Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood



BUFFET RAMADHAN DI PLANET HOLLYWOOD !!
HANYA RM 33++ SEORANG

Hanya sekali dalam setahun Planet Hollywood meraikan suasana yang penuh dengan ciri-ciri tradisional. Kini, masa tersebut tiba kembali di mana Planet Hollywood menjemput anda semua meraikan waktu Berbuka Puasa anda bersama kami semua di sini. Sempena bulan Ramadhan yang suci ini, kami mempersembahkan anda Buffet Ramadhan, di mana menu yang di sediakan cukup istimewa untuk membuatkan waktu Berbuka Puasa anda lain dari kebiasaannya! 

Di Planet Hollywood, kami menyediakan kepelbagaian hidangan tradisional masyarakat Melayu yang sudah pasti mampu membuatkan anda teringat suasana berbuka puasa di kampung halaman. Kepelbagaian yang kami tonjolkan di dalam menu kami sama ada tradisional mahupun internasional, sudah pasti membuat anda tidak menang tangan memilih.

Antara hidangan yang bakal kami sediakan untuk Buffet Ramadhan ini adalah seperti Ayam Percik, Kambing Panggang, Rendang Daging Pedas, Kari Masak Nyonya Asam, Ayam Masak Berempah, Ikan Sumbat Masak Sambal, Kupang Goreng Tauchu, Udang Masak Lemak Rebung, “BBQ Chicken”, “ Lamb Chops”, “ Beef Stroganoff”  dan banyak lagi pilihan tradisional dan internasional lain yang kami sediakan di Planet Hollywood sepanjang bulan Ramadhan ini. Tidak terkecuali juga, hidangan pembasuh mulut kami atau santapan manis yang di sediakan seperti Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha dan Bubur Pulut Hitam yang sudah pasti mampu mengubat kepenatan anda sesuadah berpuasa sepanjang hari.

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama kami di Planet Hollywood sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami menjanjikan anda satu pengalaman istimewa yang tidak dapat di lupakan di mana Planet Hollywood meraikan ‘suasana-kampung’ yang sebenarnya!

Buffet Ramadhan ini beharga RM 33++ seorang. Untuk keterangan lanjut atau tempahan, sila hubungi 03- 2144 6602.

[tags]buffet ramadhan, pakej berbuka puasa, buffet berbuka puasa, harga buffet, buffet hotel, bulan puasa, list hotel, buffet 2008, planet hollywood price, Ayam Percik, Kambing Panggang, Rendang Daging Pedas, Kari Masak Nyonya Asam, Ayam Masak Berempah, Ikan Sumbat Masak Sambal, Kupang Goreng Tauchu, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha, Bubur Pulut Hitam, Udang Masak Lemak Rebung, BBQ Chicken, Lamb Chops, Beef Stroganoff[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Buffet Ramadan Di Planet Hollywood Hanya Rm 33++
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Harga Buffet Berbuka Puasa di Restoran Pavilion KL
  • Pakej Berbuka Puasa di Pusat Karaoke Red Box Ria
  • Juadah Buffet Berbuka Puasa 2009 di Hard Rock Cafe
  • Raja Azura & Sharifah Shahira Dalam Gedik Santai di Waktu Berbuka?
  • Sensasi Selebriti loves Link & Tempahan Iklan Murah!
  • Bersama Menyambut Hari Kekasih di Planet Hollywood
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood



    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      buka pose kat umah je .. x dok pitih!

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      bulan ramadah bulan mulia. lepas berbuka kita solat maghrib, isya’ dan tarawikh. kalau dah kat planet holywood nak wat apa pastuh

      pastu plak tempat tu serv beer kan on normal days

      tak seswai aku rasa

      correct me if im wrong

    • Obe1

      hahah betull.. kalau dah buka kat sni melekat terus…. macam2 bisnes skang nie.. org buat buffet dia buat buffet gak.. hehe tp.. semua tuh datang dr diri masing2.. kalau dah teringin sgt lepas buka tuh bergegas la ke surau/masjid berdekatan

    • far

      tahu takpe…

      ala…nak seribu daya..tak nak seribu dalih…

      kat lot 10, ada surau…boleh je nk g solat…

      bukannya jauh pun…

    • kechique

      pergi mampuslar korang!! Janji makan… artis pun ramai…

    • sysop

      buffet..buffet jugak..
      artis..artis jugak..
      solat jgn tinggal… posa tak diterima klu tinggal..
      sekadar pandangan..
      lalalalalala

    • http://tokli.blogspot.com Tok Li

      Pakej Katering untuk Majlis Rumah Terbuka Oktober 2008
      Boleh hubungi kami. Harga istimewa untuk Kambing Panggang.

    • JewsMurdered

      Planet hollywood ni kan tempat maksiat. sedarlah sikit. kalau dah maksiat tu maksiat lah juga.

    • http://tagtag.com/conspiracy2012 mal+60128624623

      SAYANG DAH TIADA LAGI… 2006 DALAM RM25++ JE & KINI JADI KEDAI LAIN PULOK. YANG BESTNYA UDANG & SATAY TANPA HAD. ARAK TAK MASUK DALAM MAKANAN MANAKALA SURAU SEBERANG JALAN JER KAT HOTEL 5 BINTANG. SIAP BOLEH SAMBUNG MAKAN SEMULA SELEPAS SOLAT MAHGRIB. SO JANGAN HANYA FIKIR NEGATIF MEMANJANG. HARD ROCK TAK HABIS2 DENGAN ALA CARTE. MAHAL LAGI. BUATLAH BUFFET SEKALI SEKALA.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK