in

Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH

Semalam, jam 2 petang, telah diadakan Majlis Pelancaran Filem Libas di Saloma Bistro Restoran. Ramai pelakon yang datang, antaranya Rosyam Nor dan juga krew serta VIP yang lain. Filem Libas adalah sebuah filem aksi komikal. Budiey dah tengok trailernya semalam. Filem ini mirip-mirip Shaolin Soccer. Memang gempak gak la. Skrip ditulis oleh Martias Mohd Ali dan arahan dari Jurey Rosli.

Pada jam 3.30 petang, satu Majlis Pelancaran Album Ahli Fiqr – IRAMA BERIMAH diadakan di Hard Rock Cafe.

Ahli Fiqr sempat menghiburkan dengan 3 buah lagu iaitu Fiqr Fiqir, Biarkan dan Derita Merindu. Juga ditayangkan video klip Premier terbaru untuk lagu Fiqr Fiqir.

Selepas 2 tahun menyepi, kini grup hip hop rap ini muncul dengan album ketiga yang lebih gempak. Dalam album ini ada 4 buah lagu terbaru.

Semalam, Yassin juga sempat hadir untuk berduet dengan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Meluat Kerenah Personaliti Perasan

Renda Ramadan TV3 dan Ramadan@9