in

Raya Pertama: Sifu & Tongga dan Jangan Pandang Belakang Congkak

Berikut ialah program-program istimewa sempena Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini:-

TV3: RAYA MOVIES
Sifu & Tongga – Raya Pertama, 10 September, 2.00 petang
Filem ini mengisahkan tentang dua wartawan, Tammy dan Azad mencari generasi Watson yang masih hidup di bumi. Azad kemudiannya berjaya menculik Mila dan membawanya pulang ke bandar.

Ketua kumpulan Watson sangat kecewa dan marah dengan penculikan tersebut. Sifu dan teman baiknya, Tongga berjanji pada ketua tersebut untuk pergi menyelamatkan Mila dan membawanya kembali.

Sifu yang mempunyai kebolehan luar biasa mampu berkomunikasi dengan dunia ghaib banyak memberi petunjuk kepada mereka untuk mencari jalan ke kota Kuala Lumpur.

Pelakon: Nabil, Saiful Apek, Fauziah Ghous, Erra Fazira

Saiful Apek

Jangan Pandang Belakang Congkak – Raya Pertama, 10 September, 9.00mlm
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung.

Ramai yang mengatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia. Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya.

Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika, pembantu Pak Sudir memberitahu bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan datuk mereka sekiranya berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.

Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah dan ini adalah peluang untuk hidup senang, Punai, Asmat dan Johan pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee

Jangan Pandang Belakang Congkak

Jangan Pandang Belakang Congkak

Jangan Pandang Belakang Congkak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie 1Malaysia di Hari Raya Pertama TV2

Salam Aidilfitri 1431H dari Budiey.com