Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Penyanyi Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7



Malam tadi telah berlangsung konsert minggu ke-2 Akademi Fantasia musim ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan menyaksikan Adila atau nama sebenarnya, Nas Adila Mohd Dan, menjadi pelajar pertama yang tersingkir akibat dari jumlah undian SMS yang paling rendah dari peminat. Sebaik sahaja mendapat tahu, penyanyi rakaman yang sudah dikenali itu menangis dan menekup muka dengan tangan, namun dipujuk oleh semua rakan-rakan.

Nas Adila membawakan lagu medley Merawat Luka Terpendam dipopularkan Liza Hanim dan melodi dangdut, Asyik, nyanyian asal Amelina. Pengkritik berpendapat, Adila harus membawa dengan lebih lembut untuk lagu Asyik.

Ramai yang menjangkakan Rini dan Yazid yang mulanya dipanggil oleh AC Mizal akan terkeluar. Dijangkakan juga 2 orang pelajar yang tersingkir namun, pihak AF hanya membuang seorang sahaja. Ini bermakna 13 orang lagi pelajar berbaki untuk meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7. 

Bertemakan rangkaian lagu-lagu medley, konsert malam tadi terus member suntikan yang berbeza kepada pelajar. Dirasakan semua pelajar memiliki bakat yang setara dan ada yang sedikit menonjol seperti Hafiz dan Claudia yang telah menerima pujian melambung dari pengkritik dan tepukan gemuruh dari penonton.

Persembahan nyanyian dan tarian menerusi lagu tema Menuju Puncak oleh para pelajar dibuat diawal persembahan.

Pelajar terbaik minggu lalu, Hafiz, meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat pujian daripada 3 pengkritik. Pengkritik tetap yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim manakala Dato’ Khadijah Ibrahim alih  tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain dan tugasan itu diambil oleh Dato’ Yusni Hamid.

Persembahan pelajar lain adalah Yazid  menerusi (Lelaki Ini/ Anuar Zain, Fikirlah/ Aizat), Aril (Benar-Benar, Robot/ Adam), Qhaud (Bila Naik Saksi/ Spider, Lagu Untukmu/ Meet Uncle Hussein), Sidi (Selamat Ulang Tahun Sayang/ Imran Ajmain, Kukoo/ Ferhad), Obri (Akan Tiba/ Aliff, Ada Untukmu/ Nubhan), Hafiz (Cinta Ini Membunuhku/ D-Masiv, Toyol/ Aznil) dan Akim (Satu/ Dewa19, Buronan Cinta/ The Lima).  

Turut membuat persembahan adalah Rubisa (Dingin/ Ziana Zain, Gagap/ Stacy), Claudia (Ku Mahu, Wanita/ Siti Nurhaliza), Aishah (Coba/ Faizal Tahir, Gila/ Mila), Zizi (Sembilu/ Ella, Wonder Woman/ Mulan Jameela), Rini (Aku Sindarela /Amylea, Kiblatku/ Hazami) dan Isma (Jat Da Da Da/ Dia Fadilla, Hello/ Farah Asyikin).

Kepada Adila, teruskan perjuangan dalam bidang seni. Jangan putus asa. Rezeki ada di mana-mana. Kalau boleh, cari lagi X factor dan juga bina aura yang lebih kuat untuk terus menonjol. Moga sukses milikmu, Adila.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Nas Adila Akademi Fantasia 7
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Lirik Menanti Kekasih – Song & Soundtrack Diva
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5



    • aten_zone

      Kak nas, sabar ek coz tersingkir.. Maybe peminat2 akk xsempat nk undi.. And 4 Hafiz, ganbatte!

    • ima becks

      mmg ptt pon terkeluar gk nas adila ni..menyampah aku tgk dier…budget best jer…muke pon budget cun….aku dulu x knl dier sgt…lagu dier pon mmg aku x tau satu pon even knon2 dier tu artis b4 tis…hahaha..nmpk sgt sore x best…dier ske wat kontroversi,..aku igt mase dier tls knon ala2 bercinte ngan adam..aku ni bknlaa minat pon kt adam..tp menyampah ngan popuan perasan cmtu…meluat gler..pastu cipta g kontroversi laen..konon bertunang ngan kerabat kedah…last2…kuar dlm melodi…rupenyer laki tu bkn kerabat kdh..kan malu gler tu..kalo aku nyorok dlm umh jer,,tp dier ni mmg x serik2 g..tu yg jd owg makin myampah tu…kesian dier…hahaha

    • http://syadayunus.blogspot.com syada

      bang,bukan rini dgn sidi la..
      rini dgn yazid..

    • loly

      ah ima becks,

      ko ni memang busuk hati kan? adila tu memang berbakat. sedap suara dia. dari ko tu suka mengumpat? apa dapat? neraka la tempat ko okay….

      ko kalo x minat dia, aposal mcm2 cerita ko tau? sampai affair dia dgn adam pun ko hidu. nampak SANGAT! ko ni memang la wartawan yang dengki kat adila ni kan? entah2 ko ni wartawan sundel 10 jahanam yang azwan diva gebusss dok canang tu..

      SESUAI la muke ko wahai ima becks oi…. apelah busuk hati sgt manusia nie??

    • http://www.yahoo.com ah loy….

      aku pun tak perasan akan kewujudan adila dlm AF tu…ahaksss!!!

    • Sis Adila

      ADILA…sabar byk2 k…kitaorg yg mengundi ni pun heran nape undi tak naik2..pdahal, dh lenguh tgn undi…tgk smpai last pun x naik…grrrrr!!! geram tauuu!!!…

      to ima becks,…(nama sama tp ….)..tolong la…kata tak kenal sgt, tapi amik tau lak mcm2 pasal adila ni…apa la…!!! aku mmg kenal adila ni…dia tak mcm yg ko ckp… takyah nk tunjuk pandai lak….dia tulis ke bercinta ngan adam?? padahal melodi yg terjah dia kannn…ada dia ngaku bercinta?? dia cuma berkawan jek… takyah nak kondem org..tak kenal nak hentam2 lak!!…

      ahloy…nak wat cemana… kamera yg taknak fokus tang Adila tuuu…padahal berapa jam sehari dorang dlm akademi tu..takkan adila tak lintas depan kamera kann….mcm ada konspirasi!!..hmm ntahlahh

      pape pun to ADILA…teruskan perjuangan…jgn dengar ckp2 pendengki nih…bkn bagus mana pun dorang ni..taunya nk kondem jek…. padahal jeles kot!!!…

    • adekepatut

      Mungkin bakat nyanyian yg ada kat adila ni tak seberapa. Rasa kesian n malu pun ada..yelah kan AF buat pembaharuan supaya artis2 pun bleh join Af…tiba2 first yg kluar adalah artis rakaman..cam malu la gitu. Org akn beranggapan klu adilla ni jual album tak kemana sbb msk AF join ngan yg bkn artis tp dia yg terkluar dulu…so semoga berjaya perjuangan diluar…….

    • ohi2

      takdelah teruk mana bdk adila ni pun..ok apa dia nyanyi mlm tu, aku lagi pening tengok sidi dgn yazid nyanyi..rini pun aku tak berapa sgt.. aku pun takdelah minat sgt adila ni..aku penah dgr nama dia je..lagu apa pun aku tak perasan sgt..tapi kalau ima becks ni boleh tau semua kontroversi adila ni maknanya dia peminat setia adila ler..semua benda dia tau…huhuhuhu malu je..

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      takpa laa…dah rezeki dia takat tu jaa…suara dia ni bukan tak best, best sebenaqnya…dia pun dah sememangnya artis…so kasi can la kat depa yg belum jadi artis…mungkin rezeki kat tempat lain kaa…kita mana tau, kan…

    • Wati

      sian kat adila… harap tak berhenti mencuba…la ye

    • ewiezz

      apa leh wak rezeki dia takat tu je kat AF….xpe. Anyway agak kureng sket bile si adila ni wak statement, konon dia terkeluar sbb pendiam dan konon org lebih suke mengundi org cam Aril (dia bg cth bkn aku, baca aaa paper), hakikatnye dia tatau, kite yg dok kat luar ni masa tekan butang R, mmg dia awal2 dok corot, masa tu lum start diary lai apa!

    • http://- riza

      bagi aku,bukan nak ngutuk la.tapi sore dia bese2 jer,tak de miracle.mmg patut tkeluar la.coz sume peserta yg lain,samade lelaki n pompuan,mmg best2.antara sume pelajar pompuan,sore dia yg tak berape best sgt.yg lain sume ade tarikan dari segi sore n personaliti.tu pndapat aku lah.ntah2,ade adila yg komen kat cni.hehe.lgpun,bagi can la org lain jadi artis,cian bdak2 yg lain tu.dilla kan dah ade album.jgn marah ek

    • seri airis

      kan betul aku cakap ari tu,,,mesti kena undi keluar punye…nak nyayi konon.Album pun tak laku..

    • yumm

      hehehe.. kecoh gak pasal adila neh kat cni.
      interestng neh.. tp aku pon kureng ngn die..:-)
      kesimpulannye, dah peminat x rmai sbb 2 terkeluar.
      yg kate xpatut 2 nape, dah undi cket. terima jer la.
      myb die ok, tp she’s not the best. kire loser la.

    • http://www.animesupporter.page.tl RubisaHodoh

      Ni aku bengang tgk si Rubisa busuk hati!!! dahlah mengumpat kalau betul ko nak dpt more time ngan cikgu sepatutnya kolah yg gi jumpa cikgu minta tlg tkknlah nk tunggu cikgu yg tehegeh2 gi jumpa ko kan?? memburkkan Aishah plak kt Obri tapi nasib baik Obri balas balik kat ko srh ko jmpa cikgu klau ko nk time kat cikgu (love Obri) aku rasa si Rubisa ni sedar muka hodoh (“sebab busuk hati”) kmdin tgk Aishah ni comel, lemah lembut asyik senyummm.. and so sweet… jadi dia cuba nk menjatuhkn Aishah. jadi pndk crita aku hrp si Rubisa OUT minggu nih.. nyanyian and performance Rubisa pon bknnya bagus sgt!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK