in

Ini Mungkin Peluang Untuk Anda Menjadi Pekerja di Emirates

Budiey percaya mesti ramai di kalangan korang semua di luar sana yang suka memasang angan-angan hendak bekerja di atas awan biru atau dalam erti kata lain jadi pramugari dan pramugara. Ye dak? Tapi selalu jugak kita dengar bukan mudah untuk sesebuah syarikat penerbangan untuk rekrut pramugari/pramugara secara besar-besaran sebelum ini.

Terbaru, Budiey mendapat info, syarikat penerbangan terkenal di dunia, Emirates telah membuka peluang kepada anda semua di Malaysia, membuka peluang pekerjaan. Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya kan? Khabarnya, sebanyak 145 destinasi merentasi enam benua yang disinggahi oleh syarikat penerbangan Emirates.

Adakah anda menepati kriteria untuk menjadi pramugari & pramugara?

Kalau anda ada ciri-ciri standard yang selalu kita tengok pada FA di mana-mana syarikat penerbangan, apa kata anda mendaftarkan diri bersama Emirates. Budiey dengar, lebih 160 buah negara kini telah diterokai oleh Emirates dan ini satu gambaran yang cukup luar biasa, berskala besar dan international!

Yang belum bertindak tapi mencari GAJI LUMAYAN dan PELUANG MELANCONG sambil bekerja menjadi cabin crew, jurutera dan juga juruterbang, jangan tunggu lagi.

Untuk info lanjut, sila layari: www.emirates.com/careers

Apa kata korang tonton video kat atas ni dan jangan buang masa, daftarlah sekarang. Good luck!

securedownload-2
securedownload

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berehat Seketika Segarkan Diri di PETRONAS Coffee Break

Program Menarik di 8TV Sepanjang Mac 2015