in , ,

Peraduan Tayangan Premiere MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION

Salam lebaran buat semua pembaca Budiey.com yang budiman, amacam raya puasa tahun ini? Pastinya korang tengah sibuk buat persiapan raya kan? Budiey kira ramai akan pulang ke kampung halaman dan sekembalinya anda ke ibu kota nanti, kita berjumpa lagi untuk menonton sebuah lagi tayangan premiere. Yeay!

Untuk acara Premiere With Budiey kali ini, Budiey tampilkan kepada anda semua sebuah filem aksi lasak yang paling laris dan ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia berjudul MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam.

Kalau nak tahu, filem siri ke-5 yang pernah bikin fenomena ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 30 Julai 2015. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem lakonan Tom Cruise ini? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 30 Julai 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi suspen yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

MISSION: IMPOSSIBLE - ROGUE NATION

Sinopsis MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION :

Filem ini mengisahkan Ethan Hunt bersama dengan pasukannya telah menempuh satu misi yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini iaitu membanteras kumpulan Syndicate yang mahu menghancurkan IMF. Kumpulan penjahat ini sangat licik, sangat profesional dan sangat sukar untuk ditumpaskan.

Pengarah: Christopher McQuarrie
Penulis: Bruce Geller
Pelakon: Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Jeremy Renner, Simon Pegg, Sean Harris dan ramai lagi.

Peraduan Tayangan Premiere Filem MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 89 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

29 Julai 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

TGV 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MissionImpossible kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon yang membintangi filem MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem MISSION: IMPOSSIBLE – ROGUE NATION – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 Julai 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menggelikan hati ini mulai 30 Julai 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – THE GALLOWS

Hi-Tea & Buffet Dinner Aidil Fitri di One World Hotel Petaling Jaya