Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU



LIPUTAN MENYELURUH ASTRO AWANI UNTUK PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU PADA 17 JANUARI 2009

17 Januari ini bakal menyaksikan episod politik yang pertama tahun 2009 apabila Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan.

Pemerhati politik berpendapat isu utama yang diberi perhatian pengundi ialah mewujudkan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi. Hanya calon yang mampu memenuhi tuntutan ini dilihat akan menang pilihan raya kecil ini. Ini kerana lebih 60 peratus daripada pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu berumur bawah 40 tahun.

Penyampai Berita berpengalaman, Suhaimi Sulaiman

Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz berkata, “Laporan kami sepanjang minggu ini akan memfokuskan isu dan perkara yang dekat di hati rakyat. Kami akan menganalisa fakta dan laporan menjurus kepada bagaimana pengundi di Kuala Terengganu melihat masa depan mereka dan menterjemahkannya kepada undi dengan mengambil kira masa depan ekonomi yang suram.”

Tambah Rozina, “Astro AWANI telah memantau dan melaporkan pembangunan di Kuala Terengganu secara dekat sejak kematian mengejut bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Kami telah menerima banyak respon yang positif daripada penonton setia kami dan berharap mereka terus setia bersama kami pada 17 Januari ini kerana kami akan membawakan komentar, analisis, temuramah dan laporan secara langsung dari lokasi. Pasukan ini akan diketuai Penyampai Berita berpengalaman, Suhaimi Sulaiman dan Wartawan Kanan, Rohaida Mohamad sepanjang hari.”

Selain itu, rancangan bual bicara yang makin mendapat perhatian penonton, Analisis AWANI juga akan bersiaran menganalisis pilihan raya kecil ini. Pengacara Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar akan membincangkannya bersama tetamu jemputan di studio kami di Kuala Lumpur. Selain itu, Suhaimi Sulaiman juga akan membuat analisanya dari lokasi.

Berikut adalah jadual program Astro AWANI untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:

8:00pagi – 5:30ptg
Siaran langsung berita, temuramah dan analisis pada setiap jam dalam AWANI Global dan Atma Asia.

5:30ptg – 6:00ptg
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

6:00ptg – 6:30ptg
Siaran langsung AWANI Global

6:30ptg – 7:00mlm
Ulangan Analisis AWANI

7:00mlm – 7:45mlm
Siaran langsung Atma Asia

7:45mlm – 8:30mlm
Siaran langsung AWANI Global

8:30mlm – 9:00mlm
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

9:00mlm – 10:00mlm
Siaran langsung AWANI Global

10:00mlm – 11:00mlm
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

11:00mlm – 11:30mlm
Siaran langsung Atma Asia

11:30mlm – 12tgh mlm
Ulangan Analisis AWANI

12:00tgh mlm – 1:00pagi
Siaran langsung AWANI Global

Untuk laporan terkini dan analisis mendalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, tontoni Astro AWANI (Saluran 501). Setia bersama kami yang akan bersiaran mulai jam 8.00 pagi.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Bengkel Penulisan Pilihan Raya Untuk Blogger
  • Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir DUN N11
  • Perdana Menteri Bubar Parlimen, Penamaan Calon Pilihanraya ke 12
  • Penamaan Calon Esok & Siti Nurhaliza Tak Daftar Undi?
  • Kad Raya Dari Staff Metadome
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Gambar Melodi Raya Episod 1
  • Hadiah Kasut Raya Dari Albertini Italy
  • E-Kad Raya Aidilfitri 2011
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya



  • 3 Komen untuk entri “PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU”

    1. Obefiend kata:

      biased reporting as usual

      BOOOOOOOOO

    2. Tabuan kata:

      NI KU WAKILKAN UNTUK YG LEPASKAN GERAM:

      ALAH… SEMUA MACAM YA YA..
      BILA MUSIM KEMPEN.. MULA LAH TUNJUK BAIK..
      KONON AMBIL BERAT RAKYAT.. SIBUK SHAKE HAND..
      KETUK2 PINTU DATANG UMAH MINTA SOKONGAN,
      UNDILAH SAYA.. SAYA JANJI AKAN JADI WAKIL RAKYAT YG AMANAH…
      MACAM2 LAH KORANG PUNYA SONGEH..

      BILA ABIS UNDI…..
      KEBANYAKKAN CABUT LARI.. BAYANG PUN TAK NAMPAK !!!!
      ASAL SURUH TURUN PADANG, MCM2 ALASAN BAGI..
      BANJIR LAH.. BOT ROSAK LAH, SAKIT PERUT LAH,
      KAKI MELECET LAH…
      ENJIN KERETA TERCICIR TENGAH JALAN LAH..

      JANJI TINGGAL JANJI… TAK AMANAH… !!!!

      Now ni pulak tabuan nak kata:

      Aiyoh… tak tahu.. aiyoh tak tahu…
      Nak jadi wakil rakyat kena amanah..
      Pat dunia bleh lepas.. tapi pat akhirat nowhere u can run u noe…

      Ada sesiaper pat sini wakil bahagian bandaraya JB tak..?
      Tabuan ada soalan nak tanya wakil untuk orang ni… :-(

    3. jawa sentosa kata:

      betul..lahtu….belum dapat seribu janji. la ni…kalah apa jadi….peruntukan tetap akan di beri ?…….rakyat terengganu ….terus perhati……

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK