Tahniah! Esther Kembali Merebut Imuniti Dalam OIAM

Nak ucap tahniah kepada Esther sekali lagi kerana dapat meragut kembali imuniti untuk mempertahankan kedudukannya menjadi antara peserta layak untuk Top 7 minggu hadapan.

Rata-rata bersetuju dengan keputusan juri kerana persembahan Esther memang outstanding membawa lagu I Won’t Go Home Without You dari Maroon 5. Satu persembahan yang sangat menghiburkan dengan showmanship yang sangat energetik. Siap Esther boleh lompat-lompat dan menari dengan gaya seksi.

Bagi Esther, penganugerahan imuniti dari panel juri minggu ini memang mengejutkan kerana merasakan ketujuh-tujuh rakan seperjuangan yang lain telah membuat persembahan yang bagus sekali.

“Mungkin kerana persembahan saya adalah yang terakhir menjadikannya lebih menonjol dan meriah. Mungkin kerana itu saya mendapat imuniti. Saya tak sangka sebab minggu lepas saya mendapat komen yang kurang baik dari juri.”

Buat Amylea pula, keputusan malam tadi diterima dengan baik. Dari sudut pandangannya, membandingkan persembahannya dengan Esther seperti membandingkan di antara Norah Jones dan Beyonce, dimana dia adalah Norah Jones.

Komen Juri:

“Persembahan Amylea malam ini baik tapi kami merasakan Esther telah menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi selepas persembahannya yang kurang menarik minggu lepas,” jelas Syafinaz panjang lebar.

Tambah Paul Moss, “Apa yang Amylea lakukan amat kreatif. Apa yang kita minta, dia telah melakukannya. Namun persembahan itu terasa agak teknikal dan dingin. Manakala persembahan Esther lebih menghiburkan.”

Tidak berputus asa, sebaliknya dia lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik minggu depan, di mana dia akan menyanyikan sebuah lagu karyanya sendiri.

Top 10 OIAM3 akan berada di Mahkota Parade, Melaka hari ini dari jam 2 hingga 4 petang. Jangan terlepas peluang untuk bergambar dan mendapatkan autograf mereka. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah

Penyanyi Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7