• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

5
  • by Budiey
  • in Anuar Zain · Konsert · Peraduan
  • — 7 Jan, 2013

30 tahun dalam industri seni suara sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain. Sepanjang tempoh itu, peminat tak senang duduk menantikan konsert berskala besar dari Anuar Zain. Kini, dengan keazaman membara, hasrat peminat bakal menjadi nyata. Pengalaman suka duka, pahit manis sepanjang 30 tahun itu akhirnya bakal dikongsi bersama dengan peminat di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia akan dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dengan alunan lagu-lagu popular dari album Anuar Zain.

Konsert Anuar Zain

Budiey lihat semua peminat Anuar Zain sangat fun & sangat unik, dan ini akan membuatkan konsert Anuar Zain bulan depan (Februari) akan jadi fun! Betul tak?

Kini, tibalah masa yang sesuai untuk peminatnya berkumpul beramai-ramai untuk menyatakan rasa cinta dari hati sanubari yang tulus ikhlas bak bait-bait lirik lagu Ketulusan Hati. Selang sehari sambutan hari jadinya, Anuar Zain mengajak anda semua berkongsi masa, ruang dan kasih cinta sebagai tanda membalas budi jasa peminat yang menyokong dari dulu, kini dan selamanya.

Biarlah Anuar Zain ambil masa yang lama untuk buat Konsert, asalkan peminat yang datang nanti rasa puas dan konsert kali ini gempak dari biasa.

Tiga dekad kembara muzik Anuar Zain bakal dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra di bawah pimpinan Mac Chew menjanjikan temasya muzik gaya Anuar Zain. Seterusnya konsert ini meraikan Anuar Zain, peminat dan legasi muziknya. Pemuzik iringan bukan calang-calang, Budiey rasa mereka sangat hebat, jadi bila penonton dengar, mereka tak rasa tertipu. Yes, Anuar Zain mementingkan kualiti bunyi. Bila muzik yang ditampilkan berkualiti, taklah peminat rasa tertipu nanti.

Ada kejutan dan beberapa paparan video dan gambar-gambar eksklusif untuk peminat bakal dihidangkan buat yang hadir.

Harga tiket Konsert Anuar Zain boleh dibeli dengan harga paling murah RM88 hingga RM698 melalui laman web www.ticketcharge.com.my dan cawangan rasminya.

 

 

Pakej 3Dekad 1Destinasi
Ini pula berita baik buat peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur,  pihak Anuar Zain Network dengan kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif untuk peminat-peminat Anuar Zain dari Kota Bharu, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura.

Pakej ini adalah satu program eksklusif untuk memberikan peluang kepada anda yang berada di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung. Pakej ini akan membawa peminat dari bandar-bandar utama di Malaysia dan wilayah Singapura ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menikmati konsert serta menghantar mereka kembali pada malam yang sama selepas konsert berakhir.

Pakej ini dinamakan 3Dekad 1Destinasi. Untuk info lanjut korang semua boleh layari : www.facebook.com/3Dekad1Destinasi

“Budiey rasa, pakej ini sangat bagus untuk peminat Anuar Zain yang mahukan perjalanan berjalan lancar dan ianya sangat selesa.”

Untuk pengetahuan pembaca, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi ini adalah pakej pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi & balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati. Dan semestinya, pakej ini termasuk dengan tiket untuk menyaksikan Konsert Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Pakej ini meliputi kawasan Kota Bahru, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Terbaru, Budiey dikhabarkan ada beberapa buah tempat telah ditambah iaitu, Alor Setar, Butterworth & Pulau Pinang.

Pakej ini disediakan adalah bagi mengelak penonton yang berada di luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan dan sebagainya.

Untuk dapatkan harga Pakej 3Dekad 1Destinasi ini, sila klik di SINI.

Hashtag #KonsertAnuarZain3Dekad

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #KonsertAnuarZain3Dekad. Haaa… bukan main panjang lagi hashtagnya. Tapi tak mengapa, ada sebab sebenarnya hashtag ini dipilih.

Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Anuar Zain, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Anuar Zain yang rasmi iaitu www.facebook.com/anuarzainnetwork

Berikut adalah info tentang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari:-

Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Untuk info lanjut tentang konsert anda boleh melayari:

  • www.facebook.com/AnuarZainNetwork
  • www.ticketcharge.com.my
  • www.universalmusic.com.my
  • www.facebook.com UniversalMusicMy

Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey tahu, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket dari Budiey.com

Sebagai Blog Rasmi Konsert Anuar Zain 3 Dekad ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Anuar Zain untuk berhibur dengan alunan suara mantap Anuar Zain dan merasai kehangatan malam berkasih sayang dengan Anuar Zain di konsertnya pada 16 Februari nanti di Stadium Putra Bukit Jalil.

Budiey ada dua keping tiket VIP dan 40 tiket (bernilai RM88 setiap satu) untuk diberikan kepada 20 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Anuar Zain: www.facebook.com/AnuarZainNetwork

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertAnuarZain3Dekad. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertAnuarZain3Dekad bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Bilakah tarikh penjualan tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari?

Soalan 2:
2. Nama judul video klip terbaru Anuar Zain yang akan ditayangkan buat pertama kali secara eksklusif di konsert ini?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Tarikh tutup peraduan:
30 Januari 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Anuar Zain

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-27
  • Next story Ganjaran Istimewa Untuk Pelanggan Pertama Servis 4G LTE dari Maxis

ENTRI BERKAITAN

  • Photo The Used Rockaway 2011 12 Oct, 2011
  • Anuar Zain Umum Harga Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari 10 Dec, 2012
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd 3 Oct, 2007
  • Sekitar Persiapan Konsert Semalam di Malaysia D’lloyd 29 Apr, 2011

5 Comments

  1. nurrulilmiah says:
    Tuesday, January 8, 2013 at 5:52 pm

    done budiey! harap2 ada rezeki :)

  2. saynabel says:
    Wednesday, January 9, 2013 at 2:16 pm

    salam. Saya pun dah join. Harap-harap terpilih. Thanks =)

  3. aqiff says:
    Thursday, January 10, 2013 at 2:19 pm

    dah join….hopefully ade tuah untuk kali kedua…tq budiey

  4. Abby says:
    Friday, January 18, 2013 at 7:48 pm

    done. semoga hajat tercapai. amin. :)

  5. Abu Hurairah says:
    Sunday, January 27, 2013 at 9:31 pm

    HARAP MENANG!!!SEKALI SEUMUR HIDUP TENGOK ANUAR ZAIN POM JD LAA….HEHEHE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.