Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Quotes of the Day: Saya Tidak Kisah – Fasha Sandha



Fasha Sandha tidak ada masalah untuk beraksi dalam Spa Qistina walaupun perlu bertemu dengan Nora Danish. Bahkan syarikat penerbitan drama itu memang ada memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

“Saya menerima tawaran ini sejak Julai lalu dan mengambil masa sebulan untuk menyatakan persetujuan dan mengkaji karakter Freida. Ternyata saya sukakannya dan Freida antara watak yang menyebabkan kemusnahan empayar Qistina. Selepas saya bersetuju, Kak Ton (Zaiton Mohd Jiwa, pemilik Global Station) memberitahu dia (Nora Danish) pun turut berlakon. Sebenarnya sudah beberapa kali tawaran berlakon dengan produksi ini saya tolak kerana bercanggah dengan kerja lain. Sekarang saya sudah tidak fikir panjang biarpun dia turut berlakon sama. Saya tidak ada masalah berlakon dengannya,” kata Fasha.

Tindakan Nora Danish menarik diri menyebabkan produksi rugi besar dan penggambaran membabitkan watak Maya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur terpaksa dibuat semula.

“Apabila berlaku masalah begini, kami memang terpaksa menanggung kerugian. Perkara sudah jadi dan jika ada kesilapan, kami memohon maaf. Kami tidak menyebelahi sesiapa. Masalah peribadi membabitkan Nora dan Fasha, tiada kaitan dengan kami. Sebaik mungkin kami cuba tidak sesekali menemukan mereka babak yang sama. Kami menghormati permintaan Nora. Cuma perkara ini berlaku apabila pada hari yang ditetapkan untuk Nora berada di set penggambaran ialah jam 1 tengah hari, manakala Fasha pula sekitar pukul 4 petang. Kebetulan pada hari yang sama iaitu di sebelah paginya, Nora dan Fasha terbabit dengan pertunjukan fesyen M-IFW anjuran MIFA.

“Inilah yang membuatkan emak saya (Datik Zaiton Muhd Jiwa) berasa ralat sikit dengan sikap Nora. Dia berpegang kepada prinsip untuk tidak mahu dikaitkan apa-apa dengan Fasha, tetapi pada masa sama Nora macam tidak kisah apabila diminta menjayakan pertunjukan fesyen bersama-sama Fasha pula,” katanya. [sumber]

Tags: ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • ADI PUTRA MENGAKU INTIM DENGAN FASHA SANDHA
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Gambar Fasha Sandha Hisap Rokok?



  • 7 Komen untuk entri “Quotes of the Day: Saya Tidak Kisah – Fasha Sandha”

    1. fasha kata:

      fasha ni mmg la x kesah dah die yg buat si nora. pastu dia suka watak freida memusnahkan empayar qistina sbb dia ni mmg suka memusnahkan hubungan org. sng la nk hayati watak, sbb real life pun mmg pemusnah ahaks!

    2. NONA kata:

      entah la…lantak dia org la…masing2 dah besor..

    3. Hamba Allah kata:

      Bergaduh sebab lelaki mmg satu perkara yg merugikan diri!
      apa2 pun, fasha nampak lebih profesional wpun sebelum ni byk gosip negatif ttg dirinya. hmmm…entahla…

    4. zen kata:

      nora kene jadi dewasa sesuai dgn status ibu..
      apapun fs mmg matang dn professioanal.

    5. hello kitty kata:

      x minat pn si FS ni sbnrnye…
      tp dr citer2 kt cni rasanye FS lbh lyk dpt sokongan
      sbb si ND nmpak mcm dh bsr kepala bila org sume org sokong dia & dok belasah si FS…ego dia mkn tggi sampai ilang sikap pro….mayb dia pkir kak ton akn buang FS & pujuk dia blk kot……tp…..tetttt….xde sape nk lyn prangai kebudak2kan dia….dah terlepas satu rezeki utk anak…cian baby tu..

    6. un_din kata:

      padan muka produser drama nie..yg p ambil dua2 tue buat apa..asalnya blh jadi publisiti murahan kalau gandingkan mereka berdua..last2 diri yang tanggung kerugian..tu lah, lain kali jangan main api, nanti terbakar diri..kan dah pening kepala dh

    7. zeti kata:

      fasha ni mmg la x kesah dah die yg buat si nora. pastu dia suka watak freida memusnahkan empayar qistina sbb dia ni mmg suka memusnahkan hubungan org. sng la nk hayati watak, sbb real life pun mmg pemusnah ahaks!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK