in ,

Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20

Festival Filem Malaysia ke 20 akan berlangsung pada 4 Ogos 2007 (Sabtu) di Dewan Tuanku Syed Putra, USM. Kali ini, festival sekali setahun ini diadakan di luar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, pulau mutiara dipilih sebagai tuan rumah. Tujuan FFM diadakan untuk merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

blogFFM kali ini turut mendapat sokongan kerajaan bagi memeriahkan lagi acara sambutan Tahun Melawat Malaysia 2007 serta sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia yang sedang berlangsung.

Pencalonan finalis telah pun dikeluarkan. Siapakah yang bakal memenangi filem terbaik kali ini? Apakah pula kontroversi yang akan timbul? Saya cuba untuk meneka dan meramal pemenang FFM 20 kali ini. Berikut adalah antara pencalonan FFM 20:

FILEM TERBAIK

  1. Jangan Pandang Belakang (2007)
  2. Tentang Bulan (2006)
  3. Nana Tanjung (2006)
  4. Cinta (2006)
  5. Mukhsin (2007)
  6. Puaka Tebing Biru (2007)
  7. Syaitan (2007) 
  8. Zombie Kampung Pisang (2007)  
  9. Cicak-Man (2006)  
  10. Diva (2007)  
  11. Haru Biru (2007) 
  12. Waris Jari Hantu (2007)  
  13. Seed Of Darkness (2006) 
  14. Cinta Yang Satu (2007)
  15. Chermin (2007)
  16. Cinta Terakhir (2007)
  17. Misi 1511 (2006)  
  18. Orang Minyak (2007)  
  19. Possessed (2006)  
  20. Sumo-Lah (2007)
  21. The Red Kebaya (2006) 
  22. Budak Lapok (2007)  
  23. Qabil Khushry Qabil Igam (2007)

PENGARAH FILEM TERBAIK

  1. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
  2. Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan
  3. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu
  4. Yasmin Ahmad Filem: Mukhsin
  5. Zarina Abdullah Filem: Chermin

PELAKON LELAKI TERBAIK

  1. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
  2. Pierre Andre Filem: Jangan Pandang Belakang
  3. Ramli Hassan Filem: The Red Kebaya
  4. Rosyam Nor Filem: Syaitan
  5. Rusdi Ramli Filem: Waris Jari Hantu

PELAKON WANITA TERBAIK

  1. Maya Karin Filem: Waris Jari Hantu
  2. Nasha Aziz Filem: Puaka Tebing Biru
  3. Natasha Hudson Filem: Chermin
  4. Sharifah Amani Filem: Cinta
  5. Vanida Imran Filem: The Red Kebaya

LAKON LAYAR TERBAIK

  1. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu
  2. Halina Samad Filem: Waris Jari Hantu
  3. Mira Mustaffa Filem: Cinta
  4. Zarina Abdullah Filem: Chermin
  5. Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan
  6. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

CERITA ASAL TERBAIK

  1. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu
  2. Mira Mustaffa Filem: Cinta
  3. Zarina Abdullah Filem: Chermin
  4. Yasmin Ahmad Filem: Mukhsin
  5. Shariman Shafie Filem: Tentang Bulan

SINEMATOGRAFI TERBAIK

  1. Y. M. Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin The Red Kebaya
  2. Khalid Zakaria Filem: Puaka Tebing Biru
  3. Roszali Samad Filem: Chermin
  4. Abang (Indra Che Muda) Filem: Jangan Pandang Belakang
  5. Madnor Kassim Filem: Cinta

PENYUNTING TERBAIK

  1. Akash Sing Filem: Cinta
  2. Faizul Mohd Noh Filem: Sumo-Lah
  3. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
  4. Ahmad Mustapha Filem: Jangan Pandang Belakang
  5. Zarina Abdullah Filem: Chermin
  6. Kamarudin Abu Filem: Waris Jari Hantu

SKOR ASAL TERBAIK

  1. Shamsul Cairel Filem: Waris Jari Hantu
  2. Adeline Wong Filem: Chermin
  3. Edry (KRU) Filem: Cicak-Man
  4. Zul Mahat Filem: Syaitan
  5. S. Atan Filem: The Red Kebaya
  6. Abbs Abdali Filem: The Red Kebaya

PENATAAN SENI TERBAIK

  1. Yusry KRU Filem: Cicak-Man
  2. Nazrul Asraff  Filem: Puaka Tebing Biru
  3. Andy Sulaiman Filem: Chermin
  4. Aida Buyong Filem: Waris Jari Hantu
  5. Kamarul Nizam Filem: Waris Jari Hantu
  6. Tee Kim Filem: Cinta

PENATAAN BUNYI TERBAIK

  1. Edry (KRU) Filem: Cicak-Man
  2. Azman Hassan Filem: Puaka Tebing Biru
  3. Addaudio Ex Sdn. Bhd. Filem: The Red Kebaya

PELAKON LELAKI TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

  1. Aznil Nawawi Filem: Cicak-Man
  2. Patrick Teoh Filem: Sumo-Lah
  3. Rashid Salleh Filem: Waris Jari Hantu
  4. Dato’ Haji Rahim Razali Filem: Cinta
  5. Zahim Albakri Filem: The Red Kebaya

PELAKON WANITA TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

  1. Azean Irdawaty Filem: Waris Jari Hantu
  2. Deanna Yusoff Filem: Chermin
  3. Nanu Filem: Cinta
  4. Mak Mah Filem: Jangan Pandang Belakang
  5. Samantha Schubert Filem: The Red Kebaya

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

  1. Fatin Nur Afifah Filem: Tentang Bulan
  2. Mohd Addy Ashraf Filem: Tentang Bulan
  3. Mohd Syafie Naswip Filem: Mukhsin
  4. Nik Adruce Filem: Tentang Bulan
  5. Sharifah Aryana Filem: Mukhsin

LAGU TEMA ASAL TERBAIK

  1. Ajai Filem: Waris Jari Hantu
  2. Sharon Paul Filem: Waris Jari Hantu
  3. Tam Spider Filem: Cicak-Man
  4. S. Atan Filem: The Red Kebaya
  5. Pacai Filem: Sumo-Lah
  6. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
  7. Awie Filem: Puaka Tebing Biru

PEREKA KOSTUM / BUSANA

  1. Shamsu Yusof Filem: The Red Kebaya
  2. Mark Gibson Filem: The Red Kebaya
  3. Dee Hasnan Filem: Waris Jari Hantu
  4. Moon Filem: Cinta
  5. Izad Filem: Cicak-Man

POSTER TERBAIK

  1. Hock Star Entertainment Industry Bhd Filem: Possessed
  2. Grand Brilliance Sdn. Bhd. Filem: Mukhsin
  3. Grand Brilliance Sdn. Bhd. Filem: Cinta
  4. L’ Agenda Production Sdn Bhd Filem: The Red Kebaya (Isma yang buat nih!)
  5. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Filem: Zombie Kampung Pisang

DIGITAL FILEM TERBAIK

  1. The Bird House (Naio Wu) (2007)
  2. Chalanggai (Dancing Bells) (2007)
  3. Keluarga Goodbye Boys (2007)
     

DOKUMENTARI TERBAIK

  1. Demi Kemanusiaan (2007)
  2. Jejak Rasul – Muhammad s.a.w Episod – Israk Mikraj (2006)
  3. Rumah Degil (2007)

ANIMASI TERBAIK

  1. Check My Mate (2007)
  2. Helping Hand (2007)
  3. Pawn Conspiracy (2007)

FILEM PENDEK TERBAIK

  1. Jamuan (2007)
  2. Pintu (2007)
  3. Di Sebalik Kelir (2007) 

Siapakah yang menjadi pilihan anda pula?

[tags]FFM 20, pencalonan FFM20, Festival Filem Malaysia 20, Pulau Pinang, penang, filem cinta, animasi, mukhsin, waris jari hantu, Seed Of Darkness, ramalan, reviews, film, movie malaysian[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!

Puteri Sarah Liyana – M Nasir Temui Saliha Untuk Mawi