in

Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

“Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini”, tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DiGi Taja Konsert Rock GIG TV9 di i-City

The Kitchen Musical Drama Muzikal Stephen Rahman Hughes