in ,

Oh! My Lady

Drama Asia terbaik dalam slot ‘Best of the East’ hanya di 8TV

Oh! My Lady
TARIKH SIARAN: 16 NOVEMBER 2010 – 13 DISEMBER 2010
(SETIAP ISNIN – JUMAAT)
MASA: 8.30 – 9.30 MALAM

Pelakon:
Chae Rim sebagai Yoon Gae Hwa
Choi Si Won sebagai Sung Min Woo
Lee Hyun Woo sebagai Yoo Shi Joon
Park Han Byul sebagai Hong Yoo Ra
Moon Jung Hee sebagai Han Jung Ah
Yoo Seo Jin sebagai Lee Bok Nim
Yoo Tae Woong sebagai Kim Byung Hak
Genre : Romance, comedy
Pengarah: Park Young Soo

Slot kegemaran ramai ‘Best of The East’ akan membawakan sebuah drama bersiri Korea Oh! My Lady. Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular antaranya Sung Min Woo, Chae Rim, Lee Hyun Woo, Park Han Byul, Moon Jung Hee dan Yoo Seo Jin.

Pelbagai aksi lucu berlaku apabila Sung Min Woo mendapatkan khidmat Yoon Gae Hwa (Chae Rim) sebagai penjaga rumah beliau!

Saksikan kemunculan debut Super Junior – Choi Si Won di dalam drama Oh! My Lady yang pasti membuat anda tidak kering gusi menyaksikan adegan-adegan lucu dalam drama ini!

Saksikan perjalanan hidup idola pop Sung Min Woo dan penjaganya Yoon Gae Hwa. Drama bermula apabila anak perempuan Gae Hwa telah diambil oleh bekas suaminya.

Segalanya menjadi kelam kabut apabila Min Woo mendapati yang beliau sebenarnya mempunyai anak perempuan! Min Woo kemudiannya mendapatkan khidmat Gae Hwa sebagai penjaga anaknya.

Pelbagai drama dan aksi lucu dapat dilihat di dalam drama bersiri popular ini. Bagaimana kehidupan baru Min Woo bersama anak perempuan dan penjaganya? Adakah kedua-dua mereka bakal jatuh cinta? Oh! My Lady pastinya siri yang harus ditonton kerana bakal membuat anda tidak kering gusi!

“Siri ini membariskan bintang-bintang popular Korea dan penuh dengan aksi-aksi lucu dan drama yang disunting dan digarap dengan kemas. Elemen-elemen ini menjadikan Oh! My Lady sebuah siri yang harus ditonton oleh khalayak!” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.

Jika anda terlalu sibuk, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Is There a Gwen in You Contest

Profile Khairi Zukhairi