in

MyOwnStory Artis Baru Naungan Seventeen Eleven Music

Tahniah buat Kumpulan MyOwnStory yang kini bergelar Artis Baharu Naungan Seventeen Eleven Music Sdn Bhd. Kepada yang hadir di Party Budiey yang ke-7, sudah tentu ada perasan video yang dirakam oleh The Darkness Studios di event ini di mana MyOwnStory hadir untuk menjadi pemuzik iringan persembahan Sabhi Saddi. Kepada yang dah lupa, apa kata tonton video kat atas ni.

MyOwnStory

Bermula dengan hanya memuat naik video lagu-lagu “cover” tuah 3 anak muda ini semakin menjadi setelah di lamar syarikat rakaman Seventeen Eleven Music Sdn Bhd Novenber tahun lalu. Kumpulan yang diasaskan di Sungai Petani Kedah ini mengorak langkah setelah melihat rakan mereka yang juga berasal dari Sungai Petani iaitu kumpulan “Iamneeta” mulai dikenali dan diterima ramai pendengar muzik tanahair.

MyOwnStory dianggotai oleh Own (Vokalis) Kim (Gitar Pertama) Dan Remy (Gitar Kedua). Apa yang menarik tentang kumpulan ini adalah Remy merupakan anak kepada komposer terkenal tanahair iaitu “S.Atan” darah seni yang dimiliki Remy menjadi aset bagi kumpulan ini.

MyOwnStory

Single Pertama Akui Cinta

Single pertama “Akui Cinta ” baru sahaja di lancarkan Mac lalu hasil ciptaan gitaris pertama kumpulan ini iaitu Kim.Dengan lahirnya single ini di harap kumpulan “MyOwnStory” lebih dikenali oleh peminat tanahair sejajar dengan maksud “MyOwnStory” itu sendiri. Selain itu lagu “Akui Cinta” juga terpilih untuk di jadikan runut bunyi bagi drama “Romi Cinta Julia”.

Laman Sosial Media Rasmi Kumpulan MyOwnStory:

Facebook: https://www.facebook.com/Myownstoryband
Twiiter: @MyOwnStoryMOS
Instagram: MyOwnStoryMOS

Official Music Video Lirik Akui Cinta

MyOwnStory

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jep, Jambu, Shiro Meriahkan Jelajah Komedi SINAR Sungai Petani

Penyanyi Rap ALTIMET Lancar Album KOTARAYAKU