Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Program TV Hiasi Dirimu



BERKONGSI TIPS-TIPS KEBERSIHAN DIRI DENGAN PERSONALITI POPULAR MENERUSI PROGRAM HIASI DIRIMU DI TV1

Bagi anda terutama golongan wanita yang mementingkan kebersihan diri tanpa perlu bersusah-payah meluangkan masa mendapatkan tips-tips berguna menerusi buku-buku di jual di pasaran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sentiasa prihatin memenuhi kehendak dan keperluan penonton setianya menghidangkan program berbentuk majalah, Hiasi Dirimu yang siarkan mulai 10 November 2009, setiap Selasa, jam 10.31 pagi di TV1.

Hiasi Dirimu dalam 13 episod siarannya membawa penonton berkongsi tips-tips kebersihan yang kebiasaannya dipandang remeh namun ianya amat berguna dan mudah untuk diamalkan semua. Pelbagai topik berbeza dikemukakan saban minggu antaranya termasuklah berkaitan penjagaan kuku dan berpakaian di rumah, penjagaan kuku dan bilik air, penjagaan rambut dan pemilihan tudung, wajah dan cermin mata, kulit dan aksesori wanita, senaman dan pakaian senaman serta gaya ke pejabat / majlis dan persediaan ke luar negeri.

Pastinya yang bakal menjadi tumpuan apabila Hiasi Dirimu turut menampilkan topik penjagaan badan gemuk dan kurus serta cara berpakaian, persiapan perkahwinan dan pemilihan pelamin, remaja, telefon bimbit, internet dan cara berpakaian ke kuliah, penjagaan bau badan dan pemilihan minyak wangi dan episod akhir ditampikan wanita mengandung dan penjagaan dalam pantang.

Malah tidak lengkap sekiranya di penghujung perbincangan setiap topik, program ini turut menjemput tetamu yang bakal mengupas topik dan memberikan tips-tips oleh diikuti penonton. Nantikan kemunculan antara tetamu undangan yang sememangnya dikenali ramai antaranya personaliti Aziah Jasmin Azizul, pelakon Rozita Che Wan, Watie dan Nabil juga penyanyi Aishah dan seniwati Datin Umi Kalthum.

Sesuatu yang mengujakan menerusi tajuk penjagaan badan gemuk dimana masyarakat kita sanggup berbelanja lebih dan memperuntukan sebahagian besar wang mereka untuk membeli produk atau alat untuk menguruskan badan. Namun segalanya mungkin dapat diatasi apabila anda yang bermasalah dengan berat badan meluangkan masa menonton program ini dimana tetamu undangan yang juga pakar kecantikan dan penjagaan berat badan bakal berkongsi nasihat pengambilan ubat-ubatan yang berbahaya selain pemakanan dan diet yang sesuai.

Malah menariknya turut dikongsi sama isu membabitkan kulit dan minyak wangi yang dilihat mampu mengurangkan kadar penipuan syarikat yang menjual barangan kecantikan yang ada bahan kimia dan krim-krim mencerahkan kulit di pasaran yang kebanyakannya memudaratkan pengguna. Juga tips-tips pemilihan dan pemakaian minyak wangi mengikut kesesuaian jenis kulit. 

Pastikan anda meluangkan masa setiap hari Selasa, jam 10.31 pagi dengan menonton program lengkap kebersihan dan kecantikan dalaman serta luaran, Hiasi Dirimu hanya menerusi Saluran Informasi, TV1.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik & Video Klip Lagu Terbaru Nitrus SISA
  • Lirik Hijjaz Engkau Insan Sempurna
  • Lirik Tak Bisa Memilihmu – Lagu Terbaru Sixth Sense
  • Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari
  • Lagu & Lirik Terbaru Ramlah Ram Seandainya
  • Lirik Lagu Terbaru Kaer Bukan Kasihku
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Lirik Lagu Kesempatan Ini – Tujuh
  • Lirik Shanty Lussy – Afgan
  • Lirik Lagu Belasmu Nikki



  • 2 Komen untuk entri “Program TV Hiasi Dirimu”

    1. ABCPlus kata:

      Untuk suri rumah waktu tu memang sesuai tapi kita yang kerja ni camne nak tengok ……

    2. achik ren kata:

      Pernah hari tu buka rancangan ni, kbtulan msa tu bkaitan siri “KAKI” jdi adalh disiarkn mkcik yg urus bhgian reflexologi tu…teringin nk dapatkn alamat kedai mkcik tu @ kontek no. dia..tpi syangnya wktu buka tu dah diakhir rncangan. Tak smpat nk ketahui info tntg mkcik yg buat rawatan reflexosologi tu.. Jika ada sesiapa yg tahu mcm mana nk dptkn mklumat ttg wanita bkenaan, sila britahu ya…terima ksih..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK