Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Profile & Kronologi Cinta Erra Fazira, Awie, Yusri, Han Isaac, Engku Emran dan…



Biodata Erra Fazira
Nama sebenar: Fazira Binti Wan Chek
Tarikh lahir: 9 Februari 1974
Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor, Malaysia
Kerjaya: Aktres, penyanyi, model dan usahawan
Mula terkenal: Selepas memenangi Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993.
Mempunyai album Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003), Ya Atau Tidak (2006).
Antara lagu popular Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Lepaskanku, Sampai Bertemu, SMS Saja, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) Jika Kau Tiada (duet dengan Yusry) Bermula Detik Ini dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).
Pernah tujuh kali dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).
Pernah bertunang dengan bekas vokal utama Wings, Awie. Bernikah dengan Yusry, pada 15 Jun 2003 dan bersanding pada 21 Jun 2003. Mereka bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Erra Fazira

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor. Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

Antara album yang pernah dihasilkannya termasuklah Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006). Manakala lagu popularnya ialah Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

Erra pernah mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baru. Antara filem lakonannya ialah Sembilu, Maria Mariana, Gemilang, Tragedi Oktober, Pasrah, Gerak Khas The Movie (GKTM), Mr Cinderella, Gila- Gila Pengantin, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa, Pesona Non Grata dan Qabil Khusri Qabil Igam (QKQI). Tujuh kali dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

Awie naik berang gak ke?

Agak-agak korang, apa komen Awie dalam isu kontroversi gossip Erra ni? Mesti dia jawab… “No komen…” atau pun kalau Ako Mustapha…. dia mesti cakap…”No big deal…” Ahak!

Ratu Filem Melayu itu pernah menjalin hubungan serius dengan Awie selama empat tahun. Mereka bertunang pada Oktober 1997, tetapi terputus di tengah jalan pada tahun berikutnya. Hanya pada 1999, Erra mula rapat dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Ternyata desas-desus hubungan cinta mereka benar apabila kedua-duanya bertunang pada 3 Mac 2003

Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang atau dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

blogNamun, selepas mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga kira-kira dua tahun, perkahwinan mereka tiba-tiba dilanda badai sehingga kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung untuk beberapa ketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Hubungan intim Erra dengan Hans Isaac mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon sama dalam filem Persona Non Grata pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry sedang bergolak.

Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan baik. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry, sekali lagi hubungan istimewa Erra bersama Hans kembali diperkatakan apabila mereka sering kelihatan bersama.

Erra Hans Isaac

Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat apabila Hans sanggup menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM15,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu. Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta, selain mendakwa tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik.

Hanya pada awal Julai ini Hans tiba-tiba mengesahkan hubungan cintanya dengan Erra sudah pun berakhir berikutan penyanyi dan pelakon terkenal itu dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

[tags]Fazira Wan Chik, Erra Fazira, Sungai Choh, Rawang, Selangor, Malaysia, Aktres, penyanyi, model, tips usahawan berjaya, Han Isaac, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin, frust, tips cinta bahagia, manderem, bomoh, mp3 download, muat turun ringtones, Caller Ringtones, RBT, Ring back tones, cinta tiga segi, perkahwinan Erra dan Engku Imran, gambar, filem Cuci, Bollywood, Hollywood, Film Hidden, Pesona Non Grata, Qabil Khushry Qabil Igam, Filem Los Dan Faun, Yusry, KRU, krew, penyanyi seksi, Awie, Wings, Anugerah Bintang Popular, Bangkok, Perkahwinan Erra Fazira & Engku Emran, Erra bercerai, Erra tunang, Syed Badrul, pegawai operasi, operation system, windows vista, technology, gadgets, wedding of the year, hotel, pakej perkahwinan[/tags]

Engku Imran

Erra Fazira Engku Imran

Erra Fazira dengan kekasih barunya

Dengar citer terbaru, Erra Fazira juga kini dalam masa yang sama sedang menjalinkan hubungan dengan seorang blogger hiburan…. ntah la nama dia sapo… saya pun tak kenal blogger tu. Tapi tengok gambar ni macam pernah jumpa blogger ni di Malam Gala Filem Sumolah… Erk! Kira gambar terbaru gak la ni… Pesanan dan amaran kat korang! Jangan korang cuba nak sebar-sebarkan dalam internet dan email pulak! Aku tak nak gossip terbaru ni jadi macam kisah percintaan aku yang dikatakan bakal suami Ella. Aku ngan Erra akan macam pinang dibelah empat tak? Hahahaha! Apa-apa pun, sekarang Erra sedang mengenal hati budi kekasih barunya. Siap nak kena minta restu dari ibu. Pilihlah yang terbaik ya Erra samada mahukan COO Suria FM atau blogger hiburan yang satu sen pun takde dalam bank!

sumber: Berita Harian

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran
  • Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Gambar Anak Erra Fazira dan Engku Emran
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran
  • Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Pra Tonton Sifu & Tongga



    • har

      enta la apa yg c erra mau lagi ne…mungkin sebab awie hancurkan hidup dia dulu kot…hingga kan ada perasan dena terhadap lelaki..mungkin slps ini ada lagi lelaki hensem kaya yg akan erra jadikan pasangan sementaa hidupnya…kesia la erra ni… x cukup didikan keluarga kot ataupun dah kaya sgt sampai ingat dunia pun tidak.. tapi erra bestttt…sb taste dengan lelaki tempatan je..hik hik hik…muahhhh..luv u erra…da….

    • har

      apa2pun kita jangan la kutuk2 era sgt kk…sb orang yang mengutuk belum semestinya baik..amenn

    • YATIE

      korang yg panas sgt ngn erra knp?klu aku jd erra,aku anggap korang yang mulot busuk 2,mcm kutu _ _ _ _ je.

    • faiz

      askom…akak erra sy nak sgt jumpe dengan kak erra….klu nak datang kat hulu langat tau taman sri nanding,,,arap2 akak era datang la egh…faiz selalu tgk cite akak erra..yg mertua vs menantu two….dan sy doakan akak erra selalu bahagia….bye askom…

    • faiz

      askom..akak erra sy nak sgt jmpe akak erra..akak erra sebok ker…klu tak sebok dtg la jmpe faiz..faiz rindu ar..arap2 akak dtg la….ok la faiz akan doa kan akak bahagia dan senang…bye assalamualaikom……

    • ina

      jgn le salahkan erra.dia ngan yusri sebenarnya tak nak berpisah. lepas cerai pun diorang lovingkan. sampai kena tegur dgn imam.ada perkara sulit yang tak leh cerita mengenai rumah tangga mereka.sayang sgt ikatan mereka setakat 2 je. pasal hans pulak bukan erra tak nak.mak dia yg halang. erra anak yg baik mendengar kata ibu. restu penting dlm perhubungan.semoga suami baru erra dapat membimbing erra ke jalan yg lebih baik satu hari nanti.insyaallah….

    • shazi

      alahai..apepun aku still suka kat kak erra..dia 1 dlm seribu…apa terjadi antara dia n yusry mesti ada sebab musababnyer..klu ngan awie, aku mmg tak berkenan langsung..dengan hans mcm xsesuai..dengan engku imran tu dah jodoh…tak payahla kita nak pertikaikan ketentuan ilahi..sayang kak erra..

    • nana

      teruk betullah mulut2 basi yg mengutuk erra..sukati dia lah nak kawen dgn sapa..msti la dia dh fikir yg terbaik untuk diri dia.dlm ramai2 lelaki yg dampingi erra, karektor engku emran yg nmpk plg sesuai utk jd suami yg baik n dpt membimbing erra.yg lain tuu….jelas nmpk terlalu sosial..dan lg menyesatkan.apatah lg yg non-muslim.semoga erra n hubby bahagia hgga akhir hayat n erra slmt melahirkan cahayamata.

    • poyo je..

      ala, x pyhlah nak gaduh2 pasal erra ni, dah kawin pun dia & skrg ni tunggu mase je nak beranak…doakan jela kebahgiaan dia…….

    • NUR

      Betul tu poyo.Ada orang lain yang lebih teruk daripada Erra pun ada apsal tak kecoh pun ?? Kalau ikitkan orang biasa lagi teruk ..cuma tak di ‘dedahkan’ je perangai…

    • aifa

      anyway, yg korg nk bising2 ni knp?
      erra dont trouble u guys pon. its her life. whts u’re right to judge her like that? im not defending any1 but then again, mind ur own matters people!

    • alya sheril

      Allah sentiasa membuka pintu-pintu taubat. Sebagai seorang muslim yang tidak lepas dari membuat kesilapan hendaklah memohon keampunan. .kita tidak boleh menghukum seseorang dengan kata-kata. biarlah Allah yang menentukan. Siapa yang baik ataupun tidak.

    • Ntahla….

      ..Ala ape nak kecohkan lg..dia pun da ade hidup baru..dah bhgia dgn anak & suaminya..tu ke rambut baru Engku Emran..cam mawi lak…..

    • beydah..

      Yang penting Erra dah bahagia dengan kehidupan baru dia bersama suami tercinta dan baby yg comel..
      Semoga kebahgiaan Erra dan suami akn kekal ke akhir hayat~amin~

    • http://harryshah2009@yahoocom HARRY

      Kepada korang yang mengutuk Erra.cermin dulu muka orang,apa klas korang haa…Jangan sedap-sedap je nak kutuk orang,kenapa korang tak kutuk je jantan-jantan yang berkawan dengan dia,baru lah fair…Korang kutuk Erra je,yang si Mawi tu korang tak kutuk pulak ye,bagus sangat ke si Mawi tu?

    • NUR

      Buat apa nak diungkit kisah lalu.Pandang ke depan dan buka buku baru.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Selama ini Erra terima segala umpat keji, fitnah, kutukan dan macam – macam hinaan.Namun rezekinya Allah yang tentukan disebalik usaha dan kesabarannya.Hanya orang yang terpilih sahaja diuji

    • sal

      sesungguhnya Allah lebih mengetahui…………………………..

    • tomtombak

      aku pn xtaw nak kata aper…
      tp klw nak dbandingkan ceo ngn artis mstilah sudah terang tanpa lampu suluh si hans terkalah ngn engku emran..tui x? klw aku pn nk engku emran(alamaks, adakh aku sama ngn erra?)..tp erra pn, klw ko maseh mencari2, jgnla ko lyaannn.. hans smpi dia ter’jatuh’ ngn ko..aper org kata,mstila da limits kan.kan kwn tu da mkn hati…tp xtaw la klw ko pn syok jgk..y psal erra n yusry lak, aku rasa mcm fake, xslap aku, diaorg cam kawin kontrak jer..kan ckup2 jer 3 taun tu..jun 2003-jun 2006,lgpn cinta mereka kn di induce oleh wartawan..org kta dsbabkan faktor persekitaranla~..susah la nak kekal, sbb pantai kn leh berubah..(da kaitan ker?)…..tp, y aku tahu erra sbnarnya xmcm ni..play around..smpila dia kecewakan ngn awie..kan lama dia bercinta ngn awie (cam setia la)..oh! tidaakkkkk…..

    • jills

      tahniah pd erra n emran kerna dah ada baby bru…semoga dgn kehadiran org bru dlm hidup korang,rumahtangga korang lebih ceria dan bahagia hendaknya…amin.

    • http://- fir

      erra fazira tetap unggul sebagai artis jelita dambaan semua lelaki…

      biarlah erra dgn hidup bahagia dia… Emran suami terbaik Erra Fazira…

      Moga hub. Erra&Emran b’kekalan hingga hujung nyawa…

    • http://- fir

      erra fazira m’punyai pakej kecantikan semulajadi & bakat berlakon yg begitu terserlah… Sesiapa pun X layak m’gantikan tempat Erra Fazira…

      Sebab Erra ialah artis yg sangat cantik semulajadi…X pakai mekap pun tampak sangat cantik… Subhanallah…Begitu hebat ciptaan Allah ke atas hamba-Nya yg. b’nama Fazira binti Wan Chek…

      Hati lelaki mana tak cair apabila memandang wajah jelita lagi sedap mata memandang?? Memang teruja tengok Erra Fazira…

      Mata Erra galak, Bibir Erra mungil, dan Wajah Erra sangat cantik… kulit wajah Erra bagai telur dikupas….. Memang menawan hati semua yg memandang Erra…

      Syukur, kali ini…Jodoh Erra memang Engku Emran…

      Lelaki Muslim yg m’punyai personaliti menawan…

      Tahniah Erra Fazira & Engku Emran….

    • ani

      bila korang baca sejarah hidup erra dan aku dapat juga menilainya..erra budak baik dan buat dia jadi macam ni ialah arni sendiri. dulu, elok aje dia dengan awie, sapa yang kacau?. kena tangkap basahlah, merana erra dibuatnya. kahwin dengan yusry..dia elok aje, tak lah buat jahat, cuma yusry sendiri nak lepaskan erra sebab yusry tak mampu beri zuriat pada erra. dgn hans plak, mungkin hans yang melebih2 sangat dan hans pun tau lah sikit, takkan erra nak kawin dengan dia, agama yang berbeza dan lagipun jam 15,000 tu bukan erra yang nak, hans yang nak bagi. bila dia kawin dengan suaminya sekarang, dapatlah zuriat, ada ke erra buat hal…semua punca dari arni juga…

    • http://lol iba

      lantak die la nk kat spe2 pown….susah kat korg smua kew??hehehe

    • DeqDa

      menndoakan kebahagiaan org adalah lebih baik dan mendapat seribu rahmat dpd mengutuk dan menfitnah. Fikir2kan. Semoga Era bahagia bersama suami dan anak,hidup diberkati dan dirahmati Allah,insayallah

    • http://yahoo lee

      yusry yang terbaik…4 ever…

    • http://- fir

      Gugu Gaga Erra & Emran memang best sangat………

      Walaupun privasi Erra & Emran diceroboh, mereka berdua Xpernah mengecewakan peminat setia Erra Fazira . . . . . . . .

      Erra tetap anggun menawan & Emran pula tampan mempersona setelah mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Engku Aleesya……. ;-)

      Moga Erra & Emran lebih tabah m’hadapi ujian Ilahi…

    • adeq

      for kak era hrp jdoh akak n engku imran brpanjangan ye…..jgn pas nie ptus di tengah jln uda le nti nma baik akak lingkup plak….jga family baek2 ye;;gud luck kak era

    • acoi

      cayalah era.. aku harap hubungan ko ngan ku imran berpanjangan hingga ke akhir hayat ko! jangan jadi macam yusri dah la ye.. aku sntiasa mendoakan kebahgiaan ko.. Amin!

    • erin

      semoga erra & emran bahagia d smpng chaya mata mreka. amin…

    • SPORTY

      Biarlah apa orang nak kata, asalkan Erra tahu apa yang terbaik untuk dirinya:-) Alhamdulillah…….biarpun dihina, dikutuk, rezekinya masih bersinar hingga kini….

    • Meow

      Doakan yang terbaik dalm hidup Erra, Awie, Yusry & Hans Issac… =) Amin~

    • kutu

      akom? tlebih dahulu sy ucapkan tahniah kepada erra coz dapat baby cute. almdulillah sy lihat kehidupan erra btambah happy dan bahagia slalu…. tq kpd engku emran coz tlah memberi kebahagiaan kepada erra…. cukuplah korang niehhhh janganlah nak mencaci hamun erra… biarlah erra sendiri yang nak menentukan haluan hidup dia. cuba korang tengok kehidupan dia skang nie….haaaa inilah aper yang dia pilih….kepada erra, x kisalah aper yang orang nak kata..masih ramai org di luar sana mdoakan aper yg terbaik untuk erra…wassalammmmm…..

    • Nexlon

      Ble blaah la korang sume ni…. Busy body tul, x bek tau mngata2 owg ni.. X ingt allah ker?

    • Nexlon

      Korang sume yg ska buruk2 kn erra ni bek sgt ker? Erra nk kwin ker nk cerai ker nk jd playgurl ker bkn hal u all sume yg pnting BAHAGIA tul x? X puas ati ngan erra, korang dpt pa2 ke? Dpt duit ke? Tua2 keladi makin tua makin mnjadi pla korang sume ni.. Jilat pntat sndiri la..wakakakakakakaka……

    • rose mcgowan

      helo vr1……….y al u guys tensed up over tis smal matter…even erra is also vr cool….she gt decide abt her life…so theres noting tat v cn do….just pray 4 her wel being………v nt goin 2 get nyting by scolding her like tis rite..so just 4get it n go on as usual….

    • radzi

      Alhamdullillah, erra bahagia sekarang.EE pun dah jawat jawatan yg lebih ‘POWER lagi.Sungguh stable family mereka s’krg dgn adanya Aleesya.Apa cer awie dan best fren dia siHans tu? Awie dah bnyk wat onar dgn Pekida, tunggu mase naik mahkamah je. Dimahkamah nanti, sume org blh tahu cerita dia dgn lebih detail lagi. Kami diPekida ni dah lama tau.Dia ialah gangster in silent..Hans lak wat cerita xbaik dgn AC smpi AC dah berpatah arang.Ni kes kawan tikam kawan! Akan terselah lah sikap Hans sikit demi sikit akhirya. Dua jantan tu telah membusukkan nama baik Erra satu masa dulu.Terima lah balasan nya s’krg.

    • http://www.reen.com reen

      kak erra ialah salah satu idola saya.lakonan kak erra memang best.nyanyian kak erra memang merdu.

    • http://www.yusrizakaria.com YusriZakaria

      jodoh pertemuan,ajal maut & segalanya Allah yang tentukan….

    • Kenzoe

      Pun x ada komen,saje nak menyemak2..just wan 2 say hapy new yer.2010..jan lpa 2012 ni kiamat da. So betobat lah k..hehe

    • http://www.upin&ipin.com myiesha

      erra fazira tuh kakak sdara sy lh …..

    • norita

      sy tak ada komen tentang kak erra….
      tpi sy suke kak erra dgn abg yusri…..
      apa pun semoga bahagia…………………………..

    • ranaia

      tniah…ats kbhagiaan erra…sy pun xbrape stju dia ngn hans dlu….cm xpadan.pde pndgan sy lah…dan pd org2 yg ckp erra mta $$$$$$!!!!!! lantak lah kt dia…dia crik tuk kbahagian dia..lgipun erra pilih engku bkan sb $$$ smata2.tpi tgok muka hans ngn engku pun kte dah tau spe yg lgi bgus…yg lgi bleh jge erra…tpu lah lau pompuan xpndg duit…jgn nk jdi hipokrit lah kt cni…klu dtg ank mnteri bgi korg wet bwk nek bmw ke merc ke komfom bf ke tunang korg tgal…lgipun erra skg nmpak bhagia sgt2..xcya tgok lah fb dia…sy pun tumpang bhagia…cian dia dah byak yg dia lalui…harap tabah ye erra…ksimpulannya…jgn nk mgata org k……………tgok dri dlu

    • nur

      suke tengok Nasha Aziz & bakal suaminya, Nur Iman Tang.Tahu nak sunting awek Melayu, siang2 dah peluk Islam.Masuk ni, dah 2 tahun dia dah jadi Islam.Dah confident dgn pegangan ugama , barulah berani propose Nasha.Lain dgn Hans Isaac, nak propose erra, diri sendiri masih menganut ugama lama.Takde pun smpi ke hari ini dengar dia nak masuk Islam,padahal, heboh dlm media nak peluk Islam sejak 2 tahun lepas.Elok pun Erra reject.Tapi ada sesetengah Melayu tu, marah betol bila Hans kene reject.Bacalah kat atas remark2 yg terok membelasah erra .He he, mcm Melayu tak belaja ugama lak jadahnya.

    • suzie

      kak errab ni cantik.so,memang sesuai dengan abg emran.

    • nick

      tetap minat kat erra sbb erra buat gitu sbb utk k bgian nya juga .hanya dia eja tau siapa salah d tidak

    • http://herryzshah@ymail.com Secret admire Erra Fazira Vs Herryzs

      Korang kutuk Erra ye,kasi hentam sama korang…Biar lah Erra nak buat apa je,itu hak dia,dia popular,kaya dan high clas,korang apa ada,tau kutuk orang je,hidup tak selengkap mana,nak kutuk orang,porahh la…
      Erra dah ada kehidupan lengkap yang memang sangat sesuai dengan diri Erra,E-E tu memang sepadan dengan Erra,anak orang kenamaan dan kerabat raja,baru lah macam pinang di belah dua,dengan Yusry apa ada,ada telor yang Erra tak suka je la,apalah lu Yusry,dah nikah dengan Erra,jaga la Erra tu baik-baik,dari segi zahir dan batin,ini tak,dah lah tak boleh bagi zuriat kat erra,lagi tu bangang sangat,Erra tak suka macam tu,cari lah sesuatu yang boleh buat Erra bahagia.

    • EN. BATANG

      “jd bahan je la”, keluh En. Batang mengenangkan ketidakmampuan beliau menjangkau Erra Fazira.

    • Tasyah

      Smoga kbhagian era & egku emran berkekalan hingga ke akhir ayat.(AMIN)
      xusahla pduli pa ckap org 2,yg pnting hidup msti dtruskn….:)

    • BB

      miss abre nii bodoh. SILA BACA MESEJ YG DITINGGALKAN ..KAN HARAM KAHWIN NGAN MUHRIM ..DOGOL TAK PAHAM MAKSUD MUHRIM JGN BAGI STATEMENT LH BEB congratz erra n tengku emran.. nasib ko tak pilih hanz.. tndakan erra tu btul apa.. hans kan bkn muhrim.. jd tak elok la nak kawin dgn lelaki yg bkn muhrim..kan erra penah kata dya nak lelaki yg ble bimbing dya dlm agama.. ape la korg!! kecoh btol.. suka ati la dya nak kawin sape.. hans plak, padan muka! asal smua pompuan yg bgelar ratu cantik ko nak ha? pompuan yg biasa2 je ko tak nak?? apa jugak la.. cari la mengikut keserasian..bkn cari yg lawa.. ape la.. padan muka.. aku tak kesian pun..nak mnta simpati murahan pulak tu.. tgk erra.. tau sala diam2 je.. tak pon buat publisiti murahan.. elaa.. ble blah la! geram aku tgk hans ne.. aku heran btul la dgn JANE ne.. ko mmg suka batang ke?? ke ko yg mlm2 kuar cari pelanggan?? aiseh.. maaf la.. tapi tak sopan btol la ckp mcm tu.. kalau pun marah tak paya la nak ckp benda kotor camtu.. allah pun tak suka..

    • FARAH

      assalammualaikum wbt….
      congret erra!!!pedulikan apa org cakap,,,yg penting kak era da go on skrg,n i always with u.an for u JANE…apa sal ko ni suka kutuk orang tak tentu pasal!!pandai cakap kotor pulak tu…ada ajaran agame ker tak de nye?..kot2 ko tu yang BETINA GILA BATANG!!!!ikut sedap mulut jer kutukorang.diri sendiri belum terurus da nak kutuk orang …cermin sikit diri tu baru cakap y bukan2…kita ni manusia biasa..tida lari dari buat kesilapan….atau ko jeles yg erra ni lawa n jelita….suka ati die ler nak kawin dengan sapa…u pulak sakit jiwa…….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK