in

Rentak Juara Suku Akhir 6 Tema Cinta

RENTAK JUARA SUKU AKHIR 6 : TEMA CINTA BUAT 5 PESERTA KUMPULAN MINGGU TERAKHIR RENTAK JUARA

Minggu ini merupakan episod terakhir buat lima kumpulan yang bakal berentap pada konsert suku akhir ke 6 Rentak Juara 2010. Konsert Suku Akhir 6 akan menyaksikan persembahan dari lima kumpulan peserta antaranya Alternature, D’Rough Mixer, HB Four Six, Reversehead dan X-Treme pada hari Sabtu ini, 5 Jun 2010 bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.30 malam di saluran TV2.

Kali ini tema Cinta menjadi pilihan untuk setiap kumpulan dalam persembahan mereka malam ini. Konsert yang dihiburkan oleh kumpulan Hujan yang mempersembahkan lagu Aku Skandal sebagai pembuka tirai malam konsert suku akhir 6 yang diterajui oleh 3 orang pengacara iaitu Muaz,Poll dan Nurata.

Memperkenalkan kumpulan X’Treme’z yang akan mempersembahkan lagu Cinta Kau Aku ciptaan sendiri dan lagu Buat Sang Puteri (Spider). Band seterusnya HB Four Six akan mempersembahkan lagu bertajuk Sinaran dan Satu Arah lagu dari ciptaan sendiri. D’Rough Mixture akan menyampaikan lagu bertajuk Janji Manismu (Aishah) dan Dunia lagu ciptaan sendiri. Alternature pula akan menyampaikan lagu bertajuk Merisik Khabar (Allahyarham Sudirman) dan Destinasi lagu ciptaan sendiri. Manakala band Reversed Head pula akan mempersembahkan lagu Fantasia Bulan Madu dari kumpulan Search dan Destinasi Cinta nyanyian Dato Siti Nurhaliza.

HB Four Six

Alternature

Sedikit info tentang kumpulan X’Treme’z yang berasal dari Kedah dianggotai oleh empat orang ahli antaranya Mohd Khairul Nizam sebagai vokalis, Mohd Fauzi sebagai pemain base, Amirul Hayat sebagai pemain gitar dan Mohd Radzi sebagai pemain drum. Kumpulan yang telah ditubuhkan selama dua tahun ini lebih cenderung kea rah genre muzik rock moden dan ‘funky’.

Selain itu, di peringkat suku akhir Rentak Juara 2010 ini, kumpulan HB Four Six turut mengambil bahagian dimana mereka terdiri daripada lima orang anak muda yang mempertaruhkan 2 buah lagu ciptaan sendiri. Kesemua ahli kumpulan yang berasal dari Batu Pahat Johor ini lebih menjurus ke arah muzik yang berkonsepkan universal dan rock.

Kumpulan Alternature yang menggabungkan tiga anak muda iaitu Sam, Ajie, dan Jai, yang juga berminat menulis lagu-lagu sendiri untuk diperdengarkan kepada masyarakat. Kumpulan yang lebih menjurus kepada rock moden ini sering mendapat jemputan di majlis-majlis bagi membuat persembahan dan menjadikan Allayarham Sudirman dan Micheal Bolton sebagai idola.

Manakala kumpulan Reversee Head pula diterajui oleh lima orang ahli. Mereka terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohammad Ansori, Noor Aman, Saharudin, Muhammad Marwan, dan Nurshiha. Berbekalkan pengalaman melakukan persembahan di pelbagai majlis, mereka berkebolehan memainkan pelbagai genre muzik.

Saksikan konsert Suku Akhir 6 Rentak Juara dan ikuti bagaimana nasib mereka bersaing dalam persembahan pada petang Sabtu ini, bersiaran secara langsung pada 5 Jun 2010, jam 8.30 malam menerusi saluran TV2. Dalam pertandingan ini 30 kumpulan akan bertanding dalam Konsert Suku Akhir menerusi episod pertama hingga keenam selama 6 minggu berturut-turut iaitu;

• Konsert Suku Akhir 1 (1 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 2 (8 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 3 (15 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 4 (22 Mei 2010)
• Konsert Suku Akhir 5 (29 Mei 2010) dan
• Konsert Suku Akhir 6 (5 Jun 2010).

Sebanyak 5 kumpulan akan dipertandingkan dalam setiap episod dan setiap kumpulan akan mempersembahkan lagu masing-masing yang dinilai oleh para juri professional. Para juri akan memilih dua kumpulan terbaik setiap minggu untuk ke peringkat seperuh akhir, manakala tiga lagi band yang gagal akan diundi melalui SMS untuk pemilihan khas.

Untuk mengundi 3 lagi kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir pada minggu ini (Suku Akhir 4), undian boleh dilakukan dengan cara menaip SMS iaitu taip RJ Kod Kumpulan dan hantar SMS ke nombor 32776 dengan cara menaip Kod Kumpulan masing-masing iaitu Alternature Kod alter, D’Rough Mixer Kod rough, HB Four Six Kod six, Reversehead Kod head, X-Treme Kod treme. .Undian SMS minggu ini akan ditutup pada hari Jumaat sebelum dan tepat pada waktu 4.00 petang.

X Tremez

DRough Mixture

Reversed Head

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Duta Kempen Kemanusiaan TV3

Jimmy Shanley & Suhaila Bertunang 11 Jun Ini