in

Penyanyi Rap ALTIMET Lancar Album KOTARAYAKU

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh penyanyi rap paling genius kat Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Altimet. Terbaru, Altimet telah melancarkan album terbaru berjudul KOTARAYAKU. Bercakap pasal pencapaian, dah banyak kita nampak penerimaan orang ramai dengan sisi muzik rap dan lirik yang mendalam hasil idea Altimet.

Tak perlu disenaraikan satu persatu kejayaan yang diraih oleh Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Bin Abdul Rahman. Yang pasti, nama Altimet sudah terpahat sebagai pejuang dan hulubalang dalam industri muzik yang memperjuangkan irama rap tanahair. Hasilnya, industri kita dikatakan suram kini makin meriah dengan lagu-lagu kolaborasi Altimet bersama penyanyi lain.

Itulah, terlalu sibuk sangat dengan kolaborasi dengan penyanyi lain sehingga Altimet tak cukup masa untuk fokus kepada album sendiri. Dikatakan, Altimet mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan album ini. Ia cukup berbaloi kerana lagu yang dihasilkan semuanya ada daya tarikan tersendiri. Bagi Altimet pula, pelancaran ini cukup bermakna dan menjadi titik sejarah yang pasti dikenang sampai bila-bila. Kepada yang tak tahu, Altimet kini bernaung di bawah label KARTEL Records milik Joe Flizzow.

Altimet

Jadi, apa yang istimewa sangat album KOTARAYAKU ini? Okay, beberapa hari sebelum pelancaran album ini, Budiey dah dengar semua lagu yang terkandung dalam album ini. Terima kasih kepada Spotify yang telah menyediakan platform yang cukup mudah. Istimewanya album KOTARAYAKU, oh sudah tentu pada temanya iaitu Kembali ke Sekolah. Dari pemilihan lokasi sehinggalah kepada rekaan kreatif pada barangan merchandisenya, cukup menampakkan kemeriahan tersendiri pada pakejing album ini.

[pullquote]Altimet bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi atau rapper malah beliau juga adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records. Wow, tahniah Altimet![/pullquote]

Majlis pelancaran diadakan di sekolah lama Altimet sendiri iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya, Selangor. Ternyata, peluang ini mengembalikan semula nostalgia dan sikit sebanyak mengenang kembali tempat di mana Altimet mengenal huruf. Setidaknya, ini merealisasikan impian Altimet sendiri yang mahu mengukir sejarah dalam karier beliau.

Jom kita tengok pula pada rekaan kreatif pada pembungkusan atau pakejing album KOTARAYAKU. Memilih rekabentuk buku sebagai kulit album, ‘Kotarayaku’ memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet Altimet bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio.

Altimet membuktikan pada dunia, untuk jadi penyanyi atau selebriti terkenal tidak perlu untuk menjaja kisah peribadi dengan gosip murahan. Malah sejak dulu lagi, Altimet memekakkan telinga dengan ungkapan negatif yang dilemparkan kepadanya. Rupanya, sejak di bangku sekolah lagi, ada yang mencemuh lagu rap tak mampu pergi jauh dan tak kurang ada yang melemparkan hinaan, muka tak handsome, mana boleh jadi artis. Tapi itu dulu, sekarang ini, pencinta muzik sudah tahu membezakan dan menilai bakat dan hasil jaya yang dicapai.

‘Kotarayaku’ diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan telah berada di pasaran sejak 12 April lalu. Selain terbentang di Spotify untuk didengari secara dalam talian, album ini juga boleh dibeli secara muat turun di iTunes. Antara lagu kegemaran Budiey ialah lagu Itu Ini Begitu Begini, Kalau Aku Kaya dan Kotarayaku.

Berikut senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOTARAYAKU:

01 Kotarayaku (feat. Noh Salleh)

02 Syukur

03 Kalau Aku Kaya (feat. Awi Rafael)

04 Hello (feat. Trisno Trio)

05 I Am

06 Kembali

07 Kotarayaku II

08 Aku Tahu (feat. Tomok)

09 Itu Ini Begitu Begini (feat. Mirwana)

10 Maafkan Kami (feat. Imran Ajmain)

11 Belantara Konkrit (feat. Salam & Aman-RA)

Syabas Altimet di atas penghasilan album terbaru ini dan tahniah atas pelancaran album KOTARAYAKU yang havoc tu. Eh. Jom kita tengok gambar-gambar menarik sekitar pelancaran album ini.

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Altimet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MyOwnStory Artis Baru Naungan Seventeen Eleven Music

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka