in ,

Road Tour Ratu The Movie Jelajah Seluruh Malaysia

ROAD TOUR RATU THE MOVIE – JELAJAH SELURUH MALAYSIA

Peminat seni hiburan hari ini sememangnya lebih beruntung kerana pelbagai aktiviti dan acara-acara hiburan yang melibatkan golongan artis semakin banyak dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka.

Peluang dan ruang yang diberikan tersebut adalah medium terbaik untuk bertemu artis kegemaran mereka yang selama ini dilihat menerusi televisyen ataupun di majalah-majalah hiburan. Justeru, tidak hairanlah apabila setiap acara yang melibatkan golongan artis sering mendapat perhatian dan sambutan hebat terutama daripada peminat-peminat yang berada di luar Lembah Kelang.

Dari kiri Jazz, Shazlyn,Farahin, Damian,Bkay & Farah

Begitulah juga dengan sambutan road tour Ratu The Movie yang telah memulakan sesi jelajah di seluruh pelusuk Malaysia yang bermula sejak awal bulan Januari lalu. Ratu The Movie merupakan filem terbaru arahan Prof. Razak Mohaideen bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2011.

Filem bergenre pengembaraan realiti ini menampilkan ramai bakat-bakat baru seperti Bkay Nair, Nur Eina, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Shazlin, Jazzy, Tasha, Azlee Khairi dan Farid Wari. Seperti program realiti televisyen yang lain, semua para pelakon tersebut turut diuji bakat dan mereka yang layak dan berbakat sahaja dipilih untuk membintangi filem Ratu The Movie dan berlakon bersama pelakon popular lain seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry dan ramai lagi.

Melalui sesi road tour yang dianjurkan, barisan pelakon baru tersebut dapat diperkenalkan dengan lebih dekat lagi kepada peminat yang hadir. Selain mempromosikan filem Ratu The Movie, para pelakon turut menunjukkan bakat menari mengikut rentak lagu tema filem Ratu The Movie berjudul Jelita yang dinyanyikan oleh Damian Mikhail.

Ratu-Ratu beraksi

Penonton pastinya terhibur dan terpesona dengan aksi gadis-gadis Ratu berdansa di atas pentas. Menariknya, di road tour yang telah dijalankan baru-baru ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai golongan dan bangsa. Peminat yang hadir berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti ‘games’ bersama para pelakon seperti ‘games’ Catwalk dan Mari Menari serta menjawab kuiz berkaitan dengan filem Ratu The Movie.

Pelbagai hadiah menarik tajaan penaja seperti dari Mizi Sports yang disediakan istimewa buat para pemenang dan mereka yang berjaya juga dapat memenangi tiket filem Ratu The Movie secara eksklusif.

Melihat pada sambutan yang sungguh menggalakkan pada misi jelajahan yang lepas bermula pada 7 Januari di City Square dan Pelangi Leisure Mall diikuti pada 8 Januari di Carrefour dan Square One Shopping Mall di Batu Pahat. Minggu seterusnya, 15 Januari, jelajahan meneruskan langkah ke Kulim Landmark Central dan Tesco Extra Seberang Jaya dan bergerak pula ke Carrefour Seberang Jaya dan Giant Prima Prai pada 16 Januari.

Road tour Ratu The Movie akan diteruskan lagi di Melaka (Mahkota Parade, Melaka Mall dan Dataran Pahlawan) pada 29 Januari, di Seremban (Terminal One dan Seremban Parade) pada 30 Januari, di Jitra, Alor Setar, Sg. Petani, Taiping dan Ipoh pada 4, 5 dan 6 Februari.

Selanjutnya di kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur pada 12, 13, 19 dan 20 Februari. Tidak ketinggalan di Sabah dan Sarawak pada 25, 26 dan 27 Februari sebelum kembali ke Lembah Klang dan Putrajaya pada 5 Mac. Lokasi terakhir merupakan di Kuantan pada 6 Mac iaitu di East Coast Mall. Para peminat boleh mendapatkan mini kalender Ratu The Movie secara percuma di setiap lokasi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ratu The Movie, para peminat boleh Like di fan page rasmi – www.facebook.com/pages/Ratu-The-Movie atau ‘search’ Ratu The Movie dan follow di twitter – RatuTheMovie.

Semua gambar sepanjang road tour boleh dilihat di facebook dan para peminat juga berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan untuk memenangi hadiah menarik termasuk jemputan ke majlis tayangan Eksklusif Ratu The Movie.

Para pelakon Ratu The Movie

Azlee memperkenalkan Ratu-Ratu

Pengunjung yg bertuah mendapat hadiah dr penaja

Para pelakon berkongsi pengalaman bersama pengunjung

Para pelakon memperkenalkan diri

Sesi Fotografi bersama peminat (2)

Para pelakon menujukkan bakat menari

Peminat menjawab soalan kuiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011

Gambar Dior di 6th Asia Model Festival Awards 2011