in , ,

Single HUJAN Pertaruh Keunikan Vokal Mimifly & Altimet

Dua figura dari latar belakang muzik berbeza bergabung dalam satu karya berjudul HUJAN, Mimifly dan Altimet.

Mungkin tiada siapa pernah memikirkan perkara itu, namun dalam projek lagu Hujan ini keduanya bersatu mencipta keserasian yang luar biasa. Berbekalkan kelebihan dan keunikan masing-masing, lagu Hujan hasil ciptaan Mimifly dan Khairafik Khairudin dan lirik oleh Mimifly bersama Altimet bakal menjadi satu lagu karya yang akan diingati sampai bila-bila.

Bukan saja dari segi melodi dan lirik, tapi persembahan video muzik (MV) lagu itu yang disifatkan sebagai cukup istimewa dan terkini.

Single HUJAN Pertaruh Keunikan Mimifly & Altimet

Istimewanya juga, lagu edaran syarikat 17 Eleveen Music dan terbitan oleh D Alpha Legacy itu dicipta khas untuk filem Bisikan yang dijangka ditayangkan pada Februari tahun depan.

Menurut Mimifly atau mesra disapa Mimi, keunikan Hujan adalah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu itu sekali gus dapat memberikan inspirasi kepada semua yang mendengar.

“Lepas habis Gegar Vaganza, saya terus ‘brainstorm’ untuk mencipta melodi dan lirik lagu ini bersama Penerbit Muzik, Khairafik Khairudin dan juga Altimet. Ia mengambil masa lebih kurang hampir lima bulan untuk menyiapkan lagu kerana jadual kami yang sentiasa sibuk dan juga selama tiga bulan kita tidak dibenarkan keluar kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). 

“Alhamdulillah, kami masih dapat menyiapkannya walaupun proses rakaman dan menyiapkan lagu ini dibuat semasa tempoh PKP. Tajuk Hujan dipilih kerana sedang saya dalam proses untuk mencipta lagu ni, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan kalau kita tengok konteks hujan itu sendiri, hujan jatuh ke bumi untuk membasahi dan memperbaiki bumi serta membasuh segala kekotoran. Ia sangat menepati dengan konsep lagu dan mesej yang ingin sampaikan.

“Jadi, saya menyifatkan lagu ini sangat istimewa kerana mesej yang cuba kami sampaikan selain saya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Altimet dan Khairafik Khairudin untuk sama-sama berkarya,”

– Mimifly

Berkongsi lanjut mengenai lagu Hujan, Mimifly berkata, lirik dihasilkan berdasarkan jalan cerita filem Bisikan.

Single HUJAN Pertaruh Keunikan Mimifly & Altimet

“Inspirasi lirik lagu ini datang secara bersahaja ketika saya sedang mendalami dan memahami sinopsis filem Bisikan ini melalui penerangan yang diberikan oleh penerbit filem mengenai apa yang mereka mahukan. Jadi saya cuba untuk memberikan sesuatu menepati konsep filem ini,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Altimet, Mimifly berkata ia satu penghargaan buat diri dan kerjaya seninya.

Single HUJAN Pertaruh Keunikan Mimifly & Altimet

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Altimet dan ia antara salah satu impian saya sebagai anak seni. Saya amat berterima kasih kepada pihak penerbit filem kerana memberikan saya peluang untuk mencapai impian ini.

“Saya berharap lagu ini dapat tembus ke hati dan telinga pendengar dan juga penyokong muzik. Lagu ni amat bermakna buat saya sekali gus ia dapat membantu menenangkan segala depresi dan anxiety yang kita semua sedang hadapi. 

“Ini kerana lagu ini memang mengisahkan mengenai segala persoalan dalam diri yang kita semua hadapi,” katanya.

– Mimifly

Sementara itu, pihak penerbit filem Bisikan, D Alpha Legacy mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih Mimifly dan Altimet bergabung dalam satu lagu.

“Memilih Altimet sebagai penyanyi selepas dia membuat keputusan untuk bersara daripada menyanyi. Tapi, apabila dia menerima tawaran kami untuk berkolaborasi dalam lagu tema filem ini, ia adalah satu penghargaan buat D Alpha Legacy. 

“Kebetulan, Altimet juga terbabit dalam filem ini di samping pelakon lain seperti Azhan Rani, Vanidah Imran, Fatin Afeefa dan Iman Zulkarnain.

Jadi kami ingin menghasilkan lagu tema yang mempunyai unsur hip hop. Apabila kami suarakan idea ini, dia bersetuju untuk berkolaborasi bersama. 

“Bagi Mimi pula, dia adalah rakan kami dalam badan bukan kerajaan (NGO), Love Yourself Association. Malah, Mimi juga ahli dan aktif mengikuti aktiviti kemasyarakatan dijalankan.

Apabila tercetus idea untuk menerbitkan filem dan lagu ini, kami menjemput Mimi untuk berkolaborasi bersama. Hasilnya, kami tak salah pilih dan ia pilihan tepat,”

– D Alpha Legacy

Tidak hanya lagu, MV Hujan juga bakal mencipta sejarah tersendiri kerana ia dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar 11 Pro Max.

“Pengarah asal yang sepatutnya mengarah MV lagu ini adalah pengarah file mini iaitu Opie Zami. Namun tarikh penggambaran tidak kena dengan jadual. Disebabkan itu, Penolong Pengarah, Razif Ajiboy Rashid mengambil alih dan memberikan idea untuk menggunakan iPhone 11 Pro Max semasa penggambaran.

“Pada mulanya kami menganggap dia bergurau, tetapi apabila idea ini bergabung dengan konsep di dalam dewan REX KL berserta hujan untuk MV ini, dapatlah kami mengaitkan dan menunjukkan kesedihan dan kesuraman.

“Kami memilih dalam dewan kerana tempat yang terkurung, sempit dan gelap. Agak sukar untuk kita menggambarkan perasaan sedih di tempat yang terkurung,”

– D Alpha Legacy

Disebabkan itu, pihak D Alpha Legacy menyifatkan MV Hujan mempunyai keunikan tersendiri yang mengambil masa dua hari penggambaran.

“Keunikkan pertama, kami menggunakan iPhone 11 Pro Max dan ia menggabungkan ketiga tiga elemen. Jarang sekali kita dapat melihat MV yang berkonsepkan ekspresi. 

“Altimet dan Mimifly tidak menggunakan sebarang pengerakkan bibir, tapi hanya memberi ekspresi muka dan menggunakan pergerakan badan untuk menunjukkan dan menyampaikan perasaan mereka sepanjang di dalam MV ini. 

“Kehadiran penari juga adalah salah satu keistimewaan di dalam MV ini yang mana muzik dan bait lirik di dalam lagu Hujan tersebut disampaikan melalui tarian dan ekspresi mereka. Paling istimewa adalah kami membuat sendiri Hujan buatan di dalam dewan itu.

“Pemasangan hujan buatan mengambil masa selama dua hingga tiga jam dan penggambaran MV pula selama dua hari,”

– D Alpha Legacy
Single HUJAN Pertaruh Keunikan Mimifly & Altimet
Single HUJAN Pertaruh Keunikan Mimifly & Altimet

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Immortal Song Malaysia Tonjol Bakat Sebenar Sharul Kamal

Selepas Spekulasi Kereta Mewah Disita, Netizen Dedah Jam Tangan Shuib Cecah RM4 Juta?