in

Remaja TV3 Anjurkan Pertandingan Cosplay

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, program berinformatif REMAJA menjurus kepada kepentingan dan keperluan golongan muda dan belia di Malaysia. Pada tahun 2010, REMAJA tampil dengan wajah baru dengan penerapan ciri-ciri 1 Malaysia dalam persembahan segmen-segmen yang lebih relevan, lebih menarik dan kini bersiaran setiap hari Sabtu jam 1.00tengahari mulai 5 Jun lalu.

Sesuatu yang agak unik dan agak baru di dalam budaya dan trend di kalangan belia kita, melalui pendekatan hiburan terkini, REMAJA mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan sihat kepada sekelompok kecil remaja yang digelar ‘Otaku’; individu yang begitu obses dengan karekter anime seperti Bleach, Naruto, Full Metal Alchemist, Inuyasha, Sailor Moon dan banyak lagi.

REMAJA dengan kerjasama pihak penaja Nips akan menganjurkan pertandingan cosplay pada 24hb Julai yang telah berjaya menarik perhatian ratusan remaja untuk menyertai sesi ujibakat untuk pemilihan ke peringkat akhir nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Hadiah Pengarah Jadi Bahan Bualan

Editor CNN Dibuang Kerja Gara-Gara Twitter