in , ,

Altimet & Pengurus Bergabung Tubuhkan SVL TAN MANAGEMENT

Mula mengorak langkah ke dalam industri hiburan seawal tahun 90-an sehingga kariernya berkembang sebagai Pengurus Artis di Kartel Records, Yasmeen Zainal telah bekerjasama dengan ramai bakat-bakat hiburan termasuk rapper yang telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah, penulis lagu dan produser, Altimet.

Setelah bekerja bersama selama 7 tahun, Altimet dengan tanpa sebarang keraguan amat pasti bahawa bakat Yasmeen mampu untuk terus berkembang daripada peranan semasanya. Graduan Multimedia Kreatif tersebut telah berkali-kali menunjukkan kebolehannya – sebagai Produser Eksekutif untuk 3 albumnya, dua kali sebagai Pengurus Pentas untuk persembahannya di Anugerah Juara Lagu, sebagai Pengurus Jelajah untuk persembahannya di London dan di AS – kesemua ini dan pada waktu yang sama mendapatkan tawaran pengendorsan, mengendalikan penjenamaan dan pemasaran, dan juga bekerjasama dengan pihak media dan pelbagai syarikat global.

ALTIMET

Ia merupakan keputusan yang sangat mudah bagi gabungan kuasa di belakang kejayaan karier Altimet dan ‘The Last Altimet Show’ (yang merupakan konsert terakhir Altimet, dan konsert penuh hip-hop pertama di Malaysia yang menampilkan live band serta 20 artis lain) untuk terus berganding bahu dan memulakan syarikat mereka sendiri, SVL TAN Management.

ALTIMET

“Apa yang membezakan SVL TAN Management dengan yang lain? Sudah tentu pengalaman 35 tahun kami di dalam industri hiburan. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam, dan kini sedia untuk menjangkau melebihi batasan tersebut,” jelas Altimet yang merupakan Pengarah Kreatif syarikat tersebut. “Kami sedia untuk menggegarkan dan menetapkan tanda aras baharu industri bagi rakan-rakan kami di dalam industri hiburan tanah air.”

CEO SVL TAN Management, Yasmeen Zainal menyatakan bahawa peranannya sebagai pengurus Altimet adalah penyebab utama dia ingin memulakan syarikat pengurusannya sendiri. “Saya amat bersemangat tentang industri hiburan, dan sebagai pengurusnya, ia telah memberikan saya peluang untuk melihat bagaimana kesemua di dalam industri ini bergerak. Ia merupakan peranan 360 darjah yang menyeluruh, meliputi kesemua aspek kariernya, dan amatlah menakjubkan untuk melihat bagaimana ianya berkembang.”

“Pengalaman yang ditimba selama ini, bersama dengan pengetahuannya, adalah apa yang saya harapkan boleh melonjakkan industri ini kepada tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.

Asas teras SVL TAN Management termasuk Pengurusan dan Tempahan Artis, serta Penjenamaan dan Perkhidmatan Konsultan Industri Kreatif dan Pemasaran Hiburan.

“Kami memulakan SVL TAN ketika COVID-19 melanda awal tahun lalu, dan kami sangat bersyukur kerana kami masih berjaya menjalankan operasi seperti biasa, walaupun terdapat banyak cabaran yang ditimbulkan oleh wabak ini,” jelas Yasmeen. “Kami sebenarnya ingin melancarkan SVL TAN secara rasmi dari awal tahun lepas lagi, tetapi kami ingin mengutamakan bakat kami dan fokus pada perniagaan kami terlebih dahulu.”

Buat masa ini, SVL TAN Management mempunyai barisan lima bakat tempatan di bawah pengurusan mereka- Chef Selebriti Sherson Lian, Juruhebah Radio Haniff Hamzah, Penyanyi, Hazama, Saint Kylo dan sudah tentu, Altimet sendiri. Anda pasti akan melihat mereka dengan lebih pada 2021 kerana mereka mempunyai beberapa projek menarik yang telah dirancang untuk tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Altimet, Sherson, Haniff, Hazama dan Saint Kylo, layari www.SVLTAN.com atau ikuti mereka di akaun media sosial @SVLTANmgmt. #SVLTAN

ALTIMET

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TERANG Beri Cahaya Pada Fhan

Sinergi Luar Biasa Benzooloo & Jonathan Tse Menerusi ‘BEBAS’