in

Program Menarik TV3 Sempena Tahun Baru Cina 2010

Menurut kepercayaan orang Cina, Harimau merupakan haiwan ciptaan tuhan yang paling indah, ditakuti dan dihormati. Maka tidak hairanlah, harimau merupakan lambang keberanian dan kekuatan buat masyarakat Cina seluruh dunia.

Sempena dengan perayaan tahun baru Cina kali ini, TV3 akan mempersembahankan dua filem terbaik dari Hong Kong iaitu “The Warlords” dan “Three Kingdoms: Resurrection Of The Dragon”. Bersesuaian dengan Tahun Harimau, dua filem epik yang penuh dengan aksi ini menampilkan pelakon-pelakon tersohor seperti Jet Li dan Andy Lau.

Jangan lupa saksikan “Casanova”, filem romantik komedi yang mengisahkan perjalanan hidup ’pencinta wanita lagenda Itali’ Giacomo Casanova, pastinya menghiburkan penonton pada malam Tahun Baru Cina yang juga malam Hari Kekasih. Malaysia Hari Ini atau MHI “Khas Tahun Baru Cina” akan bersiaran seawal jam 6.30 pagi secara langsung dari Studio B, Sri Pentas dan Dewan MCA, Jalan Ampang.

Rancangan bual bicara pagi popular ini akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan sambutan Tahun Baru Cina selain dari menampilkan persembahan ’tarian singa’ di perkarangan Sri Pentas.

Tidak ketinggalan buat peminat kecil TV3, “Wendy Wu: Homecoming Warrior” akan memeriahkan Tahun Baru Cina adik-adik serta seisi keluarga dengan lakonan hebat Brenda Song dan Shin Koyamada. Gandingan Afifa Syahira dan Christ Laurent akan mengisi slot Persona 3 dengan cerita “Leung Li”. Ia mengisahkan tentang seorang gadis miskin yang tabah menghadapi hidup walaupun bersendirian. Apakah keajaiban dapat mengubah takdirnya? Untuk melengkapkan sambutan Tahun Baru Cina yang penuh makna ini, “Herbie: Fully Loaded” akan menghiasi kaca televisyen anda pada hari Jumaat, jam 10 malam.

Teruskan menonton rancangan-rancangan terbaik hanya di TV3!

Dan dari kami di TV3, Gong Xi Fa Chai.

ISTIMEWA TAHUN BARU CINA!

Blockbuster “The Warloads”

Sabtu (13 Februari 2010), 9 malam

Cinta, politik dan kesetiaan menjadi ancaman yang memisahkan tiga askar di dalam epik sejarah dari Hong Kong. Pada tahun 1870, Empayar Qing yang korup telah dicabar oleh kebangkitan tentera revolusi yang diketuai oleh golongan agama dan berlaku perang sivil yang memecah-belahkan Negara. Pang Qingyun (Jet Li) yang terselamat semasa perang menentang kepimpinan Empayar Qing telah diberikan tempat perlindungan oleh seorang petani yang cantik iaitu Lian (Xu Jinglei). Mereka bersama sepanjang malam dan tanpa disedari, Pang telah jatuh cinta dengan Lian. Sedang berjalan pulang, Jiang telah diserang hendap, namun, dia telah diselamatkan oleh Pang. Mereka menjadi teman rapat sejak itu. Pang meyakinkan Jiang dan Zhao menyertainya dan telah memperoleh kemenangan yang hebat. Kegembiraan tersebut hanyalah sementara apabila terbongkar bahawa Lian merupakan isteri kepada Zhao.
Pelakon: Jet Li, Andy Lau, Takeshi Kaneshiro, Jinglei Xu.
TV3 Cinema “Casanova”

Sabtu (13 Februari 2010), 12.30 pagi

Filem romantik ini mengisahkan kembali hidup Giacomo Casanova yang obses pada wanita melalui hasil seninya. Ceritanya bermula pada tahun 1753 di Venice, Giacomo Casanova yang terkenal dengan sikap kaki perempuannya telah dilihat keluar dari bilik seorang biarawati. Pendakwa raya telah memutus akan menghukum Casanova. Namun, hukuman tersebut diringankan asalkan Casanova berkahwin dan setia dengan pasangannya. Victoria, seorang gadis muda yang cantik berjaya menarik perhatian Casanova. Giovanni Bruni juga menyimpan perasaan terhadap Victoria. Kemudian muncul pula Francesca yang handal berpedang. Siapakah yang akan mengiringi Casanova pulang?

Pelakon: Heath Ledger, Sienna Miller, Jeremy Irons, Oliver Platt, Lena Olin.
Malaysia Hari Ini “Khas Tahun Baru Cina”

Ahad (14 Februari 2010), 6.30 pagi

Bersempena Tahun Baru Cina, MHI akan bersiaran secara langsung dari Studio B, Sri Pentas dan Dewan MCA, Jalan Ampang. Pelbagai topik menarik berkaitan Tahun Baru Cina akan dibincangkan bersama. MHI “Khas Tahun Baru Cina” akan menampilkan perantara seperti Ally Iskandar, Ahmad Fedtri Yahya, Abby Fana dan Annhita Bakavoli.

TV3 Kids “Wendy Wu: Homecoming Warrior”

Ahad (14 Februari 2010), 11.02 pagi

Wendy Wu (Brenda Song) merupakan remaja China-Amerika yang popular. Hidupnya berubah secara drastik apabila seorang biarawan muda bernama Shen muncul di hadapan pintu rumahnya. Shen memberitahu Wendy bahawa dia adalah jelmaan seorang pahlawan wanita (Yin) dan hanya dia sahaja mampu menewaskan roh jahat iaitu Yan-Lo daripada memusnahkan dunia. Shen memberikan tunjuk ajar segala ilmu yang dimilikinya termasuklah tangkal kepada Wendy agar Wendy lebih bersedia untuk menghadapi Yan-Lo.

Pelakon: Brenda Song, Shin Koyamada, Ellen Woglom, Tsai Chin.

Persona 3 “Leung Li”

Ahad (14 Februari 2010), 3 petang

Mengisahkan keperitan hidup seorang gadis bernama Leung Li yang mempunyai rupa paras yang cantik namun hidup dalam keadaan serba daif bersama ayah dan empat orang kakaknya. Berbeza dengan Leung Li, yang sangat rajin membantu ayahnya, kesemua kakaknya malas untuk melakukan kerja-kerja rumah tetapi hanya mementingkan kecantikan. Suatu hari ketika ingin mengambil air di dalam tempayan, dia terpegun dengan kecantikan seekor ikan emas. Ikan emas itu mempunyai kuasa ajaib yang bakal mengubah hidup Leung Li.
Pelakon: Afifa Syahira, Christ Laurent.

Blockbuster “Three Kingdoms: Resurrection Of The Dragon”

Ahad (14 Februari 2010), 9 malam

Diilhamkan dari sebuah novel sejarah terkenal bertajuk “Romance of Three Kingdoms”, lahirlah “Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon! Mengisahkan tentang perang saudara sebuah Negara yang berpanjangan. Zhao menyimpan cita-cita untuk membebaskan tanah airnya dari panglima perang yang kejam dan melihat sebuah Negara yang aman. Dia mengambil keputusan untuk menyertai pasukan perang. Masa pantas berlalu, kepahlawanan Zhao diangkat sebaris dengan lagenda lain. Namun, apakah kepahlawanan Zhao ini cukup untuk menyatukan Negara yang dicintainya?

Pelakon: Andy Lau, Sammo Hung Kam-Bo, Maggie Q, Vanness Wu, Andy On.

TV3 Mega Movie “Herbie: Fully Loaded”

Jumaat (19 Februari 2010), 10 malam

Selepas membeli Herbie dari tempat pembuangan barang lama, Maggie Peyton menyedari bahawa kereta Vokswagen berplat nombor 53 miliknya itu mempunyai fikiran sendiri ketika dia memandunya buat pertama kali. Rakannya iaitu Kevin cuba untuk meyakinkan Maggie Peyton supaya menyertai perlumbaan NASCAR kerana Herbie mempunyai keunikan dan kuasa yang hebat. Hasrat Kevin dan Maggie dihalang oleh bapa Maggie yang bersikap terlalu protektif. Keangkuhan pencabar terdekat Maggie iaitu Murphy telah menghura-harakan lagi suasana.
Pelakon: Lindsay Lohan, Micheal Keaton, Matt Dillon, Breckin Meyer.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menarik Sempena Gong Xi Fa Chai 2010

Gambar Terbaru Zila Bakarin & Anaknya Kaseh Bte Azri