Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Review Filem Beowulf Arahan Robert Zameckis

Penanda Aras Baru Dunia Perfileman
Bagi Sensasi Selebriti… filem keluaran Paramount Pictures, Beowulf merupakan sebuah filem yang telah menetapkan satu penanda aras baru bagi dunia perfileman secara amnya. Dari Final Fantasy hingga Beowulf, revolusi penghasilan filem di Hollywood begitu ketara.

Filem epik Inggeris arahan Robert Zemeckis (House Of Wax, Contact) ini mengisahkan bagaimana di dalam era kegelapan, munculnya seorang hero iaitu beowulf yang datang berjumpa dengan Raja Hrotghar yang memerintah satu perkambungan di Denmark, telah diganggu oleh raksaksa Grendel. Beowulf telah diamanahkan untuk menghapuskan grendel dan dijanjikan kekayaan dan kuasa oleh Raja Hrotghar.

Atas semangat itulah, Beowulf telah pergi ke tempat persembunyian Grendel dan membunuhnya. Namun ada suatu perkara terjadi. Apakah yang telah terjadi dan bagaimana kesudahan kepada Beowulf? Apakah yang terjadi kepada Raja Hortghar?

Beowulf memaparkan sebuah filem grafik komputer yang cukup terperinci. Bagi saya, mungkin suatu masa nanti, pelakon tidak lagi digunakan dalam filem-filem keluaran Hollywood kerana semuanya akan digantikan dengan watak-watak janaan komputer.

Kesan Khas SUPERB!
Kesan khas di dalam Beowulf cukup sempurna. Segala-galanya cukup terperinci dari sudut tekstur hinggalah ke riak dan ekspresi wajah manusia yang meminjam suara watak asal. Kalau di lihat, watak ibu Grendel, lakonan Angelina Jolie, cukup sempurna. Dengan tahi lalat, riak muka, serta tekstur kulit, anda pasti terkeliru samada imej itu janaan komputer semata-mata atau pelakon sebenarnya.

Dari Beowulf, mungkin ramai pelakon-pelakon Hollywood akan merasakan keresahan kerana mungkin selepas ini khidmat mereka tidak diperlukan lagi dalam mana-mana filem. Cukuplah dengan imej komputer yang diambil dari mereka.

Jalan Cerita Klise!
Dari segi jalan cerita, Beowulf agak klise. Mesej cinta, gila kuasa, raksaksa adalah cukup biasa bagi Hollywood. Namun seperti yang dikatakan tadi, Beowulf hanya kuat dari segi grafiknya sahaja.

Keseluruhan, Sensasi Selebriti memberikan Beowulf dengan 3 bintang. 2.5 bintang untuk jalan cerita, tetapi 3.5 bintang untuk kesan khas.

Sudah menontonnya? Apa kata anda?

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Senarai Filem 2008
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Film High School Musical 2 Soundtrack Contest
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • The Mirrors Trailer Poster Synopsis Kiefer Sutherland
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Pensil - Penuh Dengan Pengajaran Dan Nilai Agama
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mac Sekarang!



  • Satu Komen untuk entri “Review Filem Beowulf Arahan Robert Zameckis”

    1. mazen kata:

      yup…mazen dah tgk filem ni. mazen setuju dgn pndpt budiey tu. tak la menarik sgt citer ni sampaikan member mazen boleh tido n berdengkur lagi tau kat sebelah mazen. tak senonoh btul dia tu. dia ckp filem ni boring sgt2. mungkin x sesuai dgn jiwa dia kot. first mazen igt citer hantu. takut jgk nk tgk. he he..u know me yg penakut ni kan. ade gak beberapa adegan yg buat mazen terjerit kat dlm panggung. ha haa..nasib baik izham x de. klu dia ade mesti dia gelak. rindu plak nk jumpa korang lg. bila agaknyer kita dpt b’kumpul ramai2 lagi ek?…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET