Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Program Ceria Sempena Tahun Baru di TV2

PROGRAM-PROGRAM CERIA DAN RIA MENERUSI TV2 (DUNIA RIA) DI RTM

Tampil dengan tagline Dunia Ria, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran cerianya, TV2 menjanjikan program-program menarik yang mewarnai sepanjang waktu siarannya dengan dipenuhi drama dan drama bersiri, filem, majalah, hiburan, kanak-kanak dan dokumentari yang pastinya mampu memenuhi selera penonton tanpa mengira peringkat usia dan perbezaan bangsa.

Di samping mengekalkan slot-slot yang sedia ada, penonton berpeluang memilih samada mahu mengikuti drama-drama dan filem-filem yang pastinya sarat dengan pengajaran berguna yang diselitkan menerusi latar plotnya atau berhibur dengan variasi program hiburan dan muzikal menarik yang dijanjikan untuk tontonan mereka daripada dalam dan luar negara.

Slot menarik yang sesuai ditonton seisi keluarga ini termasuklah Drama Melayu iaitu menerusi Lily Marlin, 26 episod yang mengisahkan wanita bernama Lily merupakan seorang wanita yang sederhana, wajahnya tidak begitu cantik tetapi penuh dengan kelembutan. Kelebihannya dicemburui wanita lain bernama Maya. Lily mengharungi pelbagai kisah suka duka bersama insane di sekelilingnya.

Kemudiannya penonton diajak mengikuti slot Komedi yang mengetengahkan dua drama bersiri menarik iaitu Hotel Kampung, Rancang (RTM / RTB), Kelas No.1 dan Impian L yang pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi menonton telatah watak-watak komedi ini.

Slot Realiti pula diisi dengan Super Soccer Star Malaysia iaitu program realiti sukan bola sepak di Malaysia yang pastinya mampu menarik tumpuan peminat sukan bola sepak tanah air tanpa mengira bangsa dan usia.
 
Malah sebagai memenuhi permintaan ramai, TV2 mengekalkan slot Teater Legenda yang sepanjang Januari 2009 ini menampilkan filem-filem iaitu Anakku Sazali, Sarjan Hassan, Semerah Padi dan Nasib Do Re Mi.
 
Manakala slot yang menyajikan filem-filem Inggeris hebat iaitu Cinema @ 2 turut dikekalkan malah disiarkan dua hari berturut-turut iaitu setiap hari Selasa dan Rabu. Ia pastinya menjanjikan filem-filem menarik seperti Fantastic Four, Chain Reaction dan The Sentinel (Selasa). Menyusul kemudiannya Entrapment, Bewitched dan Independence Day (Rabu).
 
Tidak kurang menariknya filem-filem Inggeris yang mengisi slot Friday Night Movie itu Tornado, Tiga Botak, Alexander The Greatest Legend of All, Mad Detective (Kantonis) dan Aya Sawan Jhoom Ke. Menerusi slot Golden Dragon pula dibawakan filem-filem kantonis iaitu Dr Wai In The Scripture With No Words, Beauty & The City, Savage Kid dan Heroic Duo.

Slot Sinema Jumaat juga yang menggabungkan seleksi filem Malaysia dan Indonesia membariskan filem Syaitan, Isteri Yang Terbuang, Cinta Yang Satu, Bilang Cinta Aja Koq Repot dan Man Laksa yang diyakini mampu menambah jumlah pengikut setia slot ini.

Begitu pun tidak dilupakan juga peminat setia slot Bollygood Time @ 2, Spice Of India, Saturday Night Special @ 2, Sunday Day Time Special, Golden Pheonix, Golden Variety dan Bollygood Variety @ 2 turut dapat mengikuti barisan slot-slot istimewa filem-filem Inggeris, Tamil, Hindustan dan Kantonis hebat luar negara. 

Sementara itu, TV2 yang sememangnya begitu sinonim menghidangkan drama-drama Melayu menarik saban minggu masih berpeluang mengikuti slot Citra @ 2, Pilihan Jumaat dan Mustika @ 2 yang menjanjikan kelainan dalam persembahan plot cerita dan pengajaran dalam setiap dramanya.

Begitu pun jangan ketinggalan menyaksikan Slot Sutera @ 2 yang menampilkan sambungan drama bersiri hebat Indonesia iaitu Wulan yang disiarkan mulai 13 Januari 2009. Jika sebelum ini, siri tontonan ramai ini dapat diikuti penonton setia TV1 sebaliknya kini sambungan suka duka kehidupan wanita bernama Wulan menemui penonton TV2 pula.

Malah menariknya, TV2 turut menampilkan variasi bahasa menerusi slot Mutiara @ 2 (drama bersiri Latin), Mid Day Delight (drama bersiri Korea), Britannia High (drama bersiri Inggeris), Galeri Famili (drama bersiri Melayu) Varnam (drama bersiri Tamil), Koleksi @ 2 (drama bersiri Melayu), yang pastinya membuka peluang kepada penonton mengikuti drama bersiri dari luar negara di samping drama bersiri Melayu yang sememangnya diminati ramai.

Kanak-kanak juga berpeluang berhibur dengan menyaksikan slot Smart Kids On (Lola & Virginia dan In The Night Garden) dan Kids On 2 iaitu Kiba, Poko, Pink Panther, Hidayat siri 3, Pelarian Nebula, Spectacular Spider, Master Raindrop dan Backegyamon selain Monster Warrior, Street Football, Duel Masters, Bola Kampung dan Chiki Boom. Ia adalah program-program menarik kanak-kanak yang bakal disajikan kepada penonton, Dunia Ria.

Namun tidak lengkap kehebatan dijanjikan TV2 tanpa menghidangkan hiburan kepada penonton setia salurannya seperti Jacky Live Game Show dan Mazz Buzz (hiburan bahasa Inggeris) selain istimewanya kini menampilkan Weekend @ 2 iaitu Siaran Langsung Hits 1 yang dahulunya disiarkan menerusi TV1.

Khas buat tontonan semua golongan termasuk wanita dan keluarga turut berpeluang menyaksikan slot Jade, Elegence @ 2, Ezzy Sunday, Rise and Shine dan Healthy Living @ 2 yang sememangnya memberikan hiburan dan tips-tips berguna berkaitan masakan, hiburan, motivasi, perubatan, pendidikan dan sebagainya kepada penonton.

Justeru, jangan lepaskan peluang menyaksikan program-program menarik serta ceria tontonan seisi keluarga yang dijanjikan RTM menerusi TV2, Dunia Ria.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Dagu Zoey Memang Dagu Asli
  • Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Program Menarik Radio Ai FM
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Mila, Zahid, Syawal di Karnival Sukaria Ceria! 2009
  • Ucapan Awal Ashaari Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!