Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Penyampai Hot FM Tini & Sol Kahwin Bakal Jadi Raja Sehari

 Penyampai radio Hot FM, Kartini Kamarul Ariffin atau Tini akan bernikah dengan Nur Sulhi Jasmin atau Sol pada 22 Februari ini sebelah pagi dan sebelah tengaharinya diikuti dengan majlis resepsi sebelah pengantin wanita di Dewan Perdana Felda. Majlis bertandang akan diadakan di rumah famili Sol di Kota Tinggi, Johor pada 28 Februari. Tini 30 tahun dan Sol 28 tahun kian intim setelah bekerja sebumbung sejak 2006 lagi.

 

 Tidak seperti selebriti lain, asal nak kahwin aje, dapat tajaan berjuta ringggit, Tini dan Sol percaya perkahwinan mereka lebih bermakna dengan menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.

 “Kami kahwin menggunakan duit simpanan yang ada dan tak saya nafikan banyak berhabis duit untuk merealisasikan impian hidup bersama. Apabila guna duit sendiri, kita akan tahu susah dan peritnya apabila duit mengalir macam air. Lagi pun, kahwin berlaku sekali di dalam hidup kita dan tak salah kita berkorban wang ringgit demi kebahagiaan selamanya. Insya-Allah.”

 

Pasangan ini akan menggayakan busana pengantin rekaan Lubis House, Kota Damansara untuk majlis pernikahan dan persandingan. Manakala untuk majlis di Johor, Tini menggunakan khidmat pereka fesyen, Nik Erwan Roseli dan bakal suaminya mengenakan rekaan butik D’Jazz, Segamat.

“Majlis kahwin kami nanti tidaklah hebat sangat. Cukuplah sekadar memenuhi adat dan syarat, sederhana dan seringkas mungkin. Konsep pakaian kami nanti lebih berpaksikan budaya Melayu seperti kebaya, baju kurung Johor dan baju Melayu,” ungkap Tini yang mula mengendalikan segmen Menu Muzik dari 1 tengah hari hingga 4 petang sejak 1 Januari lalu.

Tini akan mula mengambil cuti selama seminggu dari 16 hingga 22 Februari dan akan mula naik kerja sehari selepas bersanding. Semuanya dilakukan demi komitmen kerja terhadap stesen radio kesayangannya yang kini dalam proses perkiraan bancian dengan AC Nielsen. Mengalih bicara kepada Sol yang dilahirkan sebagai anak tunggal, dia cukup selesa dengan sikap Tini yang begitu happy go lucky, jujur dan tidak cakap belakang. Berbeza dengan Tini, Sol mendapat cuti selama dua minggu. – kredit Foto Berita Harian

Patutlah berseri-seri je Tini dua tiga menjak nih… nak kahwin rupanya. Jangan lupa jemput Budiey ya Tini.

Info angka cinta Tini & Sol:

  1. Dua tahun perbezaan umur masing-masing.
  2. September 2006, gejolak cinta akhirnya dimeterai sebelum Tini ke London untuk melanjutkan pelajaran.
  3. Selepas setahun (2007) terpisah dek cinta jarah jauh kerana Tini menyambung pengajian di London, awal 2008 mereka mula serius dan nekad untuk hidup berumah tangga.
  4. Tempahan dewan kahwin dilakukan sejak Mac 2008
  5. Julai 2008, mula mengikuti kursus kahwin
  6. Februari 2009 mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin.
  7. Dulang hantaran pengantin perempuan sebanyak 13 berbalas 11 (sebelah lelaki).
  8. Masing-masing merancang untuk memiliki tiga atau empat orang anak.
Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nikah Wedding Resepsi Tini Hot FM & Sol
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura
  • Norazlina Redzuan Bakal Kawin Dengan Datuk Y
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Jawapan Trivia: Nabil & Irma Hasmie Berpegangan Tangan di ASK2009
  • Annahita Bakavoli Jadi Penyampai Radio XFM
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Anita Baharom di Anugerah Skrin 2008



  • 9 Komen untuk entri “Penyampai Hot FM Tini & Sol Kahwin Bakal Jadi Raja Sehari”

    1. Lisa kata:

      tahniah Kartini…..
      semoga berbahagian selamanya…
      amin….

    2. amo kata:

      tahniah tini n sol moga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat….amin
      bahagia dunia n akhirat.

    3. erz kata:

      tahniah Tini..
      nmpk kurus sikit..bagus..

    4. Nuranie kata:

      Congratulations Tini..

    5. ujang kata:

      tahniah………..

    6. manja kata:

      tahniah la……
      bgs la kawin utk mengelak perkara yg x elok…..
      semoga bahgia….
      cube la diet ckit nmpk gemuk laa…hehe

    7. dd kata:

      tahniah..selamat pemgantin baru ye…

    8. jijah kata:

      selamat pengantin baru ya.. pasangan yg cocok… sweet couple… wish hapy alwayzzzzzzzz…

    9. ed. widad kata:

      tahniah tini n sol… semoga sayang smakin dalam n bahagia hingga ke akhir hayat… amin…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza