in

Penyanyi John Legend Bakal Bikin Konsert di Malaysia

Berita terbaru yang baru sahaja Budiey terima pada hari ini, penyanyi R&B/Soul bertaraf antarabangsa, John Legend akan mengadakan konsert John Legend Live in Malaysia untuk menghiburkan peminat pada 23 September 2014 di Dewan Plenary, KLCC. Ini adalah persembahan keduanya di Malaysia selepas kali pertama datang ke negara ini pada 2008 dalam konsert di Sunburst KL Festival.

Budiey pasti ramai peminat pelantun lagu All of Me ini akan tertunggu konsert John Legend Live in Malaysia. Tiket akan mula dijual pada 18 Julai 2014.

Sebelum dikenali dengan lagu ‘All of Me’, Legend telebih dahulu mencipta nama menerusi lagu-lagu popularnya seperti ‘Stereo’, ‘Save Room’, ‘Ordinary People’, ‘used To Love You’ dan banyak lagi. 

5oyl-john-legend

John Legend

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cafu Predicts Goals Galore At 2014 FIFA World Cup

Sebab Mengapa Oriderm Menjadi Fenomena