in ,

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2015

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Anugerah berprestij yang menjulang bakat dan mengiktiraf penggiat seni & karyawan tanahair, Anugerah Skrin 2015 bakal berlangsung tak berapa lama lagi. Hanya beberapa minggu sahaja lagi. Budiey percaya, pembaca budiey.com di luar sana ramai yang tertanya macamana nak dapatkan tiket untuk menonton ASK2015 secara live ya. Yea, seperti tahun-tahun sudah, Budiey ada sediakan tiket untuk pembaca setia.

Bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 8 November 2015 bermula 9.00 – 11.30 malam, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) mempertaruhkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Untuk kali ini, Budiey nak berikan kepada anda untuk merasai tempat duduk VIP dengan membuka peluang kepada pembaca semua yang nak menonton Anugerah Skrin 2015 secara live kat Dewan Merdeka, PWTC. Sebelum itu, acara red carpet akan bermula pada jam 7.30 malam. Budiey ada 3 pasang tiket VIP (6 keping) dan 10 keping tiket tempat duduk biasa. Amacam okay?

anugerah skrin 2015

Nantikan kemunculan artis-artis dan dramatis popular dalam segmen persembahan ASK 2015 seperti Alyah, Amir Jahari, Izzue Islam, Ayda Jebat, Azmil Mentor Legend, Sarah Mentor Legend, Asmidar, Ungku Ismail Aziz, Zahiril Adzim, Marsha Londoh dan Toi. Manakala barisan penyampai anugerah bakal diserikan oleh Fazura, Maya Karin, Eirma Fatima, Que Haidar, Hans Isaac, Faizal Hussein, Izreen Azminda, Nadiya Nissa, Sharifah Amani dan lain-lain.

Secara keseluruhan, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 8 drama rantaian, 3 drama rantaian komedi dan 3 drama rantaian popular media sosial telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula, 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Antara drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta, Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujud Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2015 menerima pencalonan seperti Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan RubberBand.

Manakala filem yang layak bertanding termasuk Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan, Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta , Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Café dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosial. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober – 5 November 2015.

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 (Kiri 3) bersama-sama penaja utama ASK 2015, Datin Lyanaz Hassan, pengasas Lyanaz Beauty Care, Hos ASK 2015 Fara Fauzana & Awie .

Peraduan Menangi Tiket VIP Anugerah Skrin 2015

[dropcap]E[/dropcap]ksklusif dan khusus untuk pembaca Budiey.com, sebanyak 6 keping tiket VIP dan 5 pasang tiket tempat duduk biasa (20 keping) untuk dimenangi. Anda mahu tiket #ASK2015 ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket sahaja. Ingat hashtag ini: #ASK2015

Apa yang korang perlu buat ialah ikuti TIGA langkah ini:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah ini dan komenlah apa pendapat anda apa sahaja tentang ASK dan ramalan pemenang ASK kali ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa layari laman sesawang rasmi #ASK2015:  www.anugerahskrin.com

Langkah 2:

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan kreatif anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey

Sila gunakan hashtag event ini iaitu #ASK2015. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Anugerah Skrin 2015 lebih mantap jika…. (siarkan di Twitter)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca tweet tersebut.

Langkah 3:

Kemudian emelkan jawapan anda untuk soalan ini:

Soalan 1:
1. Apakah tema Anugerah Skrin 2015?

Soalan 2:
2. Anugerah Skrin 2015 akan dihoskan oleh….?

Soalan 3:
3. Apakah pembaharuan Anugerah Skrin 2015?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Anugerah Skrin 2015 lebih mantap jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2015

Tarikh tutup peraduan:
Jam 3 petang 6 November 2015

8 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

www.anugerahskrin.com

Fara Fauzana & Awie (hos ASK 2015)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syarul Ridzwan & Janna Nick Dalam Drama Bersiri KAU, AKU, KITA

Al-Manna Hargai Media & Penggiat Seni di Pelancaran AJARKAN AKU SETIA