in , ,

Al-Manna Hargai Media & Penggiat Seni di Pelancaran AJARKAN AKU SETIA

Tahniah buat Al-Manna yang telah mengorak satu lagi kemajuan dalam karier seni mereka dengan melancarkan album yang diimpikan. Semoga terus sukses!

Pada jam 8 malam semalam, Budiey dan Cyrill Hassan telah menghadiri Majlis Menghargai Media dan Penggiat Seni serentak dengan Pelancaran Muzik Video AJARKAN AKU SETIA yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Syafik Emres yang sudi menaja jubah berwarna ungu untuk Budiey pakai di majlis ini. Emres Collection juga turut menjadi penaja untuk majlis ini.

Budiey.com mengucapkan tahniah dan syabas buat kumpulan nasyid Al-Manna yang telah berjaya melakukan yang terbaik untuk menghasilkan muzik video AJARKAN AKU SETIA.

Majlis semalam juga berlangsung dengan meriah dengan dihadiri oleh media, penggiat seni dan keluarga Al-Manna yang telah banyak membantu menaikkan nama kumpulan nasyid yang dianggotai oleh empat anak muda ini.

Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia

Setelah berjaya dengan album “Al Manna : Selawat Kita Semua” pada tahun 2014, kini Al Manna hadir menampilkan single hit terbaru yang bertajuk “Ajakarkan Aku Setia”. Single hit ini adalah koloberasi bersama Ustaz Elyas Ismail yang merupakan Murabbi Da’i Millenia dan Pendakwah Selebriti.

Lagu ini adalah ciptaan dan terbitan Bazli UNIC dan liriknya oleh Atie Legacy Publisher. Lagu ini menjadi halwa telinga dan memberi nafas baru kepada Al Manna bagi meneruskan perjuangan dalam industri nasyid tanah air.

Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia

Menurut vokalis Firdaus, beliau rasa cukup bersyukur kerana ramai yang banyak membantu merealisasikan muzik video terbaru ini.

“Sepanjang dua tahun berkecimpung di dalam industri nasyid tanah air, Al Manna mendapat sokongan dari pelbagai pihak terutamanya keluarga, para pengamal media dan para penggiat seni tanah air tanpa putus. Dengan idea- idea yang bernas, Al Manna kini tampil dengan single yang terbaru dan akan terus berkarya bagi memeriahkan lagi industri nasyid tanah air.

Oleh yang demikian, Al Manna dengan bangganya mempersembahkan muzik video terbaru arahan Azam Rasid dari Juxtapose Production yang merupakan finalis Festival Filem Malaysia ke-27.

Dengan idea-idea yang bernas dari beliau dan Al Manna sendiri, maka terhasillah muzik video ini menjadi masyarakat mendapat pengajaran daripada muzik video ini.

Justeru, kami mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus menerus menyokong Al Manna sepanjang karier kami. Semoga muzik video ini memberi pengajaran yang baik kepada semua dan semoga Allah merahmati segala usaha murni kita semua.”

– Aus Al-Manna

Semoga Al-Manna terus maju. Kepada pembaca, jom saksikan muzik video terbaru dari Al-Manna di Youtube.

Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia
Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia
Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia
Al-Manna Hargai Media &Amp; Penggiat Seni Di Pelancaran Ajarkan Aku Setia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2015

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah