in

DiGi Taja Konsert Rock GIG TV9 di i-City

GiG PENCETUS KREATIVITI REMAJA!

Para remaja kita kini begitu menginginkan pembaharuan, khususnya penonton setia TV9. Kesedaran ini telah mencetuskan idea antara TV9 dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (“DiGi”) untuk menghasilkan satu acara yang pasti menggegarkan persada seni tanah air iaitu karnival dan konsert rock GiG pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di I-City Shah Alam.

DiGi selaku penaja utama kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada golongan remaja dan begitu juga TV9 kerana para remaja inilah yang bakal menjadi peneraju negara.

Para remaja masa kini amat kreatif dan minat mereka terhadap muzik amat mendalam sekali. Karnival dan konsert rock GiG yang dibawakan oleh DiGi selama dua hari ini merupakan salah satu cara untuk mereka mengekspresikan diri dengan lebih kreatif iaitu menerusi muzik. Antara aktiviti menarik disediakan untuk mereka adalah pertandingan “Battle of the Indie Bands”, sesi Karaoke, bengkel muzik yang dikendalikan oleh pemuzik yang berpengalaman dan profesional serta dua (2) konsert untuk 2 hari berturut-turut sebagai acara kemuncak.

GIG logo final

Selain daripada itu, bazaar indie juga turut disediakan kepada para remaja yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan mengusahakan produk-produk mereka yang tersendiri.

Konsert GiG pertama yang berlangsung pada 9 Julai 2011 (Sabtu) akan menampilkan kumpulan Indie Rock tempatan yang popular seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay popular Hotfm iaitu Ikhwan dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

Kumpulan Hujan

Manakala bagi hari keduanya pula, iaitu 10 Julai 2011 (Ahad), Konsert GiG ini akan dijayakan oleh kumpulan muzik yang mempunyai nama besar dan terkenal di persada seni tanah air seperti Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Konsert meriah pada malam kedua ini akan diceriakan oleh Faizal Ismail selaku pengacaranya. Lebih menggegarkan adalah apabila konsert ini akan dibawakan oleh DiGi secara langsung di TV9 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Feisal Malik, “Kami percaya generasi muda kini lebih kreatif dan inovatif dalam mengekspresikan diri mereka dari pelbagai segi. Muzik terutamanya dapat meluahkan perasaan serta menyampaikan pesanan positif oleh seseorang dan itu yang ingin kami lakukan, iaitu memberi titik permulaan kepada golongan remaja Malaysia yang sedia menyahut cabaran ini.”

“GiG ini bertujuan untuk menghargai penonton sasaran remaja kami dan mengubah persepsi orang ramai perubahan TV9 yang kini lebih segar dan kontemporari. Perubahan ini mengaktifkan para remaja untuk sentiasa berinteraksi menerusi muzik. Ini juga merupakan permulaan kepada mereka untuk bertapak dalam memajukan diri mereka di dalam bidang yang diminati, dan paling utama, orang ramai sedar akan kewujudan mereka,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang pula berkata, “DiGi sentiasa mencari peluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik dan relevan dengan gaya hidup para remaja seperti muzik yang dapat membuka peluang untuk mereka berinteraksi dan berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan remaja yang lain. Pada masa yang sama, aktiviti ini mungkin juga menjadi platform bagi mereka menukar menjadikan minat kepada peluang kerjaya.”

Untuk memeriahkan lagi acara GiG, DiGi akan menganjurkan peraduan “Konsert GiG – VIP Treatment” khas untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GiG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 diantara 13 hingga 30 Jun 2011.

Dua (2) peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Bersama dengan 4 orang rakan mereka, pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah yang berupa layanan VIP termasuk 5 pas VIP ke Konsert Rock GiG, penginapan 2 malam di hotel 5 bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, 5 helai kemeja-T edisi terhad dan 5 helai poster GiG.

Battle of the Indie Bands yang akan diadakan pada 9 Julai akan menampilkan lapan (8) kumpulan Indie yang bakal bertanding bagi merebut tempat untuk meneruskan persembahan mereka pada keesokan hari. Kumpulan-kumpulan Indie tersebut adalah Skudap Skudip, Oh Chentaku, Bintang Batu, Pheelers, Broken Riffs, The Jespers, BeforeAfters dan Pop Konspirasi. Juara pertandingan Battle of The Indie Bands ini akan menerima wang tunai RM 8000.

Untuk memulakan kehangatan acara GiG ini, satu showcase GiG TV9 telah diadakan di Klang Parade pada 18 Jun 2011 lalu bersama Aizat dan diikuti dengan kemunculan kumpulan Hujan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 25 Jun depan dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Noh Hujan

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar

Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang

upacara menandatangani gitar

_DSC4541

bersama kumpulan yang akan terlibat dalam Konsert GiG TV9

8 kumpulan terpilih untuk Battle of the Indie Bands (2)

Pesawat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nur Fazura Jemput Peminat Ke Pelancaran LUX Soft & Silky Smooth

Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur