in

Popcorn N’ Wednesday di 8TV

Popcorn N’ Wednesday
Empat filem hebat untuk anda di bulan Februari!

Slot popular di 8TV Popcorn N’ Wednesday kembali dengan filem-filem yang cukup menarik dari Hollywood untuk bulan Februari ini. Anda bakal dihiburkan dengan filem-filem menarik dari filem aksi hingga ke filem berunsur komedi.

“Februari bakal menjelang dan kami telah menyediakan filem-filem menarik dari Hollywood bagi mengisi malam Rabu anda,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Everything is Illuminated
 TX Date: 4 February 2009
 Time: 10.00pm – 12.00am
Jonathan merupakan seorang remaja lelaki yang mengembara ke Ukraine dalam misi mencari seorang wanita bernama Augustine yang pernah menyelamatkan datuknya semasa zaman pemerintahan Nazi. Berbekalkan gambar-gambar lama datuknya, peta dan beberapa kotak rokok, Jonathan memulakan pengembaraannya di Ukraine dan akhirnya bertemu dengan Alexander “Alex” Perchov dan menjadi menjadi sahabat baik.

Starring: Elijah Wood & Eugene Hutz 

The Big Bounce
 TX Date: 11 February 2009
 Time: 10.00pm – 12.00am
Owen Wilson melakonkan watak seorang pencuri yang jatuh hati dengan Sara Foster. Sara merupakan wanita simpanan Gary Sinise yang merupakan seorang pengusaha hotel. Filem ini turut dibintangi oleh Charlie Sheen sebagai orang suruhan Gary yang penuh dengan tipu muslihat. Morgan Freeman pula membawakan watak seorang hakim yang juga pemilik salah sebuah resort yang mahu menghalang Gary dari membina hotel-hotel baru. Setiap karakter dalam filem ini mempunyai agenda masing-masing yang akhirnya merumitkan keadaan.

Starring: Owen Wilson, Morgan Freeman, Sara Foster.        

Must Love Dogs
TX Date: 18 February 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Sarah Nolan merupakan seorang guru yang baru sahaja bercerai. Keluarganya merancang untuk mencarikan teman lelaki baru untuk Sarah. Setelah gagal dalam beberapa temujanji, Sarah bersumpah tidak mahu berpacaran buat seketika. Namun kakaknya telah mendaftarkan sesi temujanji di internet dan telah meletakkan salah satu kriteria untuk pasangan Sara iaitu mereka perlu mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan. Namun realitinya, Sarah sendiri tidak pernah mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaannya.

Starring: Diane Lane & John Cusack      

Firestorm
TX Date: 25 February 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Jesse Graves seorang berusaha menyelamatkan seorang gadis bernama Jennifer yang terperangkap di sebuah kebakaran hutan. Kebakaran itu telah dilakukan oleh Earl Shaye yang juga merupakan seorang pembunuh. Earl telah meloloskan diri dari penjara bersama dengan beberapa banduan yang lain dan menyamar sebagai pasukan penyelamat.

Starring: Richard Burgi & Sarah Jane Redmond  

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik setiap hari Rabu secara PERCUMA sepanjang bulan Februari ini. Saksikan slot Popcorn N’ Wednesday setiap jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gunakan Clenz Untuk Buang Toksin dari Badan

Desperate Housewives New Season di 8TV