in ,

Party Pajama Red FM A Rudy Awakening

Budiey semalam telah hadir di Party Pajama anjuran radio Red FM – Today’s Best Music yang diadakan di Luna Bar, Hotel Pacific Regency, Kuala Lumpur.

Untuk info pembaca Budiey.com – Sensasi Selebriti, party ini dianjurkan untuk meraikan Rudy yang mana dulunya beliau merupakan penyampai di Hitz FM dan kemudian beralih ke Mix FM. Kini, Rudy kembali bersiaran di radio Red FM pula. Kepada peminat Rudy, jangan lupa mendengar celoteh yang hyper, colored voice dan louder personality ni di Red FM Breakfast Show mulai 15 November ini.

74271_467339733480_736403480_5551989_2096273_n

Selain tuan empunya badan yang diraikan iaitu Rudy, party ini juga turut dihadiri oleh warga kerja Red FM dan beberapa orang media.

Sempena dengan kehadiran Rudy di Red FM, pihak pengurusan dan promosi akan mengadakan peraduan yang grand. Salah satunya, Peraduan Miami Bieber Red FM yang bermula pada 15 November 2010 hingga 26 November 2010 di mana seorang pemenang bertuah bersama seorang kawan akan diterbangkan ke Miami untuk menonton secara live konsert Justin Bieber.

Segala kos perbelanjaan, tiket penerbangan, penginapan dan makan minum akan ditaja oleh Red FM. Best gak tu.

Jadi, jangan lupa kepada yang nak menang peraduan ini, jangan lupa dengar Red FM, okay?

Keduanya, Rudy juga akan mencari seorang lagi penyampai dengan mengadakan ujibakat untuk Rudy’s Recruit mulai November hingga Disember 2010. Rekruit ni akan mencari bakat-bakat baru dalam dunia penyampai dan yang paling penting, berminat untuk menjadi deejay. Pemenang akan mendapat kontrak kerja di Red FM dan trip pelancongan ke Sydney untuk berjumpa dengan Rihanna.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk hadir di sesi ujibakat bermula 27 November di Johor Bahru, 4 & 5 Disember 2010 di Kuala Lumpur dan 11 Disember di Penang. Roadshow akan berakhir di Kuala Lumpur pada 18 Disember dengan party pengumuman pemenang.

Kepada pembaca, jangan lupa melayari: www.red.fm , Follow Twitter Red FM: @iloveredfm

Party Red FM

Party Red FM

Party Red FM

Party Red FM

Party Red FM

Party Red FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Proton Inspira Terbaru

Dapatkan Premium Beautiful Untuk Badan Lebih Menarik