in

Radio Funker FM Just For Fun

Baru ini, Budiey disinggahi email dari Affa dari Radio FunkerFM. Terima kasih Affa kerana sudi mengirim email kepada Budiey.

Melalui Affa, Budiey telah diperkenalkan radio Internet yang beroperasi 24 jam sehari dan mempunyai 10 org deejay yang bertugas. Ya, sekarang ni Budiey rasa dah dah banyak timbul radio online macam ni.

bg

Kepada pembaca yang belum lagi mengenali radio ini, Funkerfm adalah radio online atau dikenali sebagai internet radio yang ditubuhkan serta dikelolakan oleh anak melayu 100%.

Ianya adalah seratus peratus internet radio dan Funkerfm ditubuhkan khas untuk mereka yang gila internet dan sentiasa duduk di depan computer, bak kata bangun pagi internet, tengahari internet, petang internet, malam internet, subuh pun internet, tengah mandi pun internet, makan pun internet, nak tidur pun internet dan serba serbi hanya internet terutama pelajar-pelajar Universiti, Kolej, bekerja di pejabat dan tak lupa juga kepada mereka rakyat Malaysia yg berada di luar Negara.

Walaupun terdapat beratus internet radio di Malaysia yang tumbuh bak cendawan tetapi Funkerfm adalah satu-satunya radio internet di Malaysia yang didaftarkan dengan SSM serta mendapat kebenaran untuk penyiaran dari pihak-pihak yang berkenaan dan semua Hakmilik Funkerfm adalah terpelihara.

Korang tahu tak apa maksud Funkerfm? Haha, sebut betul ya. Jangan tersebut benda lain pulak.

Funkerfm bermaksud – Fun Ker? Di mana selalu dan biasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Ianya digabungkan menjadi FunKer dan Fm untuk dikenali sebagai radio. Maka jadilah Funkerfm dan tagline radio Funkerfm adalah seperti di bawah:

FUNKERFM – Just For Fun, Music Worldwide, Dunia Hiburan Tanpa Sempadan.Lagu2 yang terdapat di Funkerfm adalah majoritinya lagu2 dari artis2 Malaysia dan juga terdapat lagu2 bahasa inggeris, Hindi, Tamil, Cina serta bahasa2 negara lain seperti Indonesia, Thailand, India, Phillipine dan lain2 negara.

Funkerfm juga ada berbagai-bagai produk, peraduan, hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pendengar-pendengar yang bertuah terutamanya pendengar-pendengar yang mendaftar sebagai FUNKERIAN.

Pendengar yang mendaftar sebagai funkerian akan mendapat FUNKERIAN ID atau di kenali FID NO.

Funkerian yang mempunyai FID NO. Melayakkan mereka untuk meminta lagu2 untuk diputarkan serta ucapan dan dedikasi kepada sesiapa yg mereka inginkan dan juga melayakkan mereka untuk menyertai peraduan2 yg di adakan dari masa ke semasa dengan menggunakan sistem SMS.

Funkerfm juga akan mengucapkan selamat hari lahir kepada setiap ahli Funkerian yang berdaftar.

Kepada pembaca yang nak dengar radio online ni, boleh la layari laman web rasmi di www.funker.fm dan mereka juga ada fanpage di laman web facebook di www.facebook.com/funkerfm

Jika ada rezeki, Budiey dikhabarkan mungkin satu hari nanti, Funkerfm akan pergi lebih jauh dengan menaik taraf sebagai radio frekuensi. Insyaallah. Budiey ucapkan selamat bersiaran buat semua deejay dan selamat maju jaya buat radio ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25

Cassandra Patrick Jadi Hos Red Carpet MIFA 2010