Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis



Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya,32, dan dua rakannya yang ditahan selepas dipercayai positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada Bernama berkata mereka dibebaskan pada pukul 4.30 petang, Selasa selepas keterangan diambil.

“Bagaimanapun kita masih menunggu keputusan ujian air kencing ketiga-tiga mereka dari pihak hospital dan siasatan akan terus dijalankan,” katanya.

Pelawak berusia 32 tahun dan dua rakannya itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada awal pagi Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati pelawak tersebut positif dadah jenis ganja manakala dua rakannya iaitu seorang pengurus artis dan seorang peniaga positif dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi
  • Saiful Apek Lari dari Wartawan
  • Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com
  • MAHARAJA LAWAK MEGA
  • Bob Kuman Selamat Dikebumikan
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Berunifom Polis
  • Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah
  • Mamat Exist Dibebaskan Dari Dakwaan Curi Telefon Bimbit
  • Drama Syurgamu Ramadan
  • Penyanyi Yassin Ada Masalah Tekanan Emosi



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK