Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro

PELBAGAI PROGRAM HEBAT DISUSUN SEPANJANG HARI RAYA

39 program baru bergilir-gilir hibur penonton di 5 saluran terpilih Astro

Sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Astro Entertainment Sdn Bhd melalui saluran-salurannya yang pelbagai bakal menghiburkan para penonton dan pelanggan-pelanggan Astro dengan 39 buah program baru termasuk filem.

Lima buah saluran Astro bergabung tenaga bagi memastikan kelancaran penayangan program-program hebat Raya ini iaitu Astro RIA (saluran 104), Astro PRIMA (saluran 105), Astro OASIS (saluran 106), Astro CITRA (saluran 131) dan Astro WARNA (saluran 132).

Kemeriahan sambutan Hari Raya menjadi lebih menarik apabila Astro telah membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama-nama hebat dalam arena hiburan tanah air di sepanjang 9 hari ‘Istimewa Tayangan Raya’. Mega Raya Astro, Lemang Si Bujang Sepah, Habibi Mawi Aidilfitri, Rumah Baru Bini Baru Baru Raya!, Lantera Aidilfitri Dato’ Siti, Cinta Meriam Buluh, Duyung dan Glamor Raya adalah di antara rancangan-rancangan yang pastinya menyengat dan  mendapat sambutan ramai.

Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd; Encik Zainir Aminullah, “Kami ingin meneruskan kesinambungan program-program hebat yang ditayangkan di sepanjang bulan Ramadhan dengan terus mengekalkan objektif utama di Astro iaitu memberikan hiburan yang berterusan.

Program-program dari pelbagai genre seperti telemovie, komedi romantik, muzikal, konsert, majalah, hiburan dan pelbagai lagi bakal berselang-seli menghiburkan para penonton yang datang dari masyarakat majmuk dan lapisan umur. Kami telah menyusun strategi demi memastikan kelima-lima saluran yang terlibat menayangkan program yang sesuai untuk tontonan kumpulan sasaran masing-masing.”

Di antara telemovie yang dijangka mendapat sambutan hangat pada Hari Raya nanti ialah Takbirratulihram, Riuh Sebelum Raya, Takbir Terakhir, Mencari Katarsis, Baju Raya Mona, Pelita Terang Tang Tang, Doa Ibu, Pak Ngah 4D, D’Debab Raya, Kesempatan dalam Kesempitan, Mawi oh Mawi, Damak dan Dodol Si Dodol.

Tiga buah filem baru bakal ditayangkan di Astro Citra yang boleh didapati melalui pakej mustika iaitu Senario The Movie: Episode 1, Los dan Faun dan Apa Kata Hati?

Di samping itu, program-program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa sempena Hari Raya seperti Kelab Pop Rayalah Pulak, Trek Selebriti Raya, Macam-Macam Aznil Raya, Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!, Deko Raya Eric, AC? Raya dan Perang Kuali Raya.



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Cat Farish
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H dari Adeep The Fabulous Cats
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Imran Ajmain
  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • Program Muzikal Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3
  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 Saluran Percuma Astro



  • Satu Komen untuk entri “Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro”

    1. britney lohan kata:

      I LOVE LENTERA AIDILFITRI DATO’ SITI NURHALIZA!!
      PLG BEST SBB PERFORMNCE SITI BEST! ARTIS UNDANGAN PUN MANTAP!
      SET YANG CANTIK.. SUME PERFECT!
      TAK BERSERI AIDILFITRI TANPA SITI DI TV ATAU DI RADIO.. :P

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK