah..

    makanan,minuman harga yg berpatutan..masih murah lg…

    makanan yg plig best mee kari…warung kita marilah singah….

  32. di harap rancangan warung kita dtg ke kg.baru. Menikmati nasi lemak makwan jo.. lebih sedap dari nasi lemak antarabangasa.. Baru2 ini dato seri najib tun razak sendiri menikmati sarapan pagi di situ semasa melawat kg.baru. nasi lemak makwan jo terletak di pasar minggu dpn sedikit dari nasi lemak antarabangasa.

  33. saya peminat setia warung kita. Tapi saya terlepas alamat warung yang farouk sarapan pagi kat tanjung lumpur minggu lepas. Boleh bagi alamat.

  34. assalamualaikum semua…
    sye ingin bertanyakan sesuatu..
    bagaimana sye ingin menjemput krew warung kita untuk datang ke gerai

    G-01(WARUNG AL-IKHLAS)
    MEDAN SELERA SEMARAK,
    JALAN SEMARAK,
    54100 KUALA LUMPUR…

    waktu operasi : 10 pagi hingga 5 petang
    kedatangan anda dialu-alukan

  35. ASSALAMUALIKUM,apa kata krew warung kita cuba makan nasi goreng,tomyam & makanan barat dekat kedai cikgu nasir dekat sunai yan.memamg sedap makanan dekat situ.TERIMA KASIH

  36. Assalamualikum kepada krew warung kita,

    Saya cadang kan krew warung kita cuba makan dekat kedai Cikgu Nasir besebelahan masjid yan.Makanan dekat situ sedap terutama tomyam.dan lagi satu kedai nasi kandar Cik Mat.Lauk dekat situ sedap dan harga juga berpatutan.SILA CUBA…

    TERIMA KASIH

  37. askm.sya pernah mkn d salah sebuah restoran d kuantan d tanjung lumpur.masakannya memang sdap,rugi jika tk mencuba.yg paling sdap skali ikan bakar yg d bakar bersama petai.

  38. slm 1 malaysia.warong kita memang sangat patut untuk di tonton,saya ada cadangan, cuba datang ke jerantut,disana ada menu istemewa yang tidak terdapat ditempat lain,iaitu..sepesel sup gearbox.supnya direbus dengan rempah yang di buat sendiri,setiap sup yang dihidang rasanya berbeza,dan juga, nasi goreng kg sg par,untuk maklumat hubungi 0148104154 en osman,

  39. assalamualaikum…disini saya ingin menjemput semua warga yg menjayakan program warungkita untuk bersama sama untuk mencuba dan nikmati selera masakan thai.kami ada beberapa menu istimewa seperti..siakap stim limau,prap ka phau(daging goreng selasih)Tomyam pok tek,nasi goreng belacan thai,dan nasi goreng nenas, lidah masak merah, ayam pandan, dan macam macam lagi masakan thai untuk disajikan. dengan itu saya mewakili pihak RESTORAN D’NANGKA TOMYAM SEAFOOD’ beralamat di

    JALAN WAKAF UTAMA 7,
    JALAN TUN HAMZAH,
    BUKIT KATIL, 75450,
    MELAKA.
    TEL: 012 6434433
    : 012 9263475

    Dengan mengakhiri kata kata kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk menjemput warga krew warung kita untuk menikmati juadah dan juga memberi peluang untuk kami membuka laluan untuk dinikmati bersama di [email protected].

    sekian terima kasih…. assalamualaikum.

  40. saya amat suka rancangan warung kita.kita dapat tahu dimana ada kedai makanan atau tmpat makanan yg sedap.
    klu nk cuba roti canai special!!!! datang lah ke tmpt saya di padang serai kulim kedah,bersebelahan mini market POPULAR.ada berbagai jenis roti special seperti roti canai jagung special,roti boom special,roti sardin special,roti telur special,roti pisang special,roti tisu special,nasi lemak special dan air kaw…kaw special!!!!…..BELOM CUBA BELOM TAHU,SUDAH CUBA NAK SELALU…….kedatangan farouk,azrul dan krew warung kita amat dialu alukan…….

  41. saya suka rancangan ini..banyak pilihan yang sesuai .saya juga suka dengan celoteh hos ini..abang farouk.jadi saya ada cadangan nak di kemukakan..saya cadangkan bagi cenderahati kenang-kenangan setiap kali program ini berlangsung ke warung-warung yang telah di kunjungi bagi menarik minat pelanggan yang datang untuk menjamu selera.jadi kita pun boleh bawa family,kengkawan,dan saudara mara ke tempat tersebut..semoga cadangan ini diterima @ dipertimbangkan pihak penganjur ‘warung kita ” teruskan program2 yang menarik lagi di masa2 akan datang..terima kasih.good luck.

  42. salam 1Malaysia, Tahniah kepada Astro kerana mengadakan program sebegini dan perbanyakkan lagi…percayalah para penonton setia Astro tidak akan berganjak dari depan TV…cuma saya ingin mengesyor dan memberi cadangan…apalah kiranya pihak Astro menyediakan plaka atau cenderahati setiap kali singgah di setiap warong..dan saya sependapat dengan Ruzie…yg penting ada tag WARUNG KITA – ASTRO…sbb yg 2 original…kepada pemilik warong tersebut bolehlah mempamerkan plaka kepada setiap pengunjung dan pelanggan yg datang…(seperti TV3 JJCM) – tp pihak Astro bukan nak meniru konsep TV3…Astro kena ada identiti sendiri…cuma yg ingin sebagai penghargaan dan sumbangan kecil dari pihak Astro kerana bersama-sama menjayakan program WARUNG KITA….kalu boleh pihak Astro juga kena buat style seperti GILA MAKAN (Media Corp – Singapore) kerana memaparkan MENU dan juga HARGA nye skali..jd senang utk kami penonton setia WARUNG KITA pergi berkunjung ke situ…Harap pihak Astro dan WARUNG KITA ambil perhatian…saya tetap setia bersama WARUNG KITA..

  43. Assalammualaikum…saya cadangkan makan Nasi Berani Haji Tamby yang asli sememangnya sedap,menyelerakan dan harga murah berbanding dari kedai atau restoren di kuala lumpur.Amatlah rugi jika tidak merasa dan mencuba sendiri.Restoren Nasi Beriani Haji Tamby No,69 TAMAN PERTAM JAYA,75050 MELAKA lokasi nye amat mudah dan berhampiran dgn bandaraya Melaka.untuk keterangan lanjut sila hubungi :
    En.Nazli:012 656 0201 / Hajah Aminah Amid:012 234 4515 / Amelia Tamby Hussin:017 670 5062.Selamat mencuba.Terima kasih.

  44. salam 1 m`sia..tahniah kerana sudi datang ke kelate..saya peminat setia warung kita..nk tya en.farouk alamat tempat en.farouk makan sup belut d jalan pengkalan chepa kelantan..pegi cari2 x jumpa..please..

  45. Salam and tahniah pada rancangan warung kita. nape saya ckp gitu..sbb makanan/sajian warung2 yg dipertuntunkan semua golongan dpt atau mampu menjamahnya..malahan semua yg disajikan adalah makanan seharian kita dan menyelerakan plak tu. jadi disini saya nak cadangkan krew warung kita supaya pergi kesatu warung di BT9, KOTA SARANG SEMUT, KEDAH iaitu warung D’AISHAH..masakannya lebih dripada 40 jenis hari2. yg best nya masakan kg ni..ikan bakar dan ulam2 fresh best sgt2..

    tiap2 hari pelanggan penuh..tapi kena dtg awal kit kul..12pm 2.30pm..lambat kit lauk pauk yg sedap2 nanti abis cepat..he..he..tq

  46. tiap2 mingu elyna tengok warung kite…tertelan jg la air liur tengok farouk menjamu selera dkt semua warung yg farouk pergi…harap sangat datang kat kawasan selayang baru atau pn gombak…semoga rancangan nie terus maju…

  47. Every week sy tengok rancangan Warung Kita kat Astro…berselera betul ble Farouk mkn..jd sy nak cadangkan krew Warung Kita dan sesiapa yang suka makan2 hehehe dtg la ke kedai makan Rubita, Gerai No.3&4, Jalan Kompleks Sukan, 73000 Tampin, Negeri Sembilan..kedai makan ni dah beroperasi dekat 15 thn sampaikan org2 kat Terengganu pun taw kedai makan ni..famous sampai ke pantai timur 2, so apa lagi datang la cuba makanan kat sini..ada roti canai yang sedap,nasi lemak, mkanan tengahari,ala carte, kueh tiaw kerang, mee rebus dan paling tebaek ada nasi dagang..bak kate Aril Af8, terbaek wokk…if tak jumpa tanya je kat org2 kat situ mesti taw kedai makan dkat stadium tu…lapas makan boleh la membeli-belah kain2, baju kurung, kebaya siap kat sane..mang murah, banyak pilihan dan cantik2…student2 UiTM Lendu, Melaka mang fav place kat Tampin 2…Selamat Mencuba….

  48. salam,kepada crew warung kita…
    kalau dah sampai trganu, pergi ke kemaman…
    cari ada satu gerai goreng pisang n ABC yang best gelr…
    nama gerai 2 adalah GERAI MAKYONG…
    kalau kena sekali mimpi2 ja…
    kalu nak lagi detail tengok d facebook,
    taip gerai markyong…
    makan malam pulak boleh pergi ke gerai fauzi ikan bakar….
    di sini pulan anda dapat rasa keenakan sambal ikan bakar dia pehhhhh…
    sedap n sempoi……
    sekian saja….
    wassalam

  49. saya ingin bertanya dimana terletak kedai makan nasi lemak cikgu, kelana jaya yang disiarkan dalam warung kita tempoh hari agak-agak disebelah mana lokasinya. terimakasih atas keprehatinan anda.

  50. siarkan lah sekali alamat dan tempat lokasi yang pihak warung kita sudah singgah supaya memudahkan penonton untuk pergi ke tempat-tempat yang mereka rasa perlu pergi. contoh nya di TV3 mereka sediakan rakaman ulangan siaran JJCM supaya penonton dapat menyemak kembali dan dapat berkunjung ketempat-tempat yang mereka rasa perlu pergi, begini akan dapat membantu memberi rezeki kepada peniaga-peniaga yang di siarkan dalam rancangan ini kelak. terima kasih. MAAF…

  51. sy ingin menjemput warong kita ke..area Kluang Johor.

    rasailah rasa masakan ala thai buatan anak jati tempatan Kluang..nama kedai D’Bostam Tomyam Seafood..

    makanan,minuman harga yg berpatutan..masih murah lg…

    makanan yg plig best Nasi Goreng D’Bostam dan Tomyam Udang…diharap Krew warung kita marilah singah ke tempat kami….
    Alamatnya ialah:
    Bt.7,Jalan Rengam ,
    86000 Kluang, Johor (berdekatan dengan Pejabat MARDI KLUANG )

  52. Hi. kami satu keluarga penonton setia warungkita dari negara jiran. Nak minta tolong, pasal hari Sabtu 19 June- 21 June ni nak ke Melaka. Kalau sudi boleh kasi alamat asam pedas selera kampung yg Farouk makan? Sungguh selera benar kami tengkok masakan cara kampung.. Harap tidak di mengecewakan kami dan insyaallah sekiranya kami dapat alamatya kami akan recomend kaum kerabat dan semua kawan2 kami untuk singgah ke asam pedas selera kampung…..

  53. gua setuju degan orang lama tu kate. sitiap episod alamat yg tertera d kaca tv ke jap je tak sempat nak tulis.cari dalam laman web tak de pun.bro camne boleh tolong ke. apapun gua sokong WARUNG KITA terus maju dan lebih mantap……

  54. salam…
    nak tanya sikit..pernah tak warung kita gi kt Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Kat pusat rekreasi tu (tepi pantai/kuala) ada restoran nama Fauziah Laksa Pantai (kalau x silap la). Ada mee udang sedap…sangat. Saya takut terlepas episod je. Maaf kalau dah disiarkan.

  55. Assalamualaikum.

    Saya sering mengikuti program warung kita yg di host oleh saudara Farouk. Cuma satu saja saya minta, jika boleh di pamerkan dalam bentuk buletin atau phamplet akan senarai nama dan alamat setiap warung kita yg telah dilawati oleh crew program ini.

    Dalam website ini pun tiada nama dan alamat warungkita yang telah disiarkan. Saya minat juga untuk mengembara dan menjelajah sambil menjamu selera di warung kita yang enak dan menyelerakan.

    Harap pihak Astro dapat menyediakannya. Terima kasih.

  56. salam… biasa ny rancangan ni lebih pada nasi kan… apa kata kalau cuba rasa “MURTABAK MENGKASAR”..bukan saja murtabak yg rasa sedap… kuah dal pOn memang sedap…. murtabak mengkasar memang terkenal di pahang … kedai ni terletak kt area bandar kuantan… kalau ada peluang cuba la rasa murtabak mengkasar….. slmt mncuba … =)

  57. rancangan nii mmg sempoi..menunjukan betapa indahnya malaysia ini dgn pelbagai juadah mengikut citarasa negeri. Malah ada dikalangan rakyat m’sia dari utara yg sanggup ke selatan semata-mata utk santap juadah dr selatan malah sebaliknya. Syabas rancangan ‘Warung Kita’ kerna telah ‘mempopularkan’ gerai-gerai serta restoren di m’sia ini.

  58. saya teringin nak try makanan yg farouk makan di restoran di bandar klang, boleh tak bagi nama2 tmpt yg farouk pegi tu dah juga warong di Tg.karang yg ada mee udang sedap. ( tak silap depan masjid Tg.karang)

    tima kasih.

  59. Restoran Asam Pedas Parit Jawa, dgn segala hormatnya menjemput Warung Kita dtg ke Restoran… Alamat No. 74, Jalan Rosmerah 2/17, Taman Johor Jaya, Johor. (Berhadapan dgn Highway Pasir Gudang, Johor) Hubungi trus dgn En. Zailan di talian 0127527766, [email protected] email [email protected]
    Waktu Perniagaan dari jam 8.30 pg – 8.30 mlm. setiap hari…
    Menu istimewa Asam Pedas Ikan Merah, Kembong, Sembilang, Pari, Siakap, Cencaru, Sagai, Unga & lain-lain…menu extra… Nasi Campur, Mee Bandung Pt Jawa & macam-macam lgi…..

  60. Assalammualikum…
    Boleh tak beritahu alamat dan lokasi restoran2 yang pengacara warung kita pergi di kawasan sekitar sungai besar ( kalau tak silap) yang ada sediakan kolam ikan dan ladang udang serta khidmat memasak seafood pilihan tersebut. Harap boleh bantu , saya dan sekeluarga nak menyambut harijadi adik di situ bulan julai ni..

    thanks.
    kak ina

  61. kat na area Asam Pedas Pt Jawa, Johor Jaya? lokasi? Restoran Asam Pedas Pt Jawa nie memang dari Pt Jawa Muar ker..? ok kita org dtg bwak 1 kapal….. eeeeee… smoga maju jaya….. kita org Muar mesti support…..

  62. silalah pergi ke lot 1264, peramu jaya 3 ,26600 pekan, pahang. nasi lemak n nasi kukus amat sedap. silalah dtg haya pada 8pg sampai 4ptg

  63. abg farouk kalau pergi ke kuala terengganu,singgah la di warung (mee goreng basah abg long)(nama kdai tue).terletak dekat ngan area kerepok lekor losong.kat situ semuanye masakan panas ada nasi goreng,mee rebus,mee hoon goreng/rebus,mee bandung…ibarat kata semuanya mee la…Harga berpatutan rm2.50 1 pinggan….ape2 hal leh col saya 0139066166

  64. Salam,pertama skali sue nak ucapkan syabas kpd warung kita krn dgn sokongan andalah byk membantu menaikkan bisnes org melayu kita.yg ke2nya,setuju dgn mat kata yg warung kita mesti sertakan skali dgn alamat bg memudahkan kami yg penggemar makanan ni mencari tmpat lokasi yg d tuju…..ermmm,sbnrnya sue nak tanya d manakah lokasi nasi ayam dato keramat yg nmpk sedap tu ms abg farouk mkn tengah hari dgn kak sharifah syahirah????nyumm2,teringin baby nak makan…….nanti tlg bgtau lah yer tmpt tu d mana sbb masa pegi tu,x jumpa pn.apa2 pun,SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kpd anda sume yg beragama islam…
    insyallah…assalammualaikum

  65. Kami menjemput krew Warung Kita ke Gerai Ibu mertua saya di alamat Gerai No. 5 R&R Food Court Pulau Indah West Port ..dengan masakkan asli Penang dan cara kampong. Akan beroperasi lepas raya nanti setelah bercuti rehat bulan Ramadhan nanti. Sila Hubungi Encik Yahaya Noordin untuk keterangan lanjut 019-3213562. Sekian Wasalam.

  66. hai……..
    saya ank kpada EN Fauzi yg tuan punya wrung LAKSA IKAN SEKOQ yg blh tmbh prcuma tu….
    sya ad tgok dlm website WARUNG KITA,yg ingin thu alamt wrung laksa ini.
    alamatnya:JALAN GANGSA ALOR SETAR BRHADAPAN TMAN UTAMA.
    klau ingin thu lbih lanjut sila hbungi:012-4391313/013-4766573..harap anda boleh kunjungi warung LAKSA IKAN SEKOQ…Kami sedia menunggu..assalamualaikum…

  67. akm.Saya wakil kepada bapa saya ingin mengalu-alukan kedatangan hos dan krew2 warung kita datang ke warung PURNAMA INDAH yg terletak di seberang perai pulau pinang utk mencuba masakan yg amat istimewa iaitu KARI ITIK,KARI AYAM KAMPUNG,KARI IKAN,AYAM GORENG PANAS (4 menu ini adalah menu terHOT)SERTA ANEKA MASAKAN KAMPUNG.waktu operasi jam 6 petang – 10 malam(tapi selalunya jam 8-9 dah abis clear semua menu.yg syok nya pelanggan dah tunggu sebelum waktu operasi.alhamdullilah la kedai kitorang ni dah tekenal gak la kt area penang ni.pelanggan2 dari sg.petani,kedah kl pun slalu turun mai pekena nasi kt kdai kami ni.

    klau beminat warung kita leh ar datang kt alamat ni:
    PURNAMA INDAH
    2085 kg pertama
    13500 PEMATANG PAUH
    PENANG.
    (kedai kt tepi jalan ja berdepan dgn stesen minyak shell)
    @leh hubungi en.shuaid ( 017-4294412)

  68. salam …saya daripada RESTORAN DIN TOMYAM…saya ingin menjemput pihak rancangan warung kita untuk datang ke kedai kami yang terletak di:
    lot 3432 batu 1 1/2,jalan kota raja,kg.jawa,klang .selangor darul ehsan…
    kami menyediakan pelbagai jenis makanan laut…antara menu special kami ialah tomyam merah..ikan siakap masak 3rasa..kerabu mangga dan macam2 lagi..mai la cuba gerenti nak lagi..kehadiran pihak warung kita amatlah dialu-alukan…

  69. salam,,,
    sy ingin mencadang kan rancangn warung kita cbe pergi ke restoran ss2 sri murni di petaling…kedai itu tiap mlm sentiasa penuh dengan pengunjubg…mkann yg disedaiakn lain dari yg laen dan puas hati…

  70. akm..di hrp abg farouq n krew warung kita dtg la ke kedai makan di kluang,johor brdpn dgn INTAN..Kt situ mkn pn best2 gak try ar ..yg plg best kt KEDAI SI MANIS 17 ,nasi grg kampung,nasi ujang dia sedap sgt..kedai dibuka dr kul 5pm-3am.

    Di alu2kan singgah di alamat:

    SIMANIS 17

    no 4, jalan revertex
    Tmn Kluang Barat
    86000 Kluang, Johor.
    (kt smpg traffic light brdekatan esso)

    sebaran pertanyaan, sila hubungi 017-7992436 (kak fizah)

  71. askum…
    sy memang suka cuba apa sj jenis makanan… sll juga g jln2 negeri org, rancangan ni antara yg rancangan yg bagus…. cuma kl boleh sediakan satu bhgn supaya kami senang nak cari alamat n peta.
    pastu kl de masa turun klang singgahlah kat PULAU INDAH… ada satu kedai mkn “Dinaaz Corner” waktu operasi kul 10-3 ptg isnin – jumaat….
    tp dlm tempoh tu confirm kedai ni penuh,selain nasi campur kedaini ada menu harian yg istimewa…
    Isnin- nasi beriani
    Selasa- nasi minyak
    Rabu- nasi ambeng
    Khamis- nasi mazola
    Jumaat- nasi tomato

    selain ABC, cendol, laici kang, soto, laksa, mee kari

    Dinaaz Corner,
    lot 5101, kg. sg.pinang,
    42920 pulau indah,
    pelabuhan barat,
    selangor…

    terima kasih

  72. Salam kepada semua peminat-peminat asampedas…..
    Dimaklumkan Restoran Asam Pedas Parit Jawa telah berada di Taman Johor Jaya, Johor Bahru…. alamat: No.74, Jalan Rosmerah 2/17, Taman Johor Jaya Johor Bahru. (Bersebelahan dengan Okid Hotel Tmn Johor Jaya)
    Dibuka Setiap Hari Selasa – Ahad. (Isnin – Tutup).
    Masa Perniagaan 9.00 pagi – 9.00 malam, Kecuali Sabtu, Ahad & Cuti Umum Di Buka pada 10.00 pagi – 10.00 malam.
    Keterangan Lanjut & Untuk Tempahan Sila [email protected] Kami Ditalian…
    +60127527766/ +60143103911/ +60149186612.
    Menu Harian:
    Sarapan Pagi – Nasi Lemak, Lontong, Mee Goreng, Mee Siam, Nasi Goreng & Lain-Lain Lagi.
    Makan Tengah Hari – Nasi Campur.
    Ikan Asam Pedas: Ikan Semilang, Pari, Merah, Mayong, Cencaru, Kembong, Jenahak, Kerisi Besar, Ungah & Lain-Lain Lagi.
    Makan Malam – Asam Pedas, Nasi Goreng, Mee Goreng & Mee Bandung Muar…

    Selamat Datang & Selamat Menjamu Selera!!!!!!!!

  73. Just nak share apa dan dimana aku suka menjamu selera:-
    1) Kalau nak makan ABC Special paling best dkt area Kg Melayu Majidee, JB belakang Esso. Tak ingat nama gerai tapi depan NAMA GERAI “Azmi….” Apa yg best ABC dia adalah ada ais krim yang dicurah dengan coklat atasnya dan ditabur dengan kacang tanah yg ditumbuk kasar…memang best semangkuk harga RM3.
    2) Steamboat yg best dkt Taman Gaya,JB jalan nak ke kota tinggi. Restaurant Cina ala bufet tapi ramai muslim yg datang makan disini. Tak ingat nama restaurant. Satu kepala kurang dari RM20 boleh makan sepuas hati. Boleh Grill dengan Steamboat, tapi masak sendiri. Jadi kita cuma pilih barangan mentah untuk dimakan. dia ada sediakan kuah tomyam dan sup.Ada ayam,Udang,ketam,Sotong,Sate,Kupang,lala,frozen food dan mcm2 pilihan. Aku paling suka aiskrim dia. bermacam2 flavour. memang best ler…
    3) Roti Bakar yang sedap adalah di railway station kluang. Aku rasa kaya dia mcm rasa karamel plak. Kaya dia buat sendiri ditambah dengan butter memang marvelous. Biasa aku order dengan Pau Sambal. Hanya dekat stesen keretapi kluang je yang sedap kedai cawangan dia tak kick kalau pau sambal dia. Aku jenis tak pandai minum Kopi, tapi bila pekena kopi ais dekat railway ni aku jadi suka minum kopi.
    4) Cendol yang aku suka adalah dekat Simpang Renggam. Just gerai tepi jalan ditengah deretan kedai bahagian depan yang menghadap balai polis.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FILEM BLIND DATE DAN JUST MARRIED DI TV2

Saksikan Zizan Raja Lawak Dalam Bolos