Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Raja Azura & Sharifah Shahira Dalam Gedik Santai di Waktu Berbuka?

Korang berbuka di mana pada hari pertama ini? Ada yang berbuka di hotel ke? Mesti mahalkan berbuka di hotel.  Korang dah tahu di mana hotel yang paling murah untuk berbuka? Atau sekadar merasa keenakan bubur lambuk di Kampung Baru? Save budget ek? Rasanya, pakej buffet Ramadhan di hotel meningkat 20% daripada tahun lalu unjuran daripada meningkatnya harga bahan mentah. Ada hotel yang menawarkan buffet berbuka puasa setinggi RM100 untuk seorang. Mahal tu.

Satu lagi isu berbangkit pasal berbuka puasa di hotel. Saya dengar di Buletin Utama malam tadi, berbuka puasa di hotel bercanggah dengan ajaran Islam sebab ianya mengamalkan pembaziran, pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan terlepas solat Maghrib. Apa pendapat anda?

bazar ramadan

Petang tadi, Budiey sekadar membeli lauk di Bazar Ramadan yang berdekatan dengan tempat tinggal di Bandar Baru Sentul. Ramai betul orang bersesak-sesak untuk membeli lauk pauk dan juadah berbuka sehingga susah untuk lalu lalang. Saya hanya sempat membeli ayam percik, sambal tumis petai, telur asin, ikan keli goreng, murtabak daging dan pengat pisang.

bazar ramadan

Sementara menunggu waktu berbuka, saya bersantai sambil menonton tv. Saya tertanya-tanya kenapa TV3 menyiarkan program Gedik Santai (ulangan) ketika waktu berbuka puasa iaitu selepas Jejak Rasul (Amerika)? Sesuai ke? Budiey rasa program Gedik Santai yang membicarakan tentang wanita penggoda dan pengikis atau playgirl itu tidak sesuai ditayangkan pada waktu berbuka. TV3 seharusnya peka dan semestinya memikirkan tentang kesesuaian sesuatu program itu. Tayang Jejak Rasul ulangan ke atau rakaman belanjawan pun kira okay dari program hiburan. Apa kata korang? Sesuai ke Gedik Santai yang dihoskan oleh Raja Azura dan Sharifah Shahira tu disiarkan pada waktu berbuka?

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Senarai Finalis Anugerah Bintang Popular 2007
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Azwan Ali Gedik?
  • Raja Azura dan Ady Putra Menang Karaktor Jahat Anugerah Oscar 2008
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Majls Berbuka Puasa Bersama Sinar FM



  • 9 Komen untuk entri “Raja Azura & Sharifah Shahira Dalam Gedik Santai di Waktu Berbuka?”

    1. intan kata:

      salam..

      ingatkan saya saje yang terperasan akan ketidaksesuaian program TV3 tu –
      sebelum rancangan tu bukan main berteraskan agama..bila dah dekat2 nak berbuka tu tv show macam tu pula yang ditayang TV3 ~~ Patutnya siar jer rancangan ulangan berteraskan agama ..kan byk rancangan agama TV3 yg bleh diulang tayang macam Al Kulliyah ker..Jejak Rasul yg lps2 ker..berfaedah juga kan ? Harap2 lepas ni TV3 kena prihatin dengan masa tayangan tv show tu..

    2. Ekin kata:

      Yeah rite. So weird, rancangan macam tuh air masa waktu nak berbuka. Buatlah 30 minutes lagu2 nasyid ke.. seronok gak. Ada banyak lagu2 nasyid yang bagus. Akhirnya ekin pun tukar channel lain.

    3. Rinie kata:

      “Satu lagi isu berbangkit pasal berbuka puasa di hotel. Saya dengar di Buletin Utama malam tadi, berbuka puasa di hotel bercanggah dengan ajaran Islam sebab ianya mengamalkan pembaziran, pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan terlepas solat Maghrib. Apa pendapat anda?”
      — Di Pasar /Bazaar Ramadhan tak ada pergaulan bebas ke? Saya rasa itu lagi sesak sbb org nak makanan cepat (ada yang siap buleh tolak2 lagi). Tak kan berbuka di hotel shj org tak menutup aurat, tak kan sbb berbuka di hotel, org terlepas solat. It is up to the person. Semua hotel sediakan surau. Semua buffet akan di tambah. Makanan tak ke mana sbb dah bayar. It is up to the person!

    4. liza kata:

      salam.,,,

      sy setuju ngan ekin…..baik siar nasyid dr siar rancangan yg ntah ape2 2…knape rancangan camtu nk disiarkn waktu maghrib?ntah pape ntah……!

    5. cikgunurul kata:

      yeahhh.i also quite suprised tetibe ad gedik santai time tu.Hopefully , tv 3 lagi concern ttg siaran yang baik2 time ramadhan..

    6. khairul kata:

      ya,saya pun rasa kurang sesuai dengan penayangan rancangan gedik santai diwaktu berbuka.
      Harapnya pihak tv3 lebih peka dengan sensitiviti penonton selepas ini bukan semata2 ikut haluan marketing sendiri..

      ermm.fasal berbuka di hotel tu saya ada sikit sokong apa yang Rinie katakan.
      cuma jika hotel tu megnenakan cas yang terlalu mahal/tak munasabah tu memang tak patut la kita sokong dengan berbuka di tempatnya.

    7. syd kata:

      yup..x sesuai laa..cube siarkan program2 laen..kalau bukan program berunsurkan keagamaan cube la siarkan program yang agak2 sesuai masa tu..^_^

    8. Along kata:

      Hahaha… biarla, watpe nak kesah sgt. Kalo tak puas hati, kontek je TV3. Komplain terus. Ni kalo setakat nak komplain kat site orang lain jer, watper. Dah tahu TV3 tu dah mengarut.. bukak laa TV9 ke, TV1 ke.. kalo TV lain tentu x seronot.. Haa.. sape2 ade astro tu.. takkan bukak TV3 kot… huhuhuhu….

      Tv3 bukak pose kat hotel aaa.. pergaulan bebas, membazir.. ish ish ish teruk tul. Tapi kalo nak mensyen pun x gune gak.. kalo tak komplain TV3 tu.

      Ape kata lagu ahlifiqir tu… Kain orang nak jaga, kain sendiri pulak terlondeh.. tepukla dada, tanye selera. Bulan posa ni kena la banyak2 amal ibadat sikit. Apa jadi depan mata bukan utk dikomplen, tapi jadikan iktibar. Kalo kita x ley or takut maafkan orang, jangan kita komplen. Nak jawab kat SANE nanti takut terkantoi plak. Wallahu’alam

    9. lanun baik kata:

      komplen bkn beerti jaga tepi kain org..tp nasihat-utk memp`ingati
      Amar ma`ruf nahi mungkar`
      kita mesti sampaikan perkara yg baik kpd yg terleka walaupun satu patah ayat yg kita faham+tahu..lumrah manusia mudah terleka.
      ubah dgn tangan jika boleh, andai x mampu ubah guna mulut, x pun simpan je dlm hati (ianya adalah selemah2 iman)……

      Sy mewakili kumpulan lanun ingin menyatakan rasa ke tidak selesaan atas
      tayangan ulangan gedik santai tersebut time berbuka..
      tayang waktu lain x pa..pikiaq sendiri..

      pasai buka posa kt hotel..
      yg pi bukak tu org,depa ada otak,ada akai.
      pandai2 depa pikiaq apa yg depa buat..
      kalau duit byk tak tau nak perabih…
      bln2 posa ni sedekah baguih gak drp membazir taktentu hala..
      byk mulut2 tak mkn..
      sian kat depa..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET