in , ,

Tentang Anuar Zain 40th Anniversary Concert AZ40 di Stadium Malawati

Konsert ini bakal menjadi lambang kematangan perjalanan ANUAR ZAIN didalam karrier seninya.

Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak (1983) sehinggalah menjadi penyanyi solo lelaki berprofil tinggi. Nama Anuar Zain sudah mempunyai tempat yang utuh dan khas di hati peminat dan penggemar muzik beliau.

Empat dekad membina legasi dalam industri muzik tempatan, Anuar Zain; vokal merdunya, senyum manisnya, aura dan pesonanya yang kuat, serta untaian lagu-lagu miliknya yang cukup popular dan turut menerima pelbagai pengiktirafan di sepanjang karriernya, terus kukuh menjadi antara penyanyi yang disanjungi sehingga kini dan berada didalam liganya yang tersendiri. 

Tentang Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Stadium Malawati Shah Alam

Beliau menjadi penghibur yang disegani dimana setiap kemunculannya dinanti – nantikan, biar dalam majlis korporat, majlis berprofil tinggi dan eksklusif atau terkadang hanya untuk melihat persembahan beliau mendendangkan beberapa buah lagu di acara terbuka.

Lantas saat penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik beliau yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan ANUAR ZAIN didalam karrier seninya.

“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat  dan penggemar muzik beliau.

“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng  dari JioBuddy.

Sementara itu bagi Anuar Zain pula, beliau berharap pada mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert  Anuar Zain 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu dan juga pada yang masih belum berkesempatan untuk turut hadir bersama pada “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”.

“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.

Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert

bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air. 

Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai. Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di  www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188  (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena  Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.

Tentang Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Stadium Malawati Shah Alam

INFORMASI

Acara: Anuar Zain 40th Anniversary Concert

Tarikh: 28 Oktober 2023

Lokasi: Malawati Indoor Stadium, Shah Alam

Masa l: 8.30 malam

Penganjur: JioBuddy

Rakan Kolaborasi: Altus Prohouse

Pengurusan Artis : Anuar Zain Network

Harga tiket:

VIP 1 RM1188

VIP 2 RM888

Diamond RM488

Paltinum rm388

Gold RM188

Ticket website: www.jiotix. Asia

Ticketing hotline: 011 51003111

Rakan Radio Rasmi: Sinar FM

Disokong Oleh : ERA FM 

Rakan Digital Rasmi: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Founder Tuntut Hutang, Dakwa Penyanyi & Pengasas Kosmetik Pinjam RM150,000

Ash Fasryll

Bintang Tiktok Ash Fasryll Perkenal Single MELAWAN SUNYI