in ,

Ramai Artis Puas Hati dengan Aquila Emas

AQUILA EMAS MEMPERKENALKAN BARISAN ARTIS DAN PERANCANGANNYA UNTUK SESI 2011

Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas telah mengadakan majlis memperkenalkan artis-artis dibawah naungannya untuk sesi 2011 yang diadakan di Bangkok Connexion, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka adalah Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Zed Zaidi, Zizan Nin dan yang terkini adalah Qimi Bakri.

Aquila Emas

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa beliau amat berpuas hati dengan pencapaian peribadi setiap artisnya sepanjang tahun 2010.

“Artis Aquila Emas telah melangkah ke satu peringkat yang lebih baik dimana pelakon terkenal seperti Ainul Aishah kini boleh menulis lirik dan menjadi komposer melalui dua single yang dilancarkannya pada tahun lalu, manakala Tony Eusoff pula sedang giat menjalani latihan teater muzikal ‘Terima Kasih Cinta’ yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2011. Ini menunjukkan perubahan positif terhadap kerjaya mereka yang selama ini hanya tertumpu pada bidang lakonan sahaja.”

“Manakala artis Aquila Emas yang lain seperti Zed Zaidi telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka francais Papa Rich di Heritage Row, pelakon dan pengacara Zizan Nin juga telah melangkah ke dunia teater dan kembali ke layar perak, manakala Diana Johor pula telah menerbitkan drama untuk siaran TV3” menurutnya lagi.

“Bagi tahun 2011, artis Amar Delon telah diberi kepercayaan oleh pihak Tall Order Production untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon untuk drama rantaian RTM akan datang. Beliau juga terlibat dalam penggambaran filem ‘Chow Kit’ terbitan Primeworks Studios yang turut melibatkan artis Aquila Emas yang lain seperti Airis Yasmin, Lana Nodin dan Yasmin Hani” katanya lagi.

Aquila Emas juga mempunyai agenda tersendiri untuk tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan artis semenjak beberapa tahun lalu, Aquila Emas ingin bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi memupuk nilai-nilai positif di kalangan masyarakat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan dan disertainya adalah Kempen Menderma Darah 1 Komuniti Ke 1 Komuniti serta kempen 10,000 Expression of Green KL baru – baru ini.

Menurut Tony Eusoff, beliau amat berpuas hati dengan pengurusan Aquila Emas yang banyak membantu serta memberi khidmat nasihat dalam karier seninya.

Manakala bagi pelakon Zizan Nin yang merupakan artis terawal menyertai Aquila Emas berkata beliau sangat menghargai pengurusan Aquila Emas yang telah memantau perkembangan kerjayanya sejak beberapa tahun yang lalu.

Malah Ainul Aishah serta Zed Zaidi turut bersetuju agar lebih ramai artis menyertai Aquila Emas untuk pengurusan kerjaya seni yang lebih professional dan berwawasan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah rakan media, ahli Celeb Nexus, rakan media sosial Facebook dan Twitter serta rakan penaja. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis Aquila Emas.

Aquila Emas

Aquila Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Songlap

Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda